Setiap tahun, warna Baju Melayu menjadi salah satu perbualan utama menjelang Aidilfitri. Trend warna bukan sahaja dipengaruhi oleh industri fesyen tempatan tetapi juga global, dari pentas peragaan antarabangsa hingga citarasa rakyat Malaysia.
Untuk tahun 2025, warna-warna yang mendominasi Baju Melayu adalah gabungan tona moden, warna klasik yang diperbaharui, serta elemen alam yang memberikan kesan mewah dan elegan.
Jika anda ingin tampil bergaya dan relevan dengan trend semasa, berikut MASKULIN kongsikan 10 warna trending Baju Melayu untuk Raya 2025.
1. Emerald Green – Hijau Zamrud yang Elegan
Kredit: myravallyn
Hijau zamrud kembali menjadi pilihan kerana aura kemewahannya. Warna ini melambangkan keseimbangan, ketenangan, dan kemakmuran—sesuai untuk menonjolkan gaya sofistikated sepanjang Aidilfitri.
2. Terracotta Brown – Coklat Tanah yang Maskulin
Kredit: Habibi
Warna earthy seperti coklat terracotta memberi sentuhan klasik tetapi moden. Ia sesuai bagi mereka yang mahukan gaya maskulin dengan sedikit elemen rustic dan minimalis.
Ads
3. Slate Blue – Biru Kelabu yang Tenang
Kredit: putih.com
Biru kelabu atau slate blue menjadi kegemaran ramai kerana keunikan tona neutralnya. Ia memberikan keseimbangan antara gaya tradisional dan moden, sesuai untuk lelaki yang sukakan gaya versatil.
4. Champagne Gold – Keemasan Mewah
Kredit: sampinkl.co
Jika anda ingin menonjol tetapi tetap dalam nada sofistikated, Champagne Gold adalah pilihan terbaik. Warna ini memberikan efek eksklusif dan sangat sesuai dipadankan dengan butang Baju Melayu atau sampin yang berkilauan.
5. Olive Green – Hijau Zaitun yang Moden
Kredit: Pokoks
Hijau zaitun adalah warna alam semula jadi yang memberikan rasa kehangatan. Ia semakin mendapat tempat dalam dunia fesyen lelaki kerana tampilannya yang mewah dan versatil.
6. Deep Maroon – Merah Hati yang Berkarisma
Kredit: Elrah
Baju Melayu berwarna deep maroon menyerlahkan elemen keanggunan dan keperibadian yang kuat. Warna ini adalah simbol kepercayaan diri dan kehangatan, sesuai untuk lelaki yang ingin tampil berwibawa.
Ads
7. Sky Teal – Gabungan Biru & Hijau yang Segar
Kredit: caryazara
Sky Teal, campuran biru dan hijau lembut, memberikan kesan segar dan dinamik. Warna ini mencerminkan lelaki yang moden dan suka dengan gaya minimalis tetapi tetap mahu kelihatan unik.
8. Dusty Lilac – Ungu Kelabu yang Lembut
Kredit: Khatam
Dusty Lilac ialah warna yang membawa aura lembut tetapi tetap maskulin. Tona ungu kelabu ini memberikan keseimbangan antara gaya klasik dan kontemporari, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang ingin tampil eksklusif.
Warna navy yang lebih pekat dan gelap daripada biru biasa ini mencipta aura kepercayaan diri dan ketegasan. Ia juga sangat mudah digayakan dengan sampin bercorak moden atau songket tradisional.
10. Caramel Latte – Coklat Krim yang Hangat
Kredit: Putih.com
Bagi mereka yang gemarkan warna-warna lembut dan neutral, Caramel Latte adalah pilihan tepat. Ia memberikan sentuhan classy yang effortless dan sangat sesuai dengan apa jua tona kulit.
Tahun ini, jangan takut untuk bereksperimen dengan warna-warna baru dan padankan dengan aksesori seperti sampin moden, butang Baju Melayu yang unik, serta kasut yang sepadan untuk menampilkan gaya yang lebih refined dan berkarisma.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ahli gusti paling terkenal abad ini John Cena telah menyambut hari jadinya di Gym! Cina yang telah memuatnaik videonya mengangkat berat menjadi bualan peminat yang menyangkakan Cena akan menyambut hari jadinya di pusat hiburan ataupun makan malam istimewa seperti orang lain.
Ahil gusti WWE yang juga seorang pelakon itu telah membuktikan kepada umum yang usia 40an hanya sekadar nombor. Anda dapat saksikan dalam video tersebut, beliau mengangkat berat sebanyak 160 kilogram tanpa sebarang masalah.
Selain daripada itu, dalam video lain di laman Instagramnya, dia juga turut ber deadlift sebanyak 500 pound. Walaupun sedih dengan perpecahan antara dirinya dan pemain gusti WWE Nikki Bella, namun ia tidak mematahkan semangat beliau untuk terus bemain di gym. Menerusi quote di laman Instagramnya, dia menyebut gym membantu seseorang untuk terus berjuang dan tidak berputus asa. Ia sebagai pusat pemulihan untuk para gusti untuk teruskan perjuangan walau apa keadaan sekalipun. Dia turut menjadikan The Rock Dwayne Johnson sebagai role model untuk teruskan perjuagan walaupun tidak aktif sebagai ahli gusti professional lagi.
