10 Trik Mudah Hilangkan Parut Jerawat Cara Selamat, Hanya Guna Bahan Semula Jadi!

Share

Parut jerawat adalah masalah yang sering menghantui orang berjerawat. Sudahlah muka diserang jerawat, bila jerawat kecut lain pula masalah yang timbul iaitu parut jerawat.

Parut jerawat ini jika tidak dirawat memang boleh meninggalkan kesan teruk lagi-lagi parut jerawat jenis yang hitam kerana ia nampak seakan-akan kesan chicken pox.

Sekiranya anda ingin menggunakan cara semula jadi yang selamat dan menjimatkan wang, apa kata cuba 10 trik ini. Semoga trik ini dapat membantu anda menghilangkan parut jerawat anda itu.  Selamat mencuba!

BACA: Dari Muka Berjerawat Teruk, Lelaki Kongsi Cara Dia Pulihkan Wajah Dengan Produk Ini!

1. Lidah buaya

Lidah buaya kaya dengan vitamin semula jadi yang membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut secara beransur-ansur. Lendir pada lidah buaya bersifat lembut dna mempunyai banyak khasiat untuk kulit.

Caranya: Patahkan daun, ambil lendirnya dan sapukan ke muka. Biarkan lendir atau gel semula jadi itu selama setengah jam, kemudian cuci muka seperti biasa.

2. Baking soda

Juga dikenali sebagai natrium bikarbonat, baking soda ini memang ada dalam kebanyakan rumah kerana ia mempunyai banyak kegunaannya termasuk untuk menghilangkan parut jerawat. Baking soda ini dapat menyerap masuk ke dalam liang kulit dan membersihkannya  sekali gus mengelakkan jerawat baru muncul.

Caranya: Campurkan dua sudu teh baking soda dengan sedikit air. Jangan terlalu cair, biarkan ia pekat seperti pes. Lumurkan campuran ini pada parut jerawat, biarkan seketika hingga kering. Kemudian bersihkan baking soda itu sebelum mencuci muka dengan pelembap. Amalkan dua hari sekali.

3. Minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara sememangnya lebih berkhasiat daripada minyak kelapa biasa kerana cara penghasilan minyak yang tidak menggunakan haba.

Caranya: Titiskan minyak kelapa dara ke tapak tangan dan biarkan suhu badan anda memanaskannya. Urut perlahan-lahan minyak tersebut pada muka. Biarkan sahaja dan tak perlu cuci. Ia akan terus bekerja keras memulihkan kulit anda daripada parut jerawat. Sekiranya anda rimas, biarkan setengah jam sebelum mencucinya dengan pencuci muka.

BACA: Petua Hilangkan Parut Jerawat Dalam 7 Hari, Wanita Ini Hanya Guna 3 Bahan Mudah!

4. Timun

Timun mengandungi kandungan air yang sangat tinggi, begitu juga vitamin A, vitamin C, dan magnesium yang baik untuk kulit.

Caranya: Hiris timun segar dan tempekkan pada parut jerawat. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut jerawat hilang.

5. Madu

Semua sedia maklum madu adalah raja segala makanan. Tapi malangnya kebanyakan madu yang ada di pasaran adalah madu yang diproses dan telah hilang khasiat perubatannya. Oleh itu untuk menghilangkan parit jerawat, pastikan anda mencari madu lebah asli.

Caranya: Ambil sedikit sahaja cukup-cukup untuk anda urutkan kulit wajah. Jangan guna banyak sangat kerana madu liar ini bersifat panas. Selepas urut, biarkan sahaja dan tak perlu bilas. Biarkan mukjizat Nabi Ayub ini melaksanakan tugasnya!

6. Lemon

Lemon adalah asid alfa hidroksil semula jadi, sejenis asid AHA yang fungsinya untuk membantu kulit baharu tumbuh seterusnya mengurangkan parut jerawat.

Caranya: Perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Sekiranya kulit anda sensitif, cairkan dengan air sejuk. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering. Setelah kering, bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.

7. Ubi kentang

Tahukah anda, jus ubi kentang sebenarnya kaya dengan vitamin dan mineral? Selain itu, kanji yang ada dalam ubi kentang juga boleh menghaluskan kulit wajah dan menghilangkan parut jerawat.

Caranya: Hiris kentang nipis-nipis dan tempekkan pada kulit muka. Kalau nak, boleh juga buat hirisan tebal dan urutkan pada bahagian parut jerawat. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum anda bilas dengan air suam. Amalkan sekali sehari.

BACA: Nak Kurangkan Parut Jerawat & Dapat Kulit Flawless, Penting Untuk Ambil 5 ‘Magic Food’ Ini!

8. Bedak sejuk

Bedak sejuk memang popular sebagai cara tradisional untuk kesihatan kulit wajah. Ia  membantu menyerap minyak dan mengosongkan liang pori antara punca utama jerawat.

Caranya: Tumbuk sedikit bedak sejuk dan campurkan dengan air. Buat pekat-pekat. Lumur dan urutkan campuran pada kulit muka. Biarkan semalaman. Basuh keesokan harinya dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.

9. Air tebu

Air tebu mengandungi asid glycolic, juga sejenis asid AHA seperti jus lemon. Ia membantu menghilangkan sel mati dan menggalakkan pertumbuhan sel baharu.

Caranya: Campurkan dua bahagian air tebu dengan satu bahagian minyak zaitun. Titiskan sedikit jus lemon dan sapukan ke kulit wajah. Biarkan selama 15 minit sebelum mencucinya dengan pelembap. Amalkan sekali setiap dua atau tiga hari.

10. Vitamin E

Cara ini adalah yang paling mudah. Semua sedia maklum bahawa vitamin E merupakan vitamin penjaga kulit.

Caranya: Pecahkan kapsul vitamin E yang anda beli di farmasi. Biasanya vitamin E dijual dalam bentuk minyak. Lumurkan minyak tersebut pada parut jerawat. Biarkan 15 minit dan cuci dengan pelembap.

Published by
Roselinda