Bila sebut ubat gigi, mestilah kita logik fikir kegunaannya untuk bersihkan gigi saja. Tapi rupa-rupanya ada banyak lagi benda yang kita boleh guna ubat gigi untuk menyelesaikan masalah yang kadang kala secara tiba-tiba datang dalam hidup kita.
Kalau tak percaya, sila teruskan pembacaan anda. Apalagi, lepas ni senanglah. Ambil je ubat gigi dan segala masalah dapat diselesaikan. Selamat mencuba.
1. Lampu Kereta
Boleh digunakan pada lampu kereta anda yang kelihatan kotor. Letakkan ubat gigi pada span basah dan sapu pada bahagian yang kotor. Kotoran akan mula hilang beberapa minit kemudian.
2. Kotoran Pada Tapak Kasut
Kotoran bahagian tepi tapak kasut boleh dihilangkan dengan mengguna ubat gigi.
3. Dakwat Pada Baju
Ads
Terkena dakwat pada baju? Jangan risau, ambil ubat gigi, sapu pada bahagian yang terkena dakwat, Biarkan sehingga kering, dan basuh pada keesekon harinya. Selesai masalah anda.
4. Gigitan Nyamuk
Terkena gigitan nyamuk pada kaki , tangan ? sapu sahaja ubat gigi akan menghilangkan kesan gigitan nyamuk. Dalam sekelip mata sahaja.
5. Jerawat
Pasti semua sudah tahu, jerawat juga boleh dihilangkan dengan menggunakan ubat gigi. Sapu pada jerawat di muka anda okay !
Ads
6. Pemukaan Seterika
Kesan hangus di permukaan seterika? Sapu dan polish engan menggunakan ubat gigi pada bahagian muka seterika.
7. Skrin Telefon Bimbit
Ads
Anda boleh cuci permukaan telefon bimbit yang kotor dengan menggunakan ubat gigi.
8. Permukaan Kasut “Flat”
Tahu kan kasut jenis flat? Permukaan kasut ini kebiasaannya jenis PVC, jika kotor, boleh cuci pakai ubat gigi okay!
9. CD’S
CD anda tersekat-sekat? Jangan takut rosak, gunakan ubat gigi untuk cucu permukaan CD anda. memang menjadi!
10. Kesan Kotor Di Permaidani
Kotoran pada permaidani? Senang jer, ambil span basah dan letak sedikit ubat gigi, gosok pada bahagian kotoran itu dan… tadaa! Hilang ??? wow!
Haaa tak percaya kan ubat gigi boleh cuci banyak benda? Hehe pasti ramai yang baru tahu ni. apa lagi, boleh try lepas ni !
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memancing menjadi aktiviti dan hobi yang sering kali dipandang sinis bagi mereka yang bukan dalam kalangan peminatnya.
Sebenarnya, aktiviti memancing mempunyai banyak rahsia yang anda mungkin tidak tahu. Malah, seperti hobi yang lain, memancing merupakan aktiviti yang sihat untuk fizikal dan mental seseorang.
Memancing bukan sahaja mampu merendahkan tahap stres seseorang, malah ia juga boleh bantu lelaki jadi makin cergas!
7 sebab mengapa anda perlu jadikan memancing satu hobi
1. Bantu Jadi Lebih Cergas
Bukan mudah untuk mendaratkan seekor ikan yang bersaiz besar ya! Seorang lelaki perlu merangsang kekuatan pada bahagian lengan, bahu, belakang dan juga kaki untuk menarik seekor ikan ke darat.
Bukan itu sahaja, kadang-kadang, tempat memancing yang menjadi port juga jauh daripada kawasan awam. Peminat aktiviti memancing perlu mendaki sedikit ataupun berjalan 10 hingga 15 minit sebelum tiba ke destinasi yang dituju.
Tambah lagi, khemah dan peralatan memancing juga perlu dipasang, dan semua aktiviti ini juga perlukan tenaga!
Siapa kata aktiviti memancing ini hanya duduk dan tunggu sahaja?
2. Memancing Tambah Vitamin D Dalam Badan
Vitamin D banyak terkandung dalam sinaran matahari. Oleh itu, individu yang sukakan aktiviti yang dilakukan di luar rumah pasti dapat menerima vitamin D yang cukup untuk badan.
Antara fungsi vitamin D adalah untuk membantu penyerapan kalsium dan juga phosphorus dalam badan. Vitamin D juga bantu sistem imun berfungsi dalam kadar yang normal.
Jika anda tidak mendapat vitamin D yang mencukupi, penyakit seperti osteoporosis boleh menyerang anda di kemudian hari.
Selain itu, vitamin D yang cukup juga dapat merendahkan risiko seseorang untuk menghidap depresi.
3. Jadi Lebih Fokus
Menurut pakar, individu yang gemar menghabiskan masa dikelilingi dengan alam sekitar mempunyai keupayaan untuk fokus dengan lebih lama.
Tambah lagi, di dalam jurnal British of Sports Medicine, individu yang suka duduk di bawah pohon yang rendang dan menghabiskan masa di tepi sungai mempunyai keupayaan untuk fokus dalam jangka masa yang lebih panjang.
