11 Kesan Buruk Penggunaan Steroid Tanpa Kawalan, Salah Satunya Mati Pucuk!

Share

“Steroid”.

Apa persepsi pertama anda bila mendengar perkataan tersebut. Besar kemungkinan anda akan bayangkan ia adalah sejenis bahan yang digunakan oleh lelaki yang ingin dapatkan badan ‘sado’ atau digunakan oleh atlet untuk menipu dalam acara suka bagi mendapatkan suntikan tenaga lebihan.

Adakah sangkaan itu benar?

Dari segi definisinya, steroid ialah bahan kompaun organik yang mempunyai konfigurasi molekular spesifik. Ia juga mempunyai dua fungsi biologi berbeza iaitu sebagai komponen membran sel yang mengubah kecairan membran dan juga bertindak sebagai molekul isyarat.

Penggunaan steroid tanpa kawalan bukanlah jalan terbaik dalam anda mendapatkan badan yang cantik kerana ia hanya memberi kesan teruk dalam jangka masa panjang.

Mungkin ada di antara anda berkira-kira nak guna steroid tapi sebenarnya tak tahu tentang apakah kesna buruknya dalam jangka masa panjang. Bukan sahaja boleh membawa kepada kemandulan atau mati pucuk, malah ada kesan sampingan yang lain.

Kecacatan Kelahiran

Steroid anabolik boleh memberi kesan mendalam kepada pembangunan janin. Sindrom adrenal kemaluan adalah yang paling membimbangkan di mana janin perempuan boleh membangunkan organ pembiakan lelaki. Wanita tidak seharusnya menggunakan steroid anabolik atau ubat lain yang boleh memudaratkan janin dan sentiasa melakukan pemeriksaan doktor.

Darah Beku

Penggunaan steroid anabolik meningkatkan masa prothrombin atau masa yang diambil untuk darah beku terbentuk. Ini dapat dilihat pada seseorang yang mengambilnya, jika berlaku pendarahan atau luka akan mengambil masa lama sedikit untuk darah berhenti.

Sikap Agresif

Pengguna berubah tingkah laku menjadi agresif. Seorang pengguna steroid yang tidak boleh mengawal dirinya, cenderung untuk bertindak luar biasa seperti memukul isteri, anak-anak. Mudah naik angin. Menjadi seorang yang panas baran. Keagresifan seseorang mungkin berguna jika digunakan dalam latihan atau kerja seharian tetapi berapa ramai yang dapat mengawalnya?

Renjatan Anaphylaktik

Renjatan anaphylaktik adalah reaksi alahan terhadap kehadiran protein asing dalam badan. Ia seperti yang biasa berlaku pada seseorang yang mempunyai alahan pada ubat tertentu, makanan tertentu dan sebagainya. Dengan masalah ini, kadang-kadang otot licin diransang untuk kontrak yang boleh menyekat seseorang daripada bernafas.

BACA: Ubat Terbaru Boleh Buat Lelaki Tahan Lama & Elak ‘Tewas’ Cepat Kini Sedang Diuji 

Penyakit Kardiovaskular

Penggunaan steroid anabolik boleh memberi kesan kepada tahap LDL (low density lipoprotein), HDL (high density lipoprotein) dan paras kolestrol. LDL membantu dalam pembetukan kolestrol atau plak pada dinding arteri. Pengguna steroid anabolik menurunkan kepekatan HDL dan meningkatkan LDL.

Kanser

Terdapat jenis steroid boleh menyebabkan kerosakan pada hati. Antaranya sebatian alfa alkylate seperti anadrol 50. Steroid jenis cucuk kurang memberi tekanan pada hati berbanding jenis makan. Penggunaan steroid anabolik biasa dikaitkan dengan peningkatan aktiviti plasma oleh enzim hati seperti aspartate aminotransferase, alanine aminotransferase, alkaline phosphatase, lactate dehydrogenase, and gamma glutamyl transpeptidase. Kes kanser kurang dilaporkan tetapi kerosakkan hati merupakan perkara biasa bagi pengguna steroid anabolik.

Kemurungan

Penggunaan steroid jelas akan memberi kesan kepada paras hormon dalam badan yang seterusnya mengakibatkan perubahan pada perasaan. Kemurungan berlaku apabila peningkatan androgen atau estrogen yang ketara. Ini adalah biasa bagi pengguna lelaki. Dalam tempoh menghentikan penggunaan steroid, paras estrogen mungkin ketara tinggi dengan tahap testosteron yang rendah.

Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan penggunaan steroid yang melibatkan penukaran estrogen seperti testosteron dan sebarang metabolic blocker. Peningkatan estrogen meningkatkan paras air dan garam dalam badan dengan ditambah tekanan pada latihan bebanan juga penambahan berat badan yang mendadak.

Gynecomastia

Kesan Gynecomastia adalah pembangunan tisu payudara wanita dalam badan lelaki. Ini berlaku apabila paras estrogen meningkat disebabkan pengguaan androgen kuat seperti testosteron, dianabol (love), anabol (bintang) dan sebagainya. Estrogen berlebihan bertindak ke atas reseptor di dalam payudara dan merangsang pertumbuhan tisu buah dada.

Rambut Gugur

Kehilangan rambut dikaitkan dengan tahap androgen khususnya DHT metabolite lebih kuat testosteron. Istilah teknikal untuk rambut gugur jenis ini adalah androgenik alopecia yang merujuk kepada interaksi kedua0dua hormon lelaki androgenik dan kecenderungan genetik.

Sistem Imunisasi

Pengguna steroid anabolik menunjukkan penurunan sistem imunisasi. Jika terdedah pada virus, bakteria merbahaya, senang mendapat jangkinan. Sekiranya demam, akan demam teruk.

Published by
Farizul Izwany