Jika anda seorang pemilik kereta pastinya anda akan perasan terdapat pelbagai jenis simbol yang terdapat pada dashboard kereta anda. Simbol yang paling normal akan sentiasa anda perasan ialah simbol handbrake yang datang dalam bentuk tanda seruan.
Tapi bagaimana pula dengan simbol lain dan apakah maknanya jika ia menyala? Anda perlu tahu bahawa kereta anda akan memberikan amaran dengan menyalakan simbol-simbol tertentu jika berlaku sesuatu yang tidak kena atau rosak.
Jangan ula nanti anda biarkan pula ia terus menyala sampai kereta habis jahanam rosak kemudian pergi mengadu di pusat servis atau mekanik.
Berikut merupakan 15 simbol pada dashboard kereta anda yang wajib anda tahu maknanya!
Jika suhu enjin menjadi terlalu panas, lampu ini akan bernyala untuk memberikan amaran kepada anda. Hentikan kereta dengan segera bagi elak ia terus over heat dan menyebabkan kerosakan lebih teruk.
Tekanan di salah sebuah tayar kereta anda terlalu rendah dan perlu diberikan perhatian segera.
Enjin kenderaan anda kekurangan minyak hitam atau berlakunya kerosakan pada sistem tekanan minyak enjin.
Sistem kawalan penstabil sedang diaktifkan.
Ia boleh bernyala atau berkelip kerana beberapa sebab yang berlaku pada enjin. Yang pasti ada sesuatu yang tidak kena pada bahagian enjin.
Jika ia bernyala ini bermakna brek sistem anti-lock kereta anda ada yang tak kena dan perlu menjalani pemeriksaan lanjut.
Anda perlu tekan brek atau perlu hidupkan kereta atau letakkan pada gear neutral.
Sistem pengecasan kereta anda mengalami masalah kekurangan kuasa. Dan bateri kereta anda berdepan masalah dan perlu dicas atau diganti bateri baru.
Ini simbol paling basic yang MASKULIN yakin semua orang pun tahu. Jika ia berkelip ternyata minyak adalah rendah.
Tak semua kereta dilenhkapi dengan penggera amaran ini. Tapi kebanyakan model yang terbaru mempunyai fungsi ini. Jika ia bernyala dan berbunyi itu memberi amaran supaya anda memasang tali pinggang kalendar.
Jika ia bernyala ia bermakna salah satu airbag anda ada masalah dalam sistemnya. Segeralah bawa ke pusat servis untuk periksa kerana ia boleh membahayakan keselamatan anda dan penumpang.
Jika anda membuka lampu kabus, simbol inilah yang akan menyala.
Bila terdapat kerosakan penggera pada sistem anti-theft yang anda pasang.