11 Produk Wajib Dalam Beg Lelaki Moden

Share

Apakah pengertian definisi lelaki sebenar? Bukan hanya semata-mata berbadan sado ataupun mempunyai gaya fesyen yang menarik, malah keseluruhan personaliti kamu juga diambil kira untuk dilabel sebagai lelak sebenar. Hari ini, kaum lelaki banyak terdedah kepada peredaran trend fesyen semasa yang memberi banyak panduan kepada mereka untuk tampil lebih bergaya dan segak. Tetapi, kamu harus ingat, sebagai seorang lelaki sebenar, beg adalah aksesori wajib dan terbaik yang kamu harus ada kerana beg mampu menaikkan aura maskulin kamu supaya lebih teserlah. Nah! Sekarang ini, bagaimana pula dengan barang-barang yang harus ada dalam beg kamu untuk menjadi seorang lelaki hari ini? Jom kita tengok!

BUSINESS CARD CASE
Jika kamu seorang ahli perniagaan, business card adalah benda penting yang wajib ada bersama kamu, setiap masa. Selain untuk mengembangkan tahap sosial kamu, ia juga membantu kamu merebut peluang keemasan yang datang secara tak diduga, menjadikan kamu seorang yang lebih bersedia dan profesional. Business card case ini memastikan bahawa kad kamu sentiasa dalam kualiti yang baik, dan tanpa ragu, kamu bisa memberi pada pihak yang berkenaan.
PORTABLE CHARGER
Dunia hari ini, semuanya bermain dengan kuasa teknologi. Manakan tidak, hendak mencari sesebuah lokasi pun masih memerlukan internet. Jadi, portable charger ini membantu kamu untuk melancarkan jadual harian kamu dengan meastikan tefon bimbit kamu sentiasa ada bateri penuh. Supaya menjadi lebih efektif. Malah, proses kerja kamu lebih mudah.
BUKU NOTA
Walaupun kelihatan sedikit old school, namun dengan membawa buku nota menjadikan kamu seorang yang sofistikasi dan fokus dalam karier kamu. Buku nota bukan sahaja mudah dibawa, malah ia menyenangkan kamu sekiranya ada informasi yang harus kamu catat dengan tiba-tiba dengan pantas. Ia juga tidak mudah hilang. Senang bukan?
PHONE CASE
Kadang-kadang apabila kita berada dalam situasi yang tidak menentu, kelam-kabut dan sebagainya, pasti ada perkara di luar jangkaan yang berlaku. Contohnya, telefon bimbit kamu terjatuh. Selalu kan? Jadi, untuk mengelak dari berlakunya perkara ini terjadi, apa kata kamu bawa phone case di dalam beg kamu. Just in case, siapa tahu?
MINI UMBRELLA
Terperangkap dalam hujan lebat, bersama wanita yang kamu idamkan adalah saat romantis dan bonus bagi kamu! Bukankah kamu akan tampak lebih gentleman dengan membawa payung bersama? Dulu mungkin ada orang bilang “hey tak lelaki lah tak kena hujan!” Tidak! Bukan hari ini! Daripada kamu demam dan selsema terkena hujan, lebih baik kamu mencari jalan untuk mencegahnya. Membawa payung seolah-olah kamu membawa duit lebih untuk membayar kereta kamu yang tiba-tiba rosak di tepi jalan.
PORTFOLIO
Jika kamu menceburi bidang kreatif, portfolio ini wajib ada bersama kamu. Successful men keep it clean. Kamu harus sentiasa memastikan barangan kamu terurus dengan rapi. Susun dengan tertib. Portfolio ini sangat memudahkan kamu apabila kamu bisa memasukkan telefon bimbit, tablet, kad kredit dan notepad.
POCKET COMB
Rambut. Ada apa dengan rambut? Ramai orang tahu rambut ini seumpama mahkota kita. Terutamanya lelaki, gaya rambut yang tepat mampu mengubah keseluruhan penampilan kamu kepada gaya yang stailo. Salah satu kunci untuk kamu sentiasa nampak kemas adalah dengan membawa pocket comb. Mudah dan senang digunakan. Jadi, kamu boleh sentiasa bersedia untuk memikat mana-mana gadis di depan kamu!
WALLET
Ini adalah kunci kepada pelengkap gaya kamu. Well, memanglah jika kamu tidak membawa wallet, bagaimana pula ingin membayar segala perbelanjaan harian kamu, kan? Tetapi pemilihan jenis wallet itu harus tepat supaya kena dengan gaya kamu. Untuk menghasilkan gaya yang menarik, why not kamu try jenis leather yang didatangi dengan pelbagai warna. Sudah tentu, hitam dan coklat adalah pilihan utama untuk kamu jadi lebih cool dan steady.
Nak tengok wallet dan beg lelaki branded yang smart? Klik sini dan gunakan kod promo 38WOMENDAY:
PEN
Jika kamu membawa buku nota, kamu juga harus membawa sebatang pen. Tidak lengkaplah gaya lelaki sofistikasi kamu jika tidak membawa pen. Namun, jika kamu bijak, pilihlah jenis pen yang betul-betul menunjukkan kematangan kamu sebagai seorang lelaki. Biar orang sekeliling memberi fokus kepada kamu apabila kamu mengeluarkan pen kamu. Sebatang pen itu melambangkan keseluruhan personaliti kamu, dan juga citarasa kamu juga.
LIP BALM
Ramai di antara lelaki di luar sana yang tidak memberi penekanan terhadap bibir kering. Tahukah kamu, apabila bibir kamu kering, ia bermakna kulit kamu kering. Tubuh badan kamu tidak cukup dengan air. Apabila kamu membiarkan bibir kamu kering, seolah-olah kamu memberitahu orang lain tentang hidrasi kulit kamu. Jadi, tidak salah jika kamu melabur duit kamu dengan membeli lip balm. Usah khuatir. Lip balm tidak menampakkan kamu seperti perempuan. Begitu banyak pilihan lip balm yang ada di kedai, yang berwarna mengikut darah dan yang tiada warna juga tersedia untuk anda. Pilihlah dengan bijak mengikut kesesuaian kamu!
TISU BASAH
Nah! Lelaki paling tidak suka untuk melabur duit semata-mata untuk membeli tisu basah. Hey! Jika kamu seorang yag kulit berminyak, tisu basah (non-chemical/ non-alcohol) sangat membantu kamu untuk tampak segar dan bersih. Tidak perlu membasuh muka kamu yang barangkali boleh membasahkan baju serta seluar kamu, guna sahaja tisu basah yang sesuai dengan kulit muka untuk menghilangkan minyak di muka!
Published by
webadmin