Penggunaan Masker mahupun topeng muka dua kali seminggu adalah rutin yang selamat untuk kulit mendapat kan kulit yang sihat dan mulus . Masker selalu digunakan untuk merawat merengsakan kulit akibat jerawat atau kemerahan.
Namun lambakkan produk masker di pasaran pasti buat korang keliru untuk memilih, salah pilih pasti buat kulit makin merengsa. Ini perkongsian menarik 12 jenis masker yang sesuai untuk kulit dari saudara Herry Rozular yang pasti dapat membatu korang.
Ini Perkongsiannya :
So far abam tahu korang pening kan nak pilih mana? Ada gel peel off, ada scrub + mask, ada claymask. Macam tak tahu je nak pick mana sebab banyak dia ada. Jangan risau, nah guide abam provide. Korang boleh click di gmbr tu n baca ye. Harga Rm24 mcm tu yea. Boleh didapati di drugstore ( watson/guardian )
Semoga bermanfaat !
1. Apple cider vinegar.
Scrub + mask. Maksudnya sebelum pakai yg ni tak payah susah2 scrub dulu pakai apa2 scrub lain ye. Dia dah sekali dalam ni. Kiranya jimat masa lah. Cara nak pakai, basahkan dulu muka. Pastu apply gosok2 ke muka n biar 3 5 minit then bru bilas. This one all skin types boleh pakai ya. Yg ni dia cakap boleh purifies n matte kan skin.
2. Golden Grain Brightening Mask
This one if skin sunburn, ada dark spot, then ambik yang ni. Dia bentuk gel ye. Cuci muka bersih2 or lepas mandi, then keringkan muka. Pastu apply je ke muka then bilas lepas biarkan 5 – 10 minit kt muka. Yg ni ada vitamin C n boleh firmkn kulit jugak ye.
3. Green Tea + Orange blossom peel off mask.
This one for normal n combination skin boleh pkai. Yg ni boleh refines kita punya pores n tolong improve kita punya dark spot. Yg ni jgk boleh cerahkan skin ye.
Ads
4. Cucumber + pink salt clay mask
Yang ni pulak clay mask n all skin boleh pakai. Bila ckp all skin types so tk kira la awk dry ke oily ke, mmg boleh pakai. Yang ni utk detox kan skin n pores kita utk renew kan skin.
5. Dead Sea Minerals clay mask.
Yang ni pun sama dalam bentuk clay mask n boleh pakai utk semua jenis kulit. Yang ni katanya boleh balancekan kelembapan kulit kita n Lavender & Bergamot boleh lembutkn kulit. Yg kulit kasar tu ha this one.
6. Avocado + Oatmeal Clay Mask.
Yang ni khas utk cuci jauh ke dalam pores ! Yg rasa pores tersumbat n tak sihat tu, ambik yang ni yea. Avocado, Oatmeal n Vitamin E dalam ni boleh buat skin lembap n lembut ?
Ads
7. Charcoal + blacksugar gel mask + scrub.
Yg ni utk detox kan pores n exfoliate. So sama ye if dah pakai, takyah scrub dah. Dah include skali. Yg ni all skin types boleh pakai. Yg betul2 rasa pores dia kotor, ambik yg ni sbb charcoal ni mmg terkenal utk cuci pores ke dalam.
8. cucumber gel mask
Yang ni utk normal n combination skin. Kalau skin kusam n kasar go with this one. Cucumber n Aloe dalam ni akan pastikan skin soft n smooth !
9. mint + lemon clay mask
Skin oily teruk ambik yang ni ! Breakout n open pores pun boleh yg ni. Skin type : Oily n breakout ! Digalakkan !
Ads
10. Pomegranate peel off mask !
Yg ni utk protect skin dari radikal bebas n gently cuci pores utk skin bersih. This one also all skin types boleh pakai. Tkde masalah apa jenis type pn ya.
11. Diamond mineral clay mask + scrub.
If skin kusam, parut, ambik yg ni ya. Ni dah asa scrub n mask jugak. Cara pakai, cuci muka then keringkan pastu pakai je n biar 5 10 minit. Pastu bilas
Jadi dah tahu harap korang tak salah memilih masker nanti okay!
Harap info dari lelaki ini dapat memanfaat dan membantu korang semua mendapatkan kulit yang menjadi idaman!
Sumber : Facebook Herry Rozular
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Untuk mereka yang mempunyai rambut keriting, kadalangkala tidak tahu apakah stail yang sesuai kerana rambut mereka tidak tumbuh dengan lurus.
Kebanyakan gaya potongan moden pada hari ini amat sesuai untuk digayakan oleh pelbagai jenis rambut. Ia tidak lain tidak bukan untuk memperhebatkan lagi gaya anda.
Ini MASKULIN sediakan panduan senarai 5 gaya yang sesuai anda buat walaupun berambut keriting.
