10 Tip Kurus Dengan Cepat Dari Wanita ‘Sado’ Malaysia Coach Nana Al Haleq

Share

Wow! Itulah perkataan pertama yang terkeluar daripada mulut kami bila melihat gambar awek cun berbadan sado ni!

Mana taknya, awek cun melecun ni bukan sahaja nak jadi ‘fit and healthy’ tapi dilihat gigih membina muscle di lengannya. Fuh. Kalau kena tumbuk ni, pengsan seminggu!

10 Tip Kurus Cergas Versi Nana

1. Pastikan anda diet mengikut kemampuan diri sendiri, banyakkan membaca dan buat research, jangan ikut orang dan mendapat rehat dan tidur mencukupi bagi mengelakkan tekanan yang menyumbang kepada peningkatkan berat badan.

2. Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya tiga liter sehari.

3. Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak yang tinggi kandungan kalori.

4. Ambil makanan seimbang dan jangan makan secara berlebihan.

5. Pastikan anda mengambil protein secukupnya dalam setiap hidangan.

6. Kurangkan pengambilan garam yang boleh mengembalikan air dalam tubuh, sebaliknya gantikannya dengan rempah-ratus.

7. Lakukan senaman dengan konsistan, jika tiada masa buat je senaman di rumah pun boleh buat senaman.

8. Banyakkan makan sayur dan detoks,

9. .Ambil tahu pasal nutrisi pemakanan, sebagai contoh sepingan nasi beras perang bersamaan 2 keping roti gardenia. So mana pilihan anda

10. Jika anda tidak memperolehi hasil yang diharapkan melalui senaman seperti tiada pengurangan berat badan, lihat pada aspek lain seperti ukur lilit pinggang dan peningkatan stamina. Usah berputus asa.

Published by
Ruziana Zainal