Di antara topik yang hangat diperkatakan setiap hari di laman media sosial pada ketika ini ialah bagaimana negara kita sedang dilanda cuaca yang sangat panas. Walaupun di sesetengah ada turunnya hujan namun rata-rata cuaca seharian terasa sangat panas.
Kejadian strok haba pula menjadi ancaman terutamanya kepada golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan juga kanak-kanak. Laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 14 kes berkaitan cuaca panas di terima di seluruh negara sehingga semalam.
Lebih membimbangkan cuaca panas ini dijangka berterusan sehingga bulan Ogos tahun hadapan. Sebagai langkah pencegahan dari berlakunya perkara tidak diingini terhadap ahli keluarga kita perlu bijak mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan rasa panas ini terutamanya di dalam rumah.
Selain menggunakan penghawa dingin, ada beberapa tip yang boleh kita amal dan guna bagi menyejukkan ruang dalaman rumah. Bertikut MASKULIN kongsi 10 cara bagaimana untuk menyejukkan suhu di dalam rumah ketika cuaca panas.
Bukan dipasang hanya untuk halakan angin pada wajah sahaja. Kipas angin boleh di pasang di beberapa lokasi dan ruang dalam rumah bagi meningkatkan tahap kitaran udara dan membantu menurunkan suhu.
Tutup tirai atau langsir di tingkap untuk elak sinar matahari masuk secara langsung ke dalam rumah yang sekali gus boleh memanaskan suhu di dalamnya.
Letakkan kain basah di depan kipas untuk menghasilkan efek dingin di saat udara melalui kain yang basah.
Matikan atau kurangkan penggunaan peralatan elektronik seperti oven, dapur gas dan lampu yang memproduksi panas.
Pastikan rumah anda memiliki asas penebat yang baik terutamanya di bahagian atap. Ini bagi memastikan bahang panas tidak meresap mudah masuk ke ruang dalam rumah.
Lekatkan penutup tingkap reflektif di luar rumah untuk memantulkan sinar matahari dan mengurangkan bahang panas yang masuk.
Anda boleh letakkan pokok hiasan hidup di dalam rumah untuk membantu menurunkan suhu dan meningkatkan kualiti udara.
Gunakan penghawa dingin dengan bijak dan atur suhu yang nyaman. Kurangkan penggunaannya ketika tidak diperlukan untuk mengelakkan penggunaan tenaga berlebihan.
Buka jendela ketika waktu malam atau ketika suhu luar lebih rendah untuk mengalirkan udara segar ke dalam rumah.
Nampak macam remeh tapi sebenarnya berkesan. Untuk lebih baik gunakan lampu yang kurang menggunakan tenaga. Ini sedikit sebanyak dapat bantu kurangkan rasa panas yang di dalam ruang rumah.
Semoga dengan menggunakan beberapa tip ini anda mampu mengurangkan suhu panas di dalam rumah. Semoga ia mambantu!
Jangan lupa subscribe YouTube dan TikTok MASKULIN!