Gaya Hidup

10 Tip Elak Jadi Mangsa Petir, Antaranya Jangan Duduk Bawah Pokok Besar

Share

Selepas berdepan dengan cuaca panas selama beberapa minggu sekarang hujan sudah mula turun sejak beberapa hari yang lalu.

Namun hujan yang turun pada waktu sekarang kebiasaannya turut menyaksikan guruh dan petir muncul bersama. Inilah waktu-waktu kritikal dan berisiko tinggi yang ramai orang kurang peka.

Pada Ahad lalu kita telah digemparkan dengan berita tentang seorang warga Myanmmar yang maut disambar petir ketika berada di atas padang bola.

Kejadian yang berlaku di Padang Bola Setia Badminton Academy Persiaran Murni Sek U13 Setia Alam tersebut mengorbankan mangsa berusia 19 tahun dikenali sebagai Rohimullah.
Manakala tiga orang lagi dilaporkan kritikal apabila mereka turut disambar petir sewaktu berada di tengah padang.

BACA: Bila Kereta Terjunam Ke Dalam Air, Ini Langkah Yang Boleh Selamatkan Nyawa Anda!

Takziah MASKULIN ucapkan kepada mangsa dan keluarga. Ajal dan maut itu memang ketentuan Yang Maha Esa.

Namun kita sebagai manusia harus sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga. Berikut merupakan 10 tip bagaimana ada boleh elak daripada menjadi mangsa sambar kilat.

HENTIKAN!

Ya, adan WAJIB hentikan segala aktiviti luar, Carilah perlindungan segera sebaik melihat awan gelap muncul. Petir boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada 15 kiloneter dari tempat anda. Dan ia semestinya diiringi hujan!

LARI

Bergegas dan lari dengan segera bila terlihat pancaran petir. Ketahuilah bahawa di saat tersebut anda berada dalam keadaan sangat bahaya.

JANGAN TUNGGU

Seperti MASKULUN katakan di atas kilat boleh berlaku tanpa hujan. Oleh itu jangan tunggu hujan turun barulah anda nak bergeas beredar ke kawasan selamat walaupun sudah terdengar panahan kilat berlaku. Dan jangan sesekali gunakan payung ketika berlakunya petir.

JANGAN DUDUK BAWAH POKOK

Ramai juga yang menyangka berlindung di bawah pokok besar merupakan lokasi selamat. Jangan! Antara lokasi berisiko tinggi ialah pokok, khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika nak berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia ada sistem pertahanan petir.

TEMPAT SESUAI

Lokasi perlindungan paling sesuai ialah dalam rumah atau bangunan besar , kenderaan bertutup (bas, van atau kereta) atau struktur yang besar seperti jambatan.

TURUN SEGERA

Jika anda tiada tempat berlindung, segeralah turun dari tempat tinggi. Cari pelindungan di tempat rendah atau masuk ke dalam longkang kering.

KEDUDUKAN BADAN

Dalam situasi kecemasan anda perlu duduk dalam kedudukan mencangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan. Jangan sesiapa atau sebarang objek.

BASAHKAN PAKAIAN

Jika anda terpaksa mengharungi hujan, basahkan pakaian anda kerana ia boleh bantu untuk anda elak kecederaan serius jika dipanah petir. Biarkan arus elektrik itu mengalir di luar tubuh anda.

JANGAN SENTUH METALIK

Di saat anda berlindung jangan sentuh objek metalik, barang atau kabel elektrik. Sebaiknya elakkan daripada menggunakan telefon. Jauhan juga diri anda dari balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding atau tiang.

TUNGGU SETENGAH JAM

Selepas berkahirnya kilat sabubng-menyabung di luar, sebaiknya anda tunggulah dahulu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum melakukan aktiviti luar atau kawasan terbuka. Ingat, walaupun hujan telah berhenti, tak semestinya petir sudah beredar.

Published by
Farizul Izwany