Betullah kata orang, jika kita terlalu minat dalam sesuatu perkara, pada hari jadi kita pun, masih lagi kita memilih tempat itu. Semangat John Cena ni sebenarnya harus diterapkan dalam semua abang-abang sado diluar sana. Selamat hari jadi John Cena!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Oh ya, baru sahaja 2017 menjengah tidak sampai beberapa minggu, namun trend fesyen kian laju berubah. Siapa sangka kini penampilan rambut si jejaka juga menjadi trend fesyen yang tidak boleh diambil mudah. Ada sahaja gaya perlu menepati ciri-ciri tertentu untuk kekal tampan. Kami sediakan beberapa bingkisan gambar trend rambut lelaki 2017 dari seluruh dunia. Kalau ada yang sesuai untuk si kekasih atau suami, boleh lah culik mereka ke kedai gunting rambut!
Potongan Caesar
Potongan rambut seperti ini menyerlah sisi rahang/jawline si pemuda dan membentuk lagak berani. Menarik lagi potongan ini memberi efek kacak pada si dia yang mempunyai jambang. Sisi tepi rambut dicukur nipis, kemudian dibahagian atas dibiarkan tebal dan sedikit mencecah atas dahi. Sekali tengok, gaya ini ada beri gaya macho dan manja.
Stail Perm
Tidak terlalu panjang, tidak terlalu pendek. Potongan rambut seperti ini sesuai dengan lelaki yang mempunyai rambut tebal dan lebat. Bagi yang ingin sesuatu yang baharu, anda boleh menambah sedikit gelombang pada rambut dari efek perm. Terdapat banyak jenis potongan untuk dijadikan pilihan, pastikan ianya sesuai dengan bentuk wajah sahaja. Medium perm atau high medium, mana-mana pun okay!
Belah tengah dan berombak
Sudah tidak ramai lagi mengenakan gaya rambut belah tengah, kedengaran seperti ketinggalan zaman pun ada. Namun ia kembali menjadi pilihan dengan memberi gaya seksi pada rambut dengan berombak pada hujung rambut. Anda perlu berhati-hati dengan panjang rambut anda, penulis bagi dua contoh untuk rambt belah tengah dengan rambut sederhana panjang dan panjang.
Korean bang
Ya, pada peminat drama Korea atau K-pop pasti tahu rambut gaya ‘bang’ tidak pernah hilang pada aktor kesayangan anda. Cuma sekitar pengakhiran 2016 dan awal 2017, gaya rambut ini diberi nafas baru dengan guntingan bertingkat dan disisip sedikit kebahagian tepi. Tidak seperti sebelum ini yang hanya potongan lurus menutupi dahi. Lihat contoh dibawah.
Pendek dan fringe
Tampak lebih kurang dengan stail rambut perm tapi yang ini bukan perm ya. Ini potongan pendek dan halus pada rambut atas. Gaya fringe memberi efek basah atau wet look pada di penggaya. Namun pada jejaka yang berambut kerinting elakkan memotong gaya ini kerana ia tidak berapa sesuai untuk anda.
Gaya yang manakah menjadi pilihan untuk si dia? Untuk penulis sendiri, penulis suka kembali kepada yang klasik iaitu belah tengah dan berombak!
sumber: www.wanista.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai orang beranggapan bahawa hanya t-shirt sahaja jenis baju yang versatil dan boleh dipadankan dengan mana-mana gaya.
Sebenarnya mereka silap. Antara pakaian yang cukup versatil ialah kemeja. Walaupun ia agak sinonim dengan pemakaian yang lebih formal namun sebenarnya terdapat pelbagai jenis kemeja dengan segala macam corak serta fabrik boleh memberikan gaya tersendiri.
Namun jika silap memilih kemeja maka anda boleh kelihatan terlalu serius. Atau lebih teruk nampak ketinggalan zaman atau lebih tua dari usia sebenar.
Jadi bagaimana untuk elak perkara ini daripada berlaku? Ikuti beberapa tip MASKULIN kongsi di bawah.
FAKTOR WARNA
Visual adalah segalanya. Disebabkan itulah dalam memilih pakaian, warna merupakan ciri-ciri pertama akan menjadi pilihan kita. Selain memberikan peranan cerminan personaliti, warna juga memberikan penampilan sesuai untuk anda. Antara warna yang menjadi trend terkini ialah warna-warna pastel. Warna pastel nampak lebih moden dan sesuai digayakan dengan pelbagai jenis gaya.
FAKTOR CORAK
Sesekali cubalah menggayakan kemeja dengan corak. Salah satu corak yang popular ialah kemeja bercorak petak atau dikenali dengan nama flanel. Ia boleh memberikan anda gaya seorang yang rugged dan seperti rockstar.
JENIS KOLAR
Bagi anda yang ingin mencari kelainan boleh cuba menggayakan kemeja dengan kolar yang lebih unik. Sebagai contoh jika anda seorang yang berwajah kecil dan cengkung perlu elak memakai baju berkolar besar. Manakala bagi anda berwajah besar elakkan memakai kolar yang kecil.
PILIHAN SAIZ
Memakai kemeja pada saiz yang betul juga sangat penting. Jika anda berbadan sado elakkan memakai kemeja dengan cutting terlalu slim fit. Sebaliknya carilah kemeja yang loose fit agar bahagian dada tidak terlalu ketat. Manakala bagi mereka yang kurus pula elakkan memakai kemeja yang terlalu longgar. Ia akan buat anda nampak lebih kurus!
JENIS FABRIK
Pilihan fabrik pada kemeja boleh memberikan idea gaya yang berbeza. Untuk keselesaan pilihlan kemeja dari kain jenis kapas kerana ia kurang kedutan. Manakala untuk nampak lebih formal pilihlah kemeja dari fabrik kain satin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki kuat melatah selalunya seorang yang kelakar. Pernah tak korang jumpa seseorang yang kuat melatah? Baru je kita buat bunyi pelik sikit, terus dia terlompat sambil menyebut benda-benda yang kadang-kadang langsung tak masuk akal.