11 Khasiat Pakai Wangian Seperti Haruman Kasturi Termasuk Untuk Ke Solat Jumaat

Share

Menjadi sunnah bagi kaum lelaki memakai wang-wangian untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.

Wangi-wangian seperti bau haruman kasturi bukan sahaja menyegarkan malah sering digunakan secara tidak langsung dalam perubatan Islam untuk merawat penyakit.

Kajian diuji zaman-berzaman

Al-Kindi atau nama sebenarnya Abu Yusuf Ya’quq Ibn Ishaq Al Kindi merupakan antara tokoh falsafah Islam terbilang dan pernah menguji kehebatan bauan kasturi.

Dalam erti kata lain, kajian mengenai khasiat haruman kasturi telah dilakukan sejak zaman berzaman.

Al-kindi mengkaji dan menggunakan kasturi di dalam kajiannya dan cuba merungkaikan pelbagai hal-hal yang berkait dengan kimia dan haruman.

Dalam masa sama, beliau juga telah menghasilkan sebuah kitab mengenai haruman yang diberi nama kitab Kimiya Al’itr (Book of The Chemistry of The Perfume).

Khasiat dan keistimewaan

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan islam yang lain pula, kasturi didapati mempunyai terlalu banyak khasiat dan keistimewaan, antaranya :

●Memberi kekuatan pada roh
●Memberi ketenangkan jiwa
●Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
●Menghilangkan ketakutan
●Menghilangkan debaran jantung
●Menghilangkan sesak nafas
●Mampu menyedarkan orang yang pengsan
●Menjernihkan mata putih
●Menguatkan tubuh badan
●Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
●Perlindung/benteng kepada gangguan jin (ikhtiar)

Minyak wangi kasturi dalam perubatan Islam

Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani, karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi. Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.

Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!

Published by
Akyem Samad