100PLUS Aktifkan Malaysiaku merupakan sebuah kempen dan inisiatif untuk menggalakkan warga Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif. Pada acara yang berlangsung pada Sabtu lalu, mereka telah berjaya mengumpulkan lebih 10,000 warga Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Program yang cukup meriah tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran barisan duta 100PLUS seperti Datuk Wira Lee Chong Wei, Hairul Azreen, Mira Filzah dan Syafiq Kyle.

Acara pada pagi dimulakan zumba sebelum mereka semua bersama-sama menyertai larian sejauh 6 kilometer di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kemeriahannya juga diraikan dengan pelbagai aktiviti menarik, sesi beramah mesra bersama peminat dan diakhiri dengan persembahan menghiburkan daripada artis sensasi Ara Johari, De Fam dan Hael Husaini.

IKLAN
100PLUS Aktifkan Malaysiaku Berjaya Kumpul 10 Ribu Warga KL!
Hairul Azreen, Syafiq Klyle, Graham Lim, Dato Lee Chong Wai dan Mira Filzah menandatangani t-shirt 100PLUS yang diperbuat daripada plastik kitar semula.

100PLUS Aktifkan Malaysiaku Berjaya Kumpul 10 Ribu Warga KL!

IKLAN

“Sebagai jenama minuman isotonik yang sinonim dengan aksi kesukanan di Malaysia, jenama kami bukan sekadar dikaitkan dengan sukan, malah lebih lagi. 100PLUS adalah sebuah jenama yang relevan dengan mana-mana individu yang mengamalkan gaya hidup aktif dan sememangnya bersesuaian dengan aktiviti fizikal yang menitikberatkan penghidratan.

IKLAN

“Kami berharap melalui Aktifkan Malaysiaku ini, warga Malaysia mampu mengimbangi aktiviti yang aktif demi kesihatan mereka di dalam cara yang terkini dan ceria dengan 100PLUS, dan juga memahami makna sebenar untuk menjalani kehidupan yang seimbang dan gaya hidup yang aktif,” menurut Graham Lim, Pengarah Pemasaran (Malaysia) F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd.

100PLUS Aktifkan Malaysiaku Berjaya Kumpul 10 Ribu Warga KL!Buat julung-julung kali, semua peserta Aktifkan Malaysiaku telah menerima baju-T eksklusif yang diperbuat sepenuhnya daripada botol plastik yang dikitar semula. Ini adalah permulaan untuk inisiatif dan inovasi alam sekitar yang lebih hebat di masa hadapan dan pada masa yang sama juga 100PLUS memastikan warga Malaysia kekal aktif dan terhidrat.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI