Sut yang bagus potongannya dapat menyerlahkan personaliti si pemakai tampak lebih segak dan kacak. Namun begitu perlu diingat, potongan sut serta jahitan yang tidak kemas tampak murah. Membuatkan anda kelihatan tidak refined dan polished.
1-Sut Khaki paling sesuai digayakan dalam cuaca panas seperti di negara kita – jaket berpinggang (slim jacket) dan seluar yang diperbuat dari kain kapas (cotton) atau linen, bukan hanya ringan (lightweight), tetapi ia juga menarik dipadankan dengan kemeja dan tali leher reka corak jalur pelbagai warna (multi-coloured stripes).
2-Tiada tolak ansur dari segi keselesaan dan kekemasan apabila anda membeli dan menempah sut. Sut yang bermutu selalunya sedikit mahal. Oleh itu, pastikan pilihan sut boleh dipakai selalu dan mudah disuai padan dengan apa saja dalam almari anda.
Sut yang dibeli dengan harga yang mahal sepatutnya tahan bertahun-tahun. Bespoke
adalah terma bagi sut yang ditempah mengikut ukuran badan individu. Ini kerana ia sut tempahan mengikut kehendak pelanggan.3-Ciri-ciri sut yang perlu anda miliki; butang daripada tanduk, lapel berjahit tangan, kolar berlapik felt, lapisan kanvas di antara kain diletak dan dijahit dengan kemas (dan bukan digam) dan pilihan fabrik lembut supaya anda boleh menyarungkannya 12 jam tanpa rasa gatal.
4-Jika mahu menggayakan skinny suit yang mengikut potongan badan . Padankan ia dengan crisp white button-downshirt dan kasut oxford (lace-up oxfords), untuk gaya yang paling in style & hip.
Tomaz mempunyai pelbagai rangkaian sut, kemeja dan kasut oxford yang smart untuk lelaki dengan kualiti tinggi dan harga lebih murah.
5-Dalam lingkungan konservatif, lelaki seharusnya berpakaian mengikut gaya klasik dan rasmi (formal). Pemilihan warna untuk bisnes suit lebih ditumpukan pada rona hitam dan kelabu (grey).
6-Apabila memilih sut, seseorang lelaki harus mencari sut yang paling sesuai dan selesa digayakan olehnya, dan bukan memilih sut yang hebat dari segi rekaan, tetapi nampak janggal apabila dipakai. Dalam erti kata yang lain, elegance, sophistication, and timeless style are always better than of-the-moment trends, which will date-and date the wearer.
7-Jika dibandingkan, gaya two-button suit adalah lebih timeless (tak lapuk dek zaman) daripada three-button suit
. Single-breasted jacket pula adalah lebih versatile berbanding dengan double-breasted. Ia juga lebh mudah disuai padan, sama ada untuk acara formal, kasual atau bersantai
8-Untuk majlis black-tie, untuk lebih trendy, anda boleh menggayakan jaket yang lebih mengikut bentuk badan (fitted), yang dipadankan dengan kemeja putih yang bersih. Padanan ini mudah tetapi sentiasa kelihatan hebat apabila digayakan.
9-Untuk nampak lebih dinamik, pilihlah jaket atau blazer yang memberikan fokus kepada bahu anda. Pilihan yang tepat adalah jaket yang punyai padding pada bahagian bahu. Paling sesuai adalah pemakaian jaket potongan double-breasted, tetapi jika anda punyai perut yang buncit sedikit, alternatifnya anda perlulah memilih jaket single-breasted.
Bagi jaket kasual pula, pilihlah yang berpotongan lurus dan panjang sedikit daripada garisan pinggang. Yang penting anda harus selesa dan yakin dengan keterampilan gaya anda, agar ia dapat memberikan impak imej yang positif serta meyakinkan dalam penampilan anda seharian
10-Jika anda hanya akan memiliki sepasang sut, pilihlah ia dalam rona hitam, biru kelasi atau kelabu. Jika mahu menyimpan lebih daripada sepasang (jaket & seluar) dalam almari,semestinya salah satu sut perlulah menarik dan hebat (dari segi tekstur & warna).
Untuk kelainan, pilihlah sut khaki atau jika anda berani bereksperimen pilih sut dengan reka corak plaid (kain berpetak ataupun genggang) seperti dari jenis fabrik glen plaid
dan Prince of Wales.
11-Pintstripe suit (sut jalur halus) memang elegen apabila digayakan. Namun begitu, untuk kelihatan kurang membosankan ataupun terlalu formal, ia paling menarik jika dipadankan bersama kemeja dengan jalur (pinstripes shirt) yang berbeza ataupun kontras. Walaupun sedikit konservatif, gaya ini tetap cool dan pasti jadi ikutan.
12-Berhenti daripada cuba menggosok pakaian yang harus digayakan dan dibiarkan renyuk atau kedut (rumpled & wrinkles). Di pentas peragaan antarabangsa, koleksi blazer dan sut banyak didatangkan dalam fabrik yang telah melalui proses kimia (chemically treated) untuk mendapat dan mengekalkan kedut tersebut.
Dari segi rekaannya, blazer atau sut ini unstructured ataupun tidak kelihatan kaku. Paling menarik dipadankan dengan chinos dan jeans. Trend ini cukup hip serta bersahaja sealiran trend fesyen antarabangsa.