4. Bantu Kurangkan Stress
Kajian mendapati bahawa orang dewasa yang mempunyai hobi kurang berisiko untuk mengalami stres ataupun depresi.
Mereka juga mempunyai mood yang lebih baik jika dibandingkan dengan individu lain yang tidak mempunyai hobi.
Aktiviti memancing yang membolehkan peminatnya untuk keluar menghirup udara segar sambil menghayati keindahan alam sekitar sudah pasti boleh membuatkan sesiapa sahaja rasa lebih tenang dan bahagia.
Jika anda alami masalah tidur malam, cuba libatkan diri dengan aktiviti memancing. 40% orang dewasa mendapati mereka lebih tenang ketika berada di sekeliling air.
5. Individu dengan hobi memancing banyak kawan, sahabat.
Pasti seronok bukan jika sepanjang hari dikelilingi oleh orang yang mempunyai minat dan juga hobi yang sama.
Bukan sahaja dapat berkongsi pendapat, malah, mungkin pada hujung sesi memancing nanti anda boleh jumpa kawan baru!
Tambah lagi, ada dalam kalangan pemancing yang melakukan aktiviti ini sebagai aktiviti kekeluargaan.
Seorang ayah mungkin akan bawa anak lelakinya memancing pada waktu senggang. Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara mereka.
6. Hobi memancing bantu tingkatkan keyakinan diri
Kaki pancing selalunya gemar bertukar-tukar cerita antara satu sama lain.
Mereka akan bercerita tentang pengalaman memancing yang lepas seperti ikan apa yang telah mereka tangkap ataupun tempat yang terbaik yang mereka pernah lawati.
Semua aktiviti ini boleh bantu para pemancing untuk tingkatkan keyakinan diri mereka. Tambah lagi, hobi memancing juga boleh bantu asah skil komunikasi dalam berhubung dengan orang lain.
7. Amalan memancing ikan bantu anda lari sebentar dari dunia nyata
Seperti hobi lain, hobi memancing amat membantu penggiatnya untuk lari sebentar dari dunia nyata dan hiruk-pikuk kota.
Setelah menghabiskan banyak masa terperangkap dalam pejabat dan hanya duduk di hadapan skrin komputer, pasti mental rasa lega ketika mendengar bunyi jeram di sungai.
Kepala juga rasa lebih ringan ditiup angin sejuk di luar bandar. Pasti badan yang rasa lelah terus jadi bersemangat ketika memancing!
***
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kenyang awal (early satiety) sering terjadi pada wanita berbanding lelaki. Kenyang awal ini bermaksud anda berasa kenyang selepas beberapa gigitan makanan atau sebelum anda menghabiskan hidangan bersaiz normal. Selain itu, anda juga boleh berasa mual atau mahu muntah semasa makan.
Punca Kenyang Awal
Kenyang awal mungkin kelihatan seperti masalah kecil, terutamanya jika anda tidak mempunyai simptom lain. Walaubagaimana pun, kenyang awal yang berterusan boleh menjadi tidak sihat dan mendorong kepada kekurangan nutrisi, kelaparan dan penyembuhan luka yang lemah. Malah, ia juga boleh menjadi tanda keadaan yang serius seperti kanser, ulser dan diabetes. Bagi sesetengah keadaan, ia boleh menyebabkan pendarahan dalaman atau kurang darah jika tidak dirawat.
i. Gastroparesis
Gastroparesis adalah penyebab utama kenyang awal. Orang mempunyai gastroparesis mengalami kenyang awal kerana makanan berada di perut mereka lebih lama daripada yang sepatutnya. Kebanyakan masa, punca gastroparesis tidak diketahui. Tetapi menurut Institut Kesihatan Kebangsaan, paling biasa diketahui adalah diabetes penyebab gastroparesis. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada saraf yang mengawal pergerakan perut.
ii. Kanser
Kenyang awal juga merupakan kesan sampingan yang biasa dalam rawatan kanser dan kanser itu sendiri. Menurut Nutrisi dan Pesakit Kanser, rasa kenyang awal adalah satu daripada 10 simptom utama bagi kanser walaupun ia tidak termasuk dalam kebanyakan simptom yang dinilai. Kenyang awal pada orang yang mempunyai kanser cenderung bersama penurunan berat badan, anoreksia, dan perubahan rasa. Sekurang-kurangnya, orang yang mengalami kenyang awal dan kanser juga mungkin mengalami pelbagai tahap keletihan, kelemahan, dan mulut kering.
iii. Sindrom usus yang merengsakan
Gangguan yang memberi kesan kepada usus besar atau kolon dan menyebabkan sakit perut.
Ada juga mungkin berasa:
Kekejangan perut
Kembung
Gas
Cirit-birit
Sembelit
Diagnosis Kenyang Awal
Kenyang awal berkongsi banyak persamaan dengan simptom lain seperti kembung perut dan hilang selera makan. Proses untuk mengetahui keadaan yang membimbangkan kesihatan ini dipanggil diagnosis pembezaan (differential diagnosis).
