10 Tip Paling Mudah Untuk Buat Badan Lebih Segar Walaupun Sibuk Di Pejabat

721

Buat anda yang bekerja di pejabat mesti faham akan keletihan setiap hari yang dirasakan. Bagi orang yang bukan kerja pejabat mungkin mereka berpendapat kerja di dalam bilik berhawa dingin bukanlah satu perkara sukar pun.

Namun hakikatnya ia tidak begitu dan cukup meletihkan. Apatah lagi jika kerja yang dilakukan memerlukan perahan otak yang banyak terutama dalam meyelesaikan masalah, melakukan pembahagian kerja serta menyiapkan tugasan spesifik megikut kemahiran anda masing-masing.

Kepenatan inilah yang akan turut dirasai oleh fizikal anda. Belakang jadi lenguh, kepala pening dan kaki juga boleh berlaku kekejangan.

Namun anda sebenarnya boleh mengembalikan atau mengekalkan kesegaran tubuh jika amalkan 10 perkara ini setiap hari. Jom jadikan diri lebih bertenaga dan segar setiap hari.

TIDUR CUKUP

Pastikan anda mendapat tidur yang cukup selama enam hingga lapan jam sehari. Percayalah tidur yang cukup menjamin hari yang lebih menyegarkan!

MULAKAN DENGAN SENAMAN

Curi masa yang sedikit sahaja setiap pagi, anda tak rugi! Asingkan diri selama 5 hingga 10 minit untuk melakukan senaman sama ada di rumah atau pejabat. Badan yang bersenam akan lebih peka dan segar.

JANGAN SKIP MAKAN PAGI

Tahukah anda bahawa makanpagi merupakan waktu makan yang paling penting! Ia memberikan sumber tenaga awal kepada badan anda dan mampu mempengaruhi mood anda sepanjang hari. Jadi jangan skip breakfast ya!

MINUM AIR DENGAN CUKUP

Ini perkara asas yang sering orang lupakan. Pastikan badan anda sentiasa cukup air. Minum air kosong juga boleh elak anda mengambil makanan tak berkhasiat dan berminyak. Badan segar bila minum air yang cukup. Kalau tak percaya anda boleh cuba.

BACA: Kajian Dapati Mereka Yang Guna Telefon Pintar Lebih 5 Jam Sehari Akan Jadi Obese

MAKAN BUAH

Buah-buahan merupakan antaera makanan yang penting kepada badan. Kaya dengan pelbagai vitamin, mineral dan antioksidan ia mampu membuatkan badan anda berasa lebih segar dan bertenaga.

POSTUR BADAN

Ya, kedudukan bagaimana anda berdiri, duduk atau berehat juga sangat penting. Pastikan anda sentiasa mengamalkan kedudukan postur yang baik kerana ia boleh mempengaruhi kesegaran badan. Ia juga boleh elak anda berasa sakit otot.

JAGA BAU BADAN

Ini indikasi yang paling ketara bagi menunjukkan anda seorang yang mementingkan kebersihan dan juga kesegaran badan. Jika anda mempunyai masalah badan mudah berpeluh pastikan anda menggunakan deodoran yang sesuai. Usahlah guna deodoran yang tak sesuai dengan badan dan hanya menghasilkan bau kurang enak bukan sahaja untuk anda tetapi orang sekeliling.

PAKAIAN BERSIH SETIAP HARI

Elakkan memakai baju yang sama setiap hari. Untuk reaksi balas minda akan kesegaran badan pakailah baju yang bersih setiap hari. Cuba elak ulang pakai baju yang sama melebihi sekali.

JAGA KEBERSIHAN KAKI

Setiap hari di pejabat anda mungkin sentiasa memakai kasut. Kalau dibuka pun mungkin ketika anda berehat untuk menunaikan solat. Kebersihan kaki dengan menggunakan stokin dan kasut yang bersih boleh mempengaruhi mood seharian anda. Kaki yang berbau boleh buat anda rasa kurang senang dengan diri sendiri.

JANGAN TINGGAL SOLAT

Percayakah anda jika anda tidak menionggalkan solat perjalanan aktiviti harian akan berjalan dengan lebih lancar. Malah jika menyegerakan solat anda tidak akan rasa masa itu tak mencukupi. Segalanya akan lebih tenang dan menyegarkan. Faktor wudhuk juga boleh memberikan kesan kesegaran badan dengan luar biasa.

Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat yang baik untuk anda terutamanya yang sentiasa sibuk saban hari di pejabat. Selamat mencuba!