Nak membakar kalori, bukan setakat bersenam sahaja. Sebenarnya dengan melakukan aktiviti seharian pun, anda masih boleh membakar kalori.

Menurut seorang doktor bernama Dr. Mosley, memang benar bersenam boleh bakar kalori, tetapi hakikatnya jumlah kalori yang dibakar lebih rendah berbanding apa yang kita rasakan berlaku.

“Sebenarnya tubuh kita sentiasa membakar kalori. Walaupun ketika duduk, kita masih boleh membakar kalori,” kata Dr.Mosley.

Jangan sempitkan pemikiran anda bahawa hanya bersenam sahaja boleh membakar kalori. Sebenarnya 12 aktiviti ini juga boleh membantu anda membakar kalori dengan mudah.

1. Naik tangga

12 Aktiviti Yang Mudah Membakar Kalori, Salah Satunya Tengok Cerita Seram!

Setiap larian tangga boleh membakar sebanyak 5 kalori. Walaupun sedikit, lebih baik daripada tiada langsung. Jika pejabat atau rumah anda ada tangga, gunakan tangga ni dengan sebaik mungkin.

2. Parking kenderaan jauh

12 Aktiviti Yang Mudah Membakar Kalori, Salah Satunya Tengok Cerita Seram!

Jika anda parking kenderaan jauh ini akan memaksa anda untuk banyak berjalan. Ini sekali gus membantu anda untuk membakar lakori dengan mudah.

Ads

3. Makan dengan lebih kerap

12 Aktiviti Yang Mudah Membakar Kalori, Salah Satunya Tengok Cerita Seram!

Amalan makan secara kerap memang digalakkan ketika berdiet kerana badan akan kerap mencernakan makanan dan membuatkan anda lebih aktif. Anda seharusnya makan dalam kuantiti yang sedikit dan berulang agar tidak mudah lapar. Elak skip waktu makan.

4. Makan makanan pedas

12 Aktiviti Yang Mudah Membakar Kalori, Salah Satunya Tengok Cerita Seram!

Cili mengandungi capsaicin yang akan memanaskan badan, mempercepatkan metabolisme dan membantu tubuh membakar kalori lebih cepat.

5. Sexercise dengan pasangan

12 Aktiviti Yang Mudah Membakar Kalori, Salah Satunya Tengok Cerita Seram!

Melakukan hubungan intim merupakan senaman yang baik kerana ia juga dapat membakar banyak kalori. Tahukah anda sexercise dalam 30 minit dapat membakar 100 kalori atau lebih.

Ads

6. Tengok cerita seram

12 Aktiviti Yang Mudah Membakar Kalori, Salah Satunya Tengok Cerita Seram!

Kajian saintifik menunjukkan bahawa tengok filem seram dapat membantu anda untuk membakar kalori dalam badan. Ini dibuktikan dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari University of Westminster. Mereka mendapati bahawa kadar nadi jantung akan meningkat hasil daripada menonton cerita seram yang akan membakar kira-kira jumlah kalori yang sama jika anda berjalan kaki selama satu setengah jam.

7. Ketawa

12 Aktiviti Yang Mudah Membakar Kalori, Salah Satunya Tengok Cerita Seram!

Orang yang gemar ketawa bukan saja ceria malah sihat. Jika anda ketawa selama 20 minit, anda telah membakar sekitar 70 kalori. Ini fakta, bukan rekaan! Jadi, teruskanlah ketawa.

8. Minum kopi

12 Aktiviti Yang Mudah Membakar Kalori, Salah Satunya Tengok Cerita Seram!

Satu kajian di Sepanyol ada menyebut bahawa atlet yang diberi minuman kafein sebelum melakukan latihan akan membakr kalorinya sebanyak 15% lebih banyak jika dibandingkan dengan mengambil minum suplemen.

Ads

9. Jalan-jalan di pusat membeli

12 Aktiviti Yang Mudah Membakar Kalori, Salah Satunya Tengok Cerita Seram!

Membeli belah juga bagus kerana lagi banyak berjalan, lebih banyak kalori yang dibakar. Tahukah anda, berjalan selama 45 minit dengan membawa troli mampu membakar lebih 100 kalori.

10. Kemas & bersihkan rumah

12 Aktiviti Yang Mudah Membakar Kalori, Salah Satunya Tengok Cerita Seram!

Daripada menonton tv, ada baiknya anda gerakkan tubuh dengan buat aktiviti mudah di rumah. Misalnya membersihkan dapur atau mencuci tandas. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan degupan jantung, sekali gus membakar kalori sama seperti anda berlari atau berjoging.

11. Buat gerakan malas

12 Aktiviti Yang Mudah Membakar Kalori, Salah Satunya Tengok Cerita Seram!

Tanpa perlu banyak tenaga atau pakaian yang bersesuaian, anda hanya perlukan gerakan kecil untuk membakar kalori. Gerakan ‘malas’ seperti menghentakkan kaki di lantai atau bergerak-gerak dengan kerusi pejabat boleh membakar 350 kalori. Walaupun tabiat ini nampak agak menjengkelkan namun apa salahnya, jika ia mampu membakar kalori kan?

12. Karaoke

12 Aktiviti Yang Mudah Membakar Kalori, Salah Satunya Tengok Cerita Seram!

Jangan pedulikan sama ada suara anda sumbang atau tidak. Lontarkan sahaja suara anda dengan penuh keyakinan dan ajak rakan-rakan ke pusat karaoke. Anda boleh membakar hampir 140 kalori dengan menyanyi selama satu jam sahaja. Menarik bukan?

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI