Dah tengah bulan Januari ni,dah bayar belum cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2017. Jangan dah akhir-akhir tarikh nanti baru nak sibuk isi borang e-filing dan baru terhegeh-hegeh nak kumpulan segala resit. Ada jugak yang baru nak ambil tahu pasal item yang dibenarkan untuk pelepasan cukai. Saya tahu ramai yang macam ni.
Berikut adalah senarai pelepasan cukai pendapatan bagi tahun 2017:
1. Perbelanjaan terhadap Ibu Bapa
Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) – Terhad RM5,000 atau
Pelepasan Untuk Ibu Bapa – Terhad RM1,500 setiap ibu dan bapa, dengan syarat ibu bapa mestilah:
Berumur 60 tahun dan ke atas
Berpendapatan tidak melebihi RM24,000 setahun (jika bekerja)
Pelepasan perbelanjaan perubatan tidak dituntut
Boleh dapat pelepasan sehingga RM3,000 jika kedua-dua ibu bapa layak..
Ads
2. Yuran Pendidikan Diri Sendiri.
Terhad RM7,000. (Tahun 2016: RM6,000)
Kursus yang layak bagi peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda – Undang-undang, Perakaunan, Kewangan Islam, Teknikal, Vokasional, Industri, Saintifik atau Teknologi
Kursus yang layak bagi Peringkat Sarjana / PhD – sebarang bidang atau kursus kajian
3. Kesihatan
Belanja perubatan bagi penyakit yang sukar diubati atas diri sendiri, suami / isteri atau anak – Terhad RM6,000
Ads
Pemeriksaan perubatan penuh atas diri sendiri, suami / isteri atau anak – Terhad RM500
4. Simpanan Tabung SSPN – Terhad RM 6,000.
5. Perkeso – Terhad RM250
6. Gaya Hidup
Pembelian bahan bacaan, komputer, telefon pintar, tablet, alat sukan, yuran keahlian gimnasium dan langganan internet – Terhad RM2,500
7. Peralatan Penyusuan
Pembelian peralatan penyusuan ibu (potongan dibenarkan sekali setiap 2 tahun untuk pembayar cukai wanita sahaja) – Terhad RM1,000
8. Pra-Sekolah Anak-Anak
Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah – Terhad RM1,000
9. Insurans nyawa dan KWSP – Terhad RM6,000
10. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh – Terhad RM3,000
11. Insurans pendidikan dan perubatan – Terhad RM3,000
12. Bayaran zakat – Tiada had (100% pelepasan)
Ads
13. Insurans perubatan.
Setakat ni, inilah sahaja pelepasan yang ada bagi tahun 2017 yang boleh kita maksimumkan belanja untuk minimumkan cukai. Yang penting jangan lupa simpan resit!
Harap senarai ini dapat kita buat persediaan awal terutama pada mereka yang baru pertama kali nak isytihar cukai, yang baru dinaikkan gaji, atau yang dapat bonus. Apa-apa pun, perkara paling penting ialah mencatat perbelanjaan setiap hari, tak kira sama ada besar atau kecil
Catat setiap perbelanjaan dan simpan setiap resit transaksi. Lebih baik, kumpulkan di satu tempat khas supaya lebih mudah untuk kemukakan claim menerusi E-Filing nanti. Tak payah susah-susah nak ingat balik.
Maklumat lanjut mengenai pelepasan cukai boleh dirujuk di laman web LHDN.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
GOUT BERLAKU DISEBABKAN OLEH URIK ASID YANG BERLEBIHAN DALAM DARAH. MENDAPAN KRISTAL URIK ASID (MONOSODIUM URATE) PADA PERSEKITARAN SENDI ATAUPUN DI DALAM SENDI MENIMBULKAN KERADANGAN YANG BOLEH MENYEBABKAN SAKIT SENDI. METABOLISME DAN PENGENDALIAN URIK ASID YANG TIDAK SEIMBANG, SAMA ADA PENGELUARAN YANG BERLEBIHAN ATAU KEGAGALAN BUAH PINGGANG UNTUK MENYINGKIRKANNYA, MENGAKIBATKAN URIK ASID YANG BERLEBIHAN.