Bagi menentukan kenyang awal, doktor akan memeriksa sejarah perubatan, melakukan pemeriksaan fizikal dan meminta anda melakukan ujian darah bagi memeriksa kiraan gula dan gula dalam darah.
Sekiranya terdapat simptom lain, pemeriksaan berikut akan dilakukan:
Upper gastrointestinal series (UGI), bagi memeriksa tanda-tanda gastroparesis melalui X-ray
Endoskopi atas, untuk memeriksa dengan teliti saluran pencernaan menggunakan kamera kecil
Ultrasound perut, untuk membuat gambar organ perut
Ujian najis, untuk memeriksa pendarahan usus
Gastric emptying scintigraphy, untuk menjejaki berapa cepat makanan mengosongkan ke dalam usus anda
SmartPill, untuk melihat berapa cepat makanan bergerak melalui trek pencernaan
Ujian nafas mengosongkan perut, untuk mengira berapa cepat perut anda kosong
Rawatan Kenyang Awal
Rawatan kenyang awal bergantung kepada puncanya. Doktor mungkin mencadangkan:
Makan lebih banyak, hidangan kecil setiap hari
Kurangkan pengambilan lemak dan serat kerana ia memperlahankan pencernaan
Pengambilan makanan dalam bentuk cecair atau puri
Mengambil perangsang selera makan
Mengambil ubat untuk melegakan ketidakselesaan seperti metoclopramide, antiemetik, atau eritromisin
Doktor anda juga boleh merujuk pakar pemakanan yang boleh membantu anda membuat perubahan diet untuk memenuhi keperluan pemakanan harian anda.
Manakala dalam kes yang lebih teruk, doktor akan mengesyorkan prosedur yang memerlukan pembedahan kecil.
OLEH : FARAH AZIZ
SUMBER : https://hellodoktor.com/
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mungkin ramai yang tidak menyangka penyanyi lelaki yang tidak pernah gagal mengeluarkan satu demi satu lagu hit sejak bermula kariernya 17 tahun lalu tidak pernah menganjurkan konsert sulung.
Jadi tidak hairanlah penantian yang dinantikan selama ini oleh peminat Faizal Tahir pada Sabtu lalu membawa satu momen yang bukan sahaja menghiburkan tetapi memahat sejarah tersendiri.
Konsert ‘Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur’ diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) dengan cukup meriah. Penyanyi versatil yang telah mengharungi pelbagai onak ranjau dalam karier nyanyiannya telah menghadiahkan satu persembahan yang cukup bermakna buat peminatnya yang menantikan sekian lama konsert seperti ini.
Foto: Taufiq Nazri
Tepat 9 malam, figura penyanyi lengkap memakai baju dan seluar putih muncul di pentas yang disambut dengan tepukan yang cukup gemuruh. Tidak dinafikan tenaga yang dirasai di Dewan Merdeka pada malam tersebut memang menghadirkan ‘intimasi’ tersendiri.
Muncul dengan lagu hitnya, ‘Mahakarya Cinta’, Faizal Tahir membuka pentas dengan nyanyian yang seperti mana kita semua sedia maklum, cukup mantap!
Walaupun terdapat sedikti masalag teknikal selepas lagu tersebut namun ia tidaklah terlalu menjejaskan persembahan dan konsert. Penyanyi berusia 45 tahun tersebut kembali ke pentas dengan single terbarunya, ‘OK’ yang turut hadir dengan gimik taburan wang kertas dari siling Dewan Merdeka.
Persembahan kemudian diteruskan dengan beberap buah lagu popularnya seperti ‘Bencinta’, ‘Karma’, ‘Cuba’, ‘Hanyut’ dan ‘Assalamulaikum’.
Foto: Taufiq Nazri
Konsert Faizal Tahor pada malam itu menjadi lebih gamat apabila Datuk Seri Siti Nurhazliza yang hadir bersama suami Datuk Seri Mohd Khalid Mohd Jiwa dijemput secara spontan ke pentas untuk menyanyi berduet lagu mereka berdua bertajuk ‘Dirgayahu’.
Bukan itu sahaja, rakan seperjuangannya bersama-sama program ‘One In a Million’ dahulu, Alif Satar turut naik ke pentas secara spontan mennyanyikan bersama-sama lagu ‘Gemuruh’. Sepanjang konsert pada malam tersebut, Faizal Tahir menghiburkan peminat dan penonton dengan sebanyak 21 buah lagu.
Foto: Taufiq Nazri
Lagu-lagu popularnya yang lain seperti ‘Ragaman’, ‘Ratu’, ‘Malaysia’ dan ‘Sejati’ tidak ketinggalan disampaikan dengan penuh profesional. Persembahan pada malam tersebut diakhiri dengan dua buag lagu iaitu ‘Gemuruh’ dan juga single popular terbarunya yang kini sedang hangat diputarkan di merata tempat, ‘Santai’.
Foto: Taufiq Nazri
Tahniah MASKULIN ucapkan buat Faizal Tahir dan penganjut JioBuddy kerana penganjuran konsert yang cukup berjaya. Semoga selepas ini kita semua tidak perlu lagi menunggu selama 17 tahun untuk menyansikan konsert kedua dari Faizal Tahir.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.