10 Tips Elak Stress Hadap Ragam Pengguna Jalan Raya, Baru La Tak Marah-Marah & Happy Pulang Beraya

Share

Mesti ramai yang sudah ramai yang bertolak pulang ke kampung halaman sempena perayaan Hari Raya. Jadi, dalam keghairahan pulang ke kampung, pelbagai ragam pengguna jalan raya boleh dilihat yang mencabar kesabaran hingga membangkitkan kemarahan.

Bagi memastikan tidak terlibat dengan insiden-insiden yang berpotensi ganas, beberapa tips turut diberikan antaranya:

1. Jangan memotong pemandu lain secara melulu hingga boleh mencabar kemarahan pemandu itu.

2. Jangan memandu perlahan di lorong kanan hingga menyebabkan pemandu belakang memberi isyarat lampu yang boleh membangkitkan kemarahan.

3. Jangan mengikut kereta di hadapan terlalu dekat.

4. Jangan membuat isyarat lucah kepada pemandu lain atau isyarat yang boleh mendatangkan kemarahan.

5. Jika membuat kesilapan, mengakui segera seperti mengangkat tangan sebagai cara menenangkan pemandu lain.

6. Elakkan hubungan mata dengan pemandu yang agresif.

7. Jangan memandu terus ke rumah sekiranya anda fikir ada orang atau pemandu yang tidak dikenali sedang mengekori anda.

8. Jika pemandu marah menghampiri kenderaan anda, jangan keluar dan pastikan tingkap dan pintu terkunci serta cuba memandu ke tempat yang selamat seperti balai polis.

9. Beri laluan kepada pemandu yang agresif dan jangan membuat sebarang provokasi semasa memandu.

10. Bertolak-ansur semasa memandu di jalan raya harus menjadi keutamaan.

Bernama, Sinar Harian

Published by
Ruziana Zainal