KERANGAN
Perlu mengurangkan pengambilan makanan laut sewaktu mengalami serangan. Cukup sekadar pengambilan setakat 4-6 auns sehari. Ini adalah kerana sumber makanan ini kaya dengan purin, yang mana akan diuraikan menjadi asid urik.
DAGING MERAH
Tidak semua daging mengandungi kandungan purin yang sama. Sebagaimana diketahui daging putih lebih baik berbanding daging merah. Seperti mana yang kita semua tahu, daging putih lebih baik daripada merah. Akan tetapi, sesekali menikmati daging merah tidak mengapa. Jika anda ingin makan, pilihlah daging lembu berbanding ayam belanda dan kambing.
AYAM BELANDA
Ayam Belanda dan angsa mengandungi kandungan purin yang lebih tinggi berbanding lain-lain jenis makanan. Jadi, elakkannya! Ayam (selain ayam Belanda) dan itik merupakan pilihan paling selamat. Daging di bahagian kaki adalah lebih baik berbanding dada dan kulit.
MINUMAN MANIS
Elakkan meminum minuman manis dengan sirap jagung yang kaya dengan fruktosa seperti soda atau minuman buah-buahan. Ini kerana pemanis merangsang tubuh menghasilkan lebih banyak asid urik.
HERRING
Elakkan sama sekali herring, begitu juga dengan tuna dan ikan bilis. Sebaliknya udang, udang kara, belut dan ketam agak selamat untuk dimakan oleh anda.
ASPARAGUS
Asparagus, bunga kubis, bayam dan cendawan kaya dengan purin jika dibandingkan dengan lain-lain jenis sayuran. Namun, anda masih boleh mengambilnya dengan kadar sepatutnya.
HATI
Organ dalaman seperti hati, buah pinggang dan pankreas PATUT DIELAKKAN sama sekali.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan dunia selebriti sama ada anda percaya atau tidak cukup memberi warna dalam kehidupan buat seorang lelaki.
Istilah ‘die hard fan’ merujuk kepada seseorang yang sangat berdedikasi dan setia kepada sesuatu, biasanya berkaitan dengan hobi, kegemaran, atau minat tertentu.
Ia termasuklah minat kepada selebriti sama ada penyanyi, pelakon atau figura yang popular di kaca TV.
Baru-baru ini satu kisah seorang pemuda dari Pakistan menarik perhatian ramai tentang minatnya terhadap Taylor Swift. Pemuda Pakistan tersebut, Bilal Ilyas Jhandir, baru saja mencipta sejarah dalam Guinness World Records sebagai peminat Taylor Swift yang terhebat.
Apa tidaknya, dia berjaya mengenal pasti lebih dari 30 lagu Swift dalam masa hanya satu minit sahaja. Inilah yang dinamakan dedikasi yang luar biasa.
Bilal yang kini berusia 20 tahun, telah memecahkan rekod yang sebelumnya dipegang oleh seorang hos radio Britain, Dan Simpson yang berjaya mengenal pasti 27 lagu pada tahun 2019.
Misi Bilal? Mengidentifikasi lagu-lagu hit Taylor Swift hanya dari lirik yang dibacakan, tanpa iringan muzik. Dan teka apa? Dia berjaya mengenal pasti sebanyak 34 buah lagu.
Kisah Bilal bermula ketika dia berumur 13 tahun dan jatuh hati dengan muzik Taylor Swift. Jelasnya, “Saya dengar semua lagu dia. Hampir setiap lagu boleh saya kenali dari liriknya.”
Tapi jangan salah, bukan sekadar menghafal. Bilal menghabiskan 13 minggu untuk ‘sesi mengulang kaji’, hingga dia mengulang lirik-lirik tersebut walaupun ketika tidur. Itu baru namanya dedikasi!
