SEDAR atau tidak, kos sara hidup meningkat dari semasa ke semasa. Harga barang-barang yang tidak terkawal mengalami peningkatan sedikit demi sedikit. Bagi yang biasa berbelanja, mereka akan terasa kerana daripada jumlah wang dibawa, apa yang dibawa pulang selalunya lebih sedikit kuantitinya daripada biasa.
Ayuh, mari praktikkan 14 cara hidup berjimat ini untuk ‘selamatkan’ wang kamu.
Untuk mengatakan tidak perlu dalam kehidupan realiti memang sukar namun memiliki hanya sekeping kad kredit. Gunakan ketika benar-benar perlu sahaja membantu bajet bulanan kamu. Elakkan berbelanja runcit dengan kad kredit kerana nafsu membeli sukar dikawal.
Sebelum beli, bandingkan dulu harga. Mungkin item yang sama tetapi harganya tidak sama di tempat yang lain-lain. Harus jadi pembeli dan pengguna bijak mulai sekarang.
Jangan sesekali membazir petrol kereta atau motosikal kamu tanpa keperluan dan tujuan. Paling bijak ialah menggunakan kenderaan kamu untuk menyelesaikan dua tiga urusan pada sesuatu masa. Andai mudah, guna kenderaan awam seperti bas, LRT dan Monorail. Jika rumah kamu sukar mendapatkan perkhidmatan ini, cubalah untuk berkongsi kereta dengan rakan.
Andai kamu tinggal di rumah bujang, memasak di rumah adalah yang terbaik. Selain berjimat, kamu juga dapat mengasah skill memasak kamu
Boleh saja kamu kawal perbelanjaan kamu mengikut bajet harian. Contohnya, hari ini aku tak boleh spend lebih daripada RM50. Maka, lebihan duit itu boleh dibawa ke hari yang kemudian.
Bosan dengan baju yang sama? Ini bukan alasan untuk anda bershopping ya. Kamu perlu bijak mix & match sesuatu pakaian. Tidak semestinya anda bergaya dengan suit yang sama sahaja. Latih diri untuk menjadi sedikit kreatif dengan memadankan baju lama dengan yang baru.
Buat apa nak spend duit untuk produk yang belum tentu buat kamu ‘cantik. Sebaiknya, bersenam dan amalkan gaya hidup sihat. Let’s the beauty come naturally.
Jangan menghabiskan wang kamu untuk membeli alat senaman yang mahal. Sesekali gunalah apa yang ada di sekeliling kamu seperti bangku, meja dan sebagainya. Apa yang penting adalah semangat dan disiplin kamu untuk sihat.
Haa, ini untuk wanita. Guna dengan cermat dan tidak membazir. Alat make-up juga harus digunakan dan dijaga dengan sebaiknya. Tak perlu beli blusher dua tiga kali seminggu sebab hilang dari handbag.
Jika kamu peminat setia kepada sesuatu berjenama, tunggu sahaja bila ada jualan murah. Kamu mungkin dapat membeli lebih dari satu barang pada harga yang sama. Ini lebih menguntungkan bukan?
Cuba kurangkan aktiviti seperti tengok wayang, berkaraoke atau bermain boling. Mungkin aktiviti ini akan jadi lebih seronok andai dilakukan sekali-sekala.
Tidak dinafikan, sebahagian duit dileburkan untuk menghidupkan smartphones kamu. Pilih data internet yang berbaloi mengikut keperluan dan penggunaan kamu.
Tak perlu pun bayar mahal-mahal untuk lepak di kafe hispter atau tempat yang grand, pilih tempat yang best tapi harga menu makan pun murah dan berbaloi-baloi.
Tak salah pun nak pergi bercuti, tapi rancanglah perjalanan kamu agar tidak ‘overspend’ sepanjang perjalanan nanti.