10 CARA DAPAT JIMAT DUIT MASA BULAN PUASA. RAYA BOLEH BELI BIRKIN KALAU MAMPU LAH!
RAMADAN ADALAH BULAN PENUH RAHMAT DAN REZEKI. JANGANLAH CEMARKANNYA DENGAN SIFAT TAMAK JUGA BOROS ANDA. JADIKAN BULAN SUCI INI SEBAGAI PEMANGKIN UNTUK ANDA MENJADI LEBIH BAIK DAN TAHU NILAI LEBIH BERJIMAT CERMAT. INI 10 TIP PATUT CUBA UNTUK ELAK MISKIN DI BULAN PUASA.
1.BERBUKA DEKAT MASJID
Bukan sekadar boleh berjimat. Tetapi lebih afdal dan dapat gandakan pahala. Bagi yang bujang, masa ini boleh gunakan untuk bernetworking dengan ahli-ahli jemaah masjid. Mana tahu ada can dapat jadi mentua.
2) KALAU BERBUKA BERDUA, BELI JE LA KAT BAZAR RAMADAN
Kos masak sendiri dan kos makan zaman sekarang di luar tak jauh beza sangat jika masih berdua.
3) BALIK BERBUKA RUMAH KELUARGA
Ads
Ada saudara mara dan sepupu ini dapat berjimat. Makanan lebih enak bila dikongsi bersama.
5) MAKAN FREE BUFFET SYARIKAT!
Kos sangat merepek dan kita tidak mahu membazir, jadi kalau ada peluang syarikat bagi makan dekat hotel masa bulan puasa, pergi, jangan nak bajet kau kaya sangat!
6) MAKANAN MOREH TU SIMPAN BAWA KE SAHUR
Ads
Ambil sedikit bekalan untuk dijadikan makanan untuk sahur nanti. Jimat.
7) BELI BARANG MAKANAN SELEPAS BERBUKA
Kalau kita lapar biasanya emosi kita terganggu. Ia menyebabkan kita biasanya terlebih belanja. Membeli-belah masa kenyang terbukti dapat mengawal nafsu belanja.
Ads
8) BALIK KAMPUNG AWAL
Elakkan kesesakan trafik yang sememangnya merepek dan stres bila kita duduk kat Malaysia. Kesesakan ini membazir minyak dan masa.
9) BERSEDEKAH DAN BERAMAL JARIAH SEPANJANG BULAN PUASA
Sedekah itu membuka pintu rezeki. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang semua aktiviti kebaikan itu diberi ganjaran berkali ganda daripada bulan-bulan biasa.
12) JANGAN CAMPUR BAJET
Khususkan bajet untuk balik kampung, bagi duit raya, beli baju raya dan sewaktu dengannya. Rancang perbelanjaan kita. Guna teknik sampul surat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda penggemar filem dan merupakan seorang kaki wayang pastinya anda tahu tentang filem terbaru arahan pengarah muda berbakat besar, Syafiq Yusof yang berjudul ‘Misteri Dilaila’.
Sehingga kini ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penonton dan telah menjadi bualan terutamanya di laman media sosial. Penonton-penonton yang telah menyaksikan filem ini berkongsi rasa terkejut dan teruja mereka apabila mendapati filem misteri lakonan Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri dan Rosyam Nor.
Ia menjadi bualan hangat warganet kerana dikatakan mempunyai dua babak akhir yang berbeza. Perkara ini juga disahkan oleh pihak panggung wayang seperti Cathay Cineplex dan MBO Cinemas yang mengeluarkan notis tentang perkara ini di pawagam mereka.
Foto: Twitter @filmdocs
Dipercayai ‘Misteri Dilaila’ merupakan filem tempatan yang pertama berani memperkenalkan pendekatan seperti ini.
Ia merupakan satu langkah berani yang dilakukan oleh pembikin filem tempatan dan melihatkan reaksi daripada warganet, ternyata gimik ini agak menjadi.
Adakah anda sudah menonton filem ini? Jika ya, adakah ia seperti yang digembar-gemburkan?
Cara terpantas untuk membakar kalori dalam masa 20 minit adalah dengan membuat senaman melibatkan keseluruhan otot termasuklah otot kaki dan badan. Kaedah ini dijangka membakar lebih 350 kalori berbanding senaman biasa hanya membakar 200 kalori untuk 20 minit.
Senaman ini bukan sahaja memfokuskan pada pembakaran kalori tetapi meningkatkan kekuatan otot. Lagi banyak otot yang anda bina, lagi tinggi metabolisme anda. Lakukan rutin senaman ini untuk tiga kali seminggu dan sebanyak 20 hingga 30 pengulangan. Kemudian rehat 1 minit dan lakukan sebanyak 3 hingga 4 circuit/set.
