Ukurlah baju di badan sendiri.
Itulah yang paling baik untuk elakkan diri daripada berbelanja melebihi daripada kemampuan sendiri. Seringkali kita dengar ramai lelaki yang terpaksa melakukan pinjaman peribadi kerana ingin menampung perbelanjaan kahwin.
Malah ada yang sampai sudah ada anak dua tapi hutang pinjaman untuk kahwin masih belum selesai dibayar kepada bank. Janganlah biarkan anda jadi mangsa biar papa asal bergaya.
Berbelanjalah dengan berhemah dan bijak untuk kahwin. Jika anda menyimpan dan mempunyai sasaran untuk kahwin perkara ini tak akan berlaku. Tapi ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk jimat belanja kahwin.
1. Ikut Kemampuan
Berhutang hanya memberi bebanan kepada anda dan isteri nanti. Jika takmampu untuk bayar balik anda dan pasangan mungkin akan jadi tak bahagia. Sudah banyak kes di mana ramai pasangan hidup tersepit dengan hutang terlalu banyak hanya kerana ingin majlis perkahwinan yang gah.
2. Jumlah Tetamu
Tetapkan jumlah tetamu yang bakal dijemput supaya anda dapat merancang bajet perkahwinan dengan baik. Apabila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
BACA: Lagi Wedding Versi Cosplay, Kamen Rider Malaysia Kahwin Dengan Orang ‘Kelate’
3. Sewa Jangan Tempah
Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Terdapat juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Ini bermakna selepas pakai, anda perlu pulangkan semula pada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada membeli terus pakaian perkahwinan itu.
4. Beli Ketika Ada ‘Sale’
Harga barangan pada ketika itu mungkin mendapat potongan harga jauh lebih murah daripada sebelumnya. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu ketika membeli belah kelak anda juga yang akan merana. Beli juga barang hantaran yang boleh anda guna setiap hari.
5. Jangan Guna Kad Kredit
Kad kredit ada baiknya dan ada buruknya. Tetapi bagi sesiapa yang tidak tahu untuk menggunakan kad kredit secara berhemat anda dinasihatkan untuk tidak memakainya. Berbelanja dengan hanya ‘swipe’ menyebabkan anda yang pening kepala untuk membayar hutang tersebut.
6. Majlis Rewang
Majlis yang diadakan secara gotong royong adalah lebih jimat berbanding katering. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah selain dapat mengeratkan tali silaturahim bersama saudara dan jiran anda.
7. Cara Perbelanjaan Bulanan
Perbelanjaan pada setiap bulan amat mempengaruhi simpanan kewangan anda. Jika anda berbelanja lebih, segala bajet yang telah anda tetapkan akan berubah dan akan menyusahkan anda kelak.
8. Kawal Keinginan Berbelanja
Sebagai conoth, anda seorang penggemar gajet elektronik. Jadi lebih baik anda simpan dulu hasrat hati untuk beli gajet gajet terbaru. Hal ini adalah kerana wang itu anda boleh gunakan untuk majlis perkahwinan anda kelak.
9. Survey Jurugambar
Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Selalunya diskaun hebat akan diberikan.
10. Buka Akaun Khas
Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan supaya anda tidak menggunakan kesemua wang simpanan anda dan seterusnya berhutang. Elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan kad kredit.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI