Setiap tahun, warna Baju Melayu menjadi salah satu perbualan utama menjelang Aidilfitri. Trend warna bukan sahaja dipengaruhi oleh industri fesyen tempatan tetapi juga global, dari pentas peragaan antarabangsa hingga citarasa rakyat Malaysia.
Untuk tahun 2025, warna-warna yang mendominasi Baju Melayu adalah gabungan tona moden, warna klasik yang diperbaharui, serta elemen alam yang memberikan kesan mewah dan elegan.
Jika anda ingin tampil bergaya dan relevan dengan trend semasa, berikut MASKULIN kongsikan 10 warna trending Baju Melayu untuk Raya 2025.
Hijau zamrud kembali menjadi pilihan kerana aura kemewahannya. Warna ini melambangkan keseimbangan, ketenangan, dan kemakmuran—sesuai untuk menonjolkan gaya sofistikated sepanjang Aidilfitri.
Warna earthy seperti coklat terracotta memberi sentuhan klasik tetapi moden. Ia sesuai bagi mereka yang mahukan gaya maskulin dengan sedikit elemen rustic dan minimalis.
Biru kelabu atau slate blue menjadi kegemaran ramai kerana keunikan tona neutralnya. Ia memberikan keseimbangan antara gaya tradisional dan moden, sesuai untuk lelaki yang sukakan gaya versatil.
Jika anda ingin menonjol tetapi tetap dalam nada sofistikated, Champagne Gold adalah pilihan terbaik. Warna ini memberikan efek eksklusif dan sangat sesuai dipadankan dengan butang Baju Melayu atau sampin yang berkilauan.
Hijau zaitun adalah warna alam semula jadi yang memberikan rasa kehangatan. Ia semakin mendapat tempat dalam dunia fesyen lelaki kerana tampilannya yang mewah dan versatil.
Baju Melayu berwarna deep maroon menyerlahkan elemen keanggunan dan keperibadian yang kuat. Warna ini adalah simbol kepercayaan diri dan kehangatan, sesuai untuk lelaki yang ingin tampil berwibawa.
Sky Teal, campuran biru dan hijau lembut, memberikan kesan segar dan dinamik. Warna ini mencerminkan lelaki yang moden dan suka dengan gaya minimalis tetapi tetap mahu kelihatan unik.
Dusty Lilac ialah warna yang membawa aura lembut tetapi tetap maskulin. Tona ungu kelabu ini memberikan keseimbangan antara gaya klasik dan kontemporari, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang ingin tampil eksklusif.
BACA: Hatrik Bersejarah! Faisal Halim Kembali Gemilang Selepas Serangan Ngeri
Warna navy yang lebih pekat dan gelap daripada biru biasa ini mencipta aura kepercayaan diri dan ketegasan. Ia juga sangat mudah digayakan dengan sampin bercorak moden atau songket tradisional.
Bagi mereka yang gemarkan warna-warna lembut dan neutral, Caramel Latte adalah pilihan tepat. Ia memberikan sentuhan classy yang effortless dan sangat sesuai dengan apa jua tona kulit.
Tahun ini, jangan takut untuk bereksperimen dengan warna-warna baru dan padankan dengan aksesori seperti sampin moden, butang Baju Melayu yang unik, serta kasut yang sepadan untuk menampilkan gaya yang lebih refined dan berkarisma.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.