Walaupun tugasnya kelihatan sukar, Bilal menyifatkannya sebagai ‘mudah’. Hanya satu perkara yang membuat cabaran ini sedikit rumit, iaitu lirik-lagu itu dibacakan oleh seorang lelaki. Namun, itu tidak menghalang Bilal. Dia berpendapat memecahkan rekod dunia adalah cara terbaik untuk menunjukkan dedikasinya dan ‘cinta yang luar biasa’ kepada Taylor Swift.
Bilal yang kini bergelar sebagai seorang pelajar dalam bidang Sains Komputer turut menyatakan, “Yang paling saya suka tentang Swift adalah cara dia menulis lagu-lagu hebat yang menyentuh hati saya.” Kini, dengan pengakuan rasmi dari Guinness, dia merasa sangat bangga.
“Dipanggil ‘Certified Swiftie’ atau ‘Officially Amazing Swiftie’ itu sesuatu yang luar biasa,” tambahnya.
Jadi, kepada semua Swifties di luar sana, Bilal telah menetapkan standard yang tinggi. Siapa yang boleh atau berani mencabar dia?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apa itu Microsleep? Pernahkah korang tiba-tiba terlelap sekejap ketika sedang memandu secara tiba-tiba? Pasti korang pun penah laluinya kan lagi-lagi masa memandu sendirian. Masalah ini dinamakan sebagai Sindrom Microsleep iaitu di mana keadaan badan ‘tidur’ buat seketika.
MICROSLEEP adalah keadaan dimana badan kita ‘tidur’ buat seketika. Segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses oleh otak. Tempoh microsleep hanya antara 1 hingga 30 saat dan ia boleh berlaku walaupun ketika mata masih terbuka.
Sebagai contoh, pada kelajuan 70km/h, microsleep selama 3 saat boleh menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter. Dalam jarak 200 meter, nyawa boleh melayang dalam sekelip mata. Cuba bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya anda sedang memandu pada kelajuan 100 km/h?
Seringkali pemandu memikirkan dia kebal dan keinginan untuk bersama keluarga tersayang yang terpisah buat sekian lama dijadikan motivasi untuk gagah memandu walaupun sudah terlalu mengantuk. Ada juga yang berpendapat jika mereka memandu dengan laju, kesan mengantuk akan berkurangan disebabkan ‘adrenaline’ yang meningkatkan upaya ‘fight or flight’. (Fight or flight adalah sitiuasi di mana badan bersedia untuk menghadapi keadaan yang membahayakan diri: lari atau lawan).
Tanda-tanda anda mempunyai sindrom microsleep:
Mengelamun
Terhangguk beberapa kali
Mata berkelip perlahan
Hypnic jerk
Tidak dapat mengingat apa yang berlaku beberapa minit lepas
Apa yang perlu dilakukan?
Berhenti dan cari tempat yang selamat untuk parkir kereta anda.
Tidur untuk seketika, tidak perlu lama, lima minit sudah mencukupi.
Berhenti rehat setiap dua jam untuk pemanduan jarak jauh.
Ini pesanan kepada penumpang terutama sekali yang duduk di hadapan. Anda perlu menjadi pembantu kepada pemandu atau peneman yang baik. Janganlah tahu nak berdengkur sahaja ataupun asyik melayan telefon pintar saja.
Sebagai orang yang paling hampir dengan pemandu, anda perlu lakukan 3 perkara ini:
Berbual dengan pemandu untuk elakkan rasa mengantuk.
Perhatikan cara pemanduan. Jika nampak kenderaan anda dah mula tak tentu arah atau tidak mengikut lorong, TEGUR pemandu. Cadangkan pemandu untuk berehat seketika di stesen minyak atau Hentian Rehat dan Rawat (R&R).
Sesekali jeling-jelinglah pada paparan meter kenderaan. Jika terlalu laju atau ada lampu-lampu amaran yang menyala, TEGUR pemandu, jangan buat ‘dek’ je ye!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.