Pompadour merupakan salah satu gaya rambut yang paling popular untuk lelaki. Biasanya setelah rambut dipotong, tukang gunting akan menggunakan pengering rambut untuk meluruskan rambut yang keriting, lalu rambut akan di blow untuk membuat efek ikal yang sempurna.
2. Potongan low fade
Potongan rambut ini memiliki gaya rambut yang lebih panjang di bahagian atas dengan tekstur keriting yang sedikit. Selain itu rambut di bahagian kanan dan kiri kepala dipotong rapi dengan potongan pendek. Panjang atau pendeknya rambut bahagian atas dapat disesuaikan mengikut bentuk wajah anda.
3. Potongan modern afro
Stail ini merupakan pilihan gaya rambut yang sangat tepat. Potongan rambut dengan gaya yang tipis di sisi kiri dan kanan kepala akan menimbulkan kesan yang lebih mendalam di garis wajah serta bentuk muka. Potongan rambut ini sangat sesuai digunakan bila anda mempunyai jambang nipis sehingga membuatkan anda nampak lebih jantan.
4. Potongan rambut pendek
Potongan rambut yang pendek adalah salah satu cara termudah untuk mengawal rambut keriting anda. Namun, anda kena pastikan agar ia tidak terlalu pendek hingga rambut keriting anda dicukur habis.
Lelaki sering berdepan dengan masalah jerawat timbul di badan. Nak buka baju pun rasa malu dan tak selesa kalau badan ada jerawat. Masalah ini boleh hilangkan keyakinan dalam diri.
Jika anda ingin mencari produk yang sesuai, ikuti perkongsian produk & tip merawat jerawat badan menggunakan 11 produk terbaik oleh EvarosAquaGel di laman Twitternya.
Punca-punca jerawat pada badan
Kenali jenis jerawat
1. Pemilihan body wash
3. Produk exfoliate
4. Epsom salt
5. Guna Tea Tree Oil / Aloe Vera selepas mandi
6. Tukar cadar dan bantal
7. Amalkan pemakanan seimbang
8. Tukar baju dengan kerap
9. Mandi 2 kali sehari
10. Jumpa pakar kulit / dermatologist
11. Minum air secukupnya
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Baik lelaki atau wanita, pencukur adalah salah satu peralatan grooming yang wajib ada. Tanpanya banyak bulu yang tidak diperlukan tumbuh melata hingga merosakkan penampilan terutamanya wajah anda.
Walaupun begitu, masih ada lagi yang tidak mengambil berat terhadap penjagaan pisau cukur hingga ia boleh merosakkan wajah anda. Pisau cukur diperbuat daripada besi dan jika tidak disimpan dengan elok ia akan berkarat serta menjemput banyak kaum bakteria.
Disebabkan itu, MASKULIN ingin menerangkan bagaimana menjaga pisau cukur agar ia tahan lama serta menjimatkan duit anda.
Ramai orang tidak menggunakan krim pencukur ketika mencukur. Ia amat penting untuk membuatkan bulu-bulu yang akan dicukur dalam keadaan lembab serta memudahkan proses mencukur.
Ia juga penting untuk mengelakkan pisau cukur tergores dengan kulit anda hingga mengakibatkan kecederaan malah lebih teruk lagi terdapat kesan parut.
2. Bersihkan pisau cukur dengan teliti
Percaya atau tidak, ramai orang selalu selepas bercukur suka tinggalkan pisau begitu sahaja tanpa membersihkannya. Penjagaan paling mudah adalah untuk melalukan air di setiap celah garis pisau. Selain itu, bulu yang tertinggal boleh mengakibatkan kesan luka kerana ia amat tajam, jadi pastikan pisau cukur anda bersih serta bebas dari bulu lama yang telah dicukur.
3. Keringkan setelah digunakan
Air yang tertinggal pada pisau cukur akan membuatkan ia berkarat. Pisau yang berkarat bakal membuatkan banyak bakteria hinggap disitu. Lebih teruk jika anda gunakan pisau cukur yang terdapat kesan karat, kulit muka anda pasti akan merasa gatal serta tanda kemerahan kerana sudah dijangkiti bakteria.
4. Simpan di tempat yang kering
Walaupun sudah kering tetapi tidak bermakna kalau anda tinggalkan ia di dalam bilik air. Persekitaran bilik air yang lembap, boleh mempengaruhi pisau cukur dan membuatkan ia berkarat. Cari tempat yang kering untuk menyimpannya.
Untuk memastikan pisaunya sentiasa tajam, asah ia guna seluar jeans yang tidak dipakai lagi. Caranya adalah dengan mengalur gerak pisau terbabit sama macam anda bercukur. Anda boleh asah ia bila sudah dapat rasa cukuran pisau tersebut tidak selancar biasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kewangan peribadi, memahami peluang perlepasan cukai yang tersedia boleh membantu mengurangkan beban cukai setiap tahun.Tahun 2025 membawa beberapa...