SUMO DEADLIFT
-Sumo deadlift menggunakan otot kaki secara keseluruhan. Senaman ini boleh dilakukan dengan mengguna berat beban sendiri (bodyweight) atau menggunakan beban seperti dumbbell dan iron plate.
-Mulakan pada posisi berdiri tegak dengan kaki dibuka luas seperti dalam posisi sumo hujung kaki menghadap ke penjuru. Keluarkan pinggul (butt out) dan pastikan badan dalam keadaan tegap.
-Kemudian mulakan pergerakan dengan merendahkan badan dan menarik nafas sehingga dumbbell mencecah lantai dan tolak kembali ke posisi permulaan.
IRON CROSS
-Mulakan senaman ini dengan berdiri tegak dan kaki di buka seluas lebar bahu (shoulder) dengan memegang dumbbell menghadap ke sisi.
-Kemudian mulakan pergerakan dengan mengerakkan tangan ke hadapan anda. Pada masa yang sama lakukan squat dengan menarik nafas.
-Apabila anda menolak badan anda ke posisi permulaan, hembus nafas dan letakkan dumbbell ke sisi kembali.
DUMBBELL SWING
-Senaman ini kebiasaannya dilakukan dengan menggunakan kettlebell. Senaman ini membina otot pada kaki, abdominal serta otot di bahagian belakang tubuh badan.
-Buka dan jarakkan kaki anda selebar bahu anda dengan hujung kaki anda menghadap ke penjuru. –Kemudian mulakan pergerakan dengan menghayun dumbbell sehingga tangan anda lurus ke hadapan. Pastikan tulang belakang anda sentiasa tegap dan tidak melengkung.
SNATCH
-Senaman ini menggunakan hampir keseluruhan otot. Ia memerlukan kalori atau tenaga yang banyak secara tidak langsung membakar lemak pada badan anda. Senaman ini perlu dilakukan dengan laju (explosive power).
-Kebiasaannya senaman ini dilakukan dengan menggunakan barbell . Bagi mereka yang baru mencuba, boleh menggunakan dumbbell.
-Mulakan dengan posisi berdiri tegak dan pegang dumbbell dengan meletak di hadapan kaki seperti dalam posisi deadlift.
-Kemudian angkat dumbbell tegak ke atas dalam masa yang sama lakukan squat dan berdiri tegak. Ulangi pergerakan ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila seseorang mempunyai kulit berjeragat, kulit boleh mengubah nada. Melanin yang terkandung dalam kulit menentukan warna yang terang atau gelap. Melanin adalah pigmen dan jumlah yang memberitahu atas nada kulit. Faktor-faktor keturunan boleh memainkan peranan yang besar di sini. Banyak bergantung kepada fakta sama ada anda seorang lelaki atau wanita. Lelaki cenderung untuk mempunyai lebih banyak daripada itu berbanding wanita.
Ramai orang menganggap bahawa kulit berjeragat bukanlah satu masalah pada semua. Perbezaan dengan kulit lain adalah minimum dan mereka hanya tidak memberi perhatian kepadanya. Tetapi terdapat pelbagai keadaan dan syarat-syarat yang melibatkan kulit berjeragat dan ia adalah lebih baik untuk tidak mengabaikan perubahan-perubahan di dalam badan kerana ia boleh menjadi tanda-tanda masalah kesihatan serius
Ini 8 cara mudah penghapus jeragat
1. Kulit kayu manis
Kulit kayu manis ini memang lebih baik dikenali sebagai rempah untuk memasak. Walau bagaimanapun, kulit kayu manis juga boleh berguna sebagai penghilang sakit secara semulajadi untuk jerawat. Petua hilangkan jeragat yang menggunakan kayu manis adalah dengan tuangkan 1 sudu besar tanah kayu manis ke dalam bekas. Anda boleh mencampurkan dengan 3 sudu besar madu. Madu adalah antibiotik semulajadi yang membantu melembapkan kulit dan kulit kayu manis sangat memainkan peranan penting dalam menyokong penjanaan kulit semula. Selepas madu dan kayu manis di masukkan, kacau kedua bahan tersebut. Selepas itu, gunakan bahan tersebut ke bahagian muka yang terjejas jeragat dan biarkan selama 15 minit. Akhir sekali, bilaslah menggunakan air suam dan keringkan muka menggunakan tuala yang bersih.
2. Aloe Vera
Semua orang pun tahu jika Aloe Vera mempunyai banyak manfaat besar bagi kesihatan rambut. Bermula dari menghitamkan hingga menyuburkan rambut. Selain bermanfaat untuk kesihatan rambut, Aloe Vera juga boleh menjadi satu bahan semulajadi untuk menghilangkan jeragat. Petua hilangkan jeragat dengan Aloe Vera adalah dengan mengambil satu Aloe Vera segar. Aloe Vera dipotong menjadi kepingan dan kemudian ambil gelnya. Sebelum anda meletakkan ia, anda perlu membersihkan muka anda supaya kotoran di muka tidak tersumbat. Jika muka sudah bersih, anda boleh menggunakan gel Aloe Vera ke bahagian jeragat di bahagian muka yang terjejas. Biarkan hingga ia kering. Selepas itu bilas dengan menggunakan air suam.
3. Lemon
Lemon masih dikategorikan sebagai keluarga oren tetapi rasa lemon mempunyai rasa yang lebih masam daripada oren. Walaupun ia mempunyai rasa masam, lemon mengandung asid dan vitamin C yang dapat menghapuskan jeragat degil. Petua hilangkan jeragat dengan lemon mesti terlebih dahulu menyediakan lemon segar dan kemudian dipotong menjadi 2 bahagian. Basuh muka anda dengan menggunakan air suam supaya liang muka tidak tersumbat. Oles potongan lemon ke kawasan terjejas jeragat. Diamkan selama selama 15 minit walaupun rasanya agak disengat. Selepas itu, basuh muka dengan air sejuk.
4. Cokmar
Mungkin masih kedengaran tidak biasa bahawa cokmar boleh menjadi penghilang secara semulajadi untuk jeragat. Di Malaysia, cokmar ini memang masih tidak dikenali apabila digunakan untuk rawatan kulit muka tetapi kebanyakan negara Asia lain, cokmar sudah meluas khasiatnya. Petua hilangkan jeragat dengan cokmar adalah pukul cokmar hingga sebati. Gabungkan serbuk cokmar dengan susu tulen dan kemudian gaul sehingga sebati. Oleskan kepada kawasan muka yang terjejas jeragat atau anda juga boleh membuat ia menjadi topeng yang digunakan sekata pada keseluruhan muka. Topeng cokmar bukan sahaja dibenarkan sebagai penghilang jeragat sahaja tetapi juga boleh melembutkan kulit muka.
5. Betik
Buah pepaya termasuk buah yang mengandung serat tinggi. Tidak heran bila banyak orang menggunakan pepaya untuk melancarkan sistem pencernaan. Selain menjaga kesehatan tubuh, pepaya juga boleh digunakan sebagai bahan menghilangkan jeragat. Petua hilangkan jeragat dengan pepaya adalah dengan menghaluskan daging pepaya secukupnya yang sudah dikupas kulitnya. Campurkan 1 sudu kecil serbuk kopi lalu kacau hingga sekata. Oleskan kepada bahagian muka terutama di kawasan yang terjejas jeragat. Diamkan hingga terasa kaku dan bilas menggunakan air bersih. Jika Anda melakukan ini secara teratur, Anda akan tidak hanya menghilangkan jeragat, tetapi juga boleh menjaga kelembaban pada kulit muka.
6. Cuka sari apel
Bagi Anda yang telah minum cuka sari apel, yakin pernah merasakan sangat asam pada masa meminumnya. Selain boleh di minum, ternyata cuka sari apel juga boleh menjadi bahan menghilangkan jeragat secara semulajadi. Cuka sari apel ini bersifat antiseptik yang berguna untuk menyingkirkan bakteri pada jeragat dan menyucikan liang kulit. Jadi Anda hanya harus mencelupkan kapas ke dalam air cuka sari apel yang sudah di kombinasikan dengan air. Oleskan kapas kepada kawasan muka yang terjejas jeragat. Diamkan beberapa minit dan bilas hingga bersih.
7. Teh Hijau
Minum teh hijau adalah sangat baik untuk kesihatan badan. Teh hijau ini juga boleh menyelesaikan masalah jeragat. Menurut kajian, teh hijau mempunyai faedah yang boleh mengurangi pengeluaran minyak dan juga boleh menghalang penyerapan androgen dalam kulit. Petua hilangkan jeragat secara semulajadi dengan teh hijau adalah dengan masukkan beg teh hijau ke dalam air panas selama 5 minit. Angkat beg teh hijau dan gosok perlahan-lahan ke kawasan yang terjejas oleh jeragat. Jika anda mempunyai tepung teh hijau maka boleh menjadikan ia sebagai pes. Diamkan pes teh hijau kepada keseluruhan muka. Biar duduk ke masa kering kemudian basuh menggunakan air suam.
8. Putih Telur
Menghilangkan jeragat menggunakan putih telur mungkin tidak sangat disukai orang ramai kerana aromanya yang amis membuatkan kita tidak alu. Walau bagaimanapun, jika tiada bahan lain selain putih telur maka mesti cuba. Caranya menggunakannya terlebih dahulu bersihkan muka anda. Guna putih telur ke kawasan muka yang terjejas jeragat. Diamkan hingga ia kering dan oleskan lagi putih telur sebagai lapisan kedua. Jika ia telah kering, anda boleh basuh dengan air suam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.