10 Tip Berguna Anda Boleh Rujuk Sebelum Beli Kasut Running

Share

Aktiviti larian sebenarnya tak memerlukan banyak peralatan pun. Apa yang anda perlu ialah semangat, keazaman diri, sifat tak mudah menyerah kalah, disiplin dan sepasang kasut running yang baik.

Tahukah anda memakai kasut yang tidak sesuai semasa berlari boleh mengakibatkan kecederaan yang serius? Contohnya jika anda pakai kasut yang mempunyai tapak sokongan lemah ia boleh menjadi faktor kaki anda mengalami kecederaan seperti seliuh dan cramp.

Oh, btw adakah anda sudah daftar virtual run MASKULIN DARE? Masih belum terlambat ya, hadiah pun boleh tahan hebat!

*tamat iklan hehe

Jika anda alami rasa tak selesa semasa berlari besar kemungkinan kasut yang anda pakai itu tak sesuai dengan bentuk kaki anda.

Oleh itu sebelum membeli kasut running anda perlu ambil kira beberapa ciri-ciri dan faktor yang penting.

Beli Kasut Running SAHAJA!

Ketahuilah setiap kasut mempunyai fungsinya yang tersendiri. Ini merupakan perkara sering dipandang remeh ramai orang. Kasut kasual atau sneakers selalunya mempunyai permukaan tapak yang lebih keras manakala kasut untuk larian adalah lebih fleksibel. Ia juga mempunyai lapisan tapak bertindak seperti kusyen menyerap hentakan dan menahan impak.

Ukuran Kaki

Setiap orang mempunyai saiz yang berbeza. Kadangkala nampak sahaja sama, tapi setiap jenama kasut mempunyai saiz dan bentuk permukaan tapak kaki berbeza. Contohnya di jenama A, kaki kamu muat untuk saiz 8 tetapi bila jenama B pula, pakai saiz 7 pun masih longgar. Jadi carilah kasut yang mempunyai ukuran kaki anda dengan betul.

BACA: Cabaran Virtual Run MASKULIN DARE Dibuka Untuk Pendaftaran, Hadiah Wang Tunai Jadi Rebutan!

Cuba Sebelum Beli

Bak kata orang nak beli kereta pun kita test drive dulu. Begitu juga dengan kasut larian. Bawa stokin dan cuba terlebih dahulu kasut yang ingin dibeli untuk ketahui keselesaan sebenar ketika anda memakainya.

Rule of Thumb

Ini perkara sangat penting. Pastikan ada ruang sekitar setengah inci di antara ibu jari dan penghujung kasut. Dan di bahagian tumit kaki juga penting. Ia haruslah padan dengan saiz dan design kasut agar kasut tidak terasa longgar ketika berlari.

Gerakkan Jari Kaki

Setelah memakai kasut larian, sepatutnya anda boleh gerakkan semua jari kaki dengan selesa. Jika ia terlalu sendat sehingga kaki tidak boleh bernafas, itu bermakna ia bukan saiz dan kasut sesuai untuk anda! Nanti habis melecet kaki!

Ikat Semula

Ada kawan penulis yang takut untuk membuka ikatan tali kasut dan longgarkan sepenuhnya sebelum mengikat semula. Katanya, tak nak menyusahkan penjaga stor yang perlu betulkan tali kasut.

Kegunaaan Untuk Jenis Permukaan

Ada orang suka berlari di atas trek larian stadium atau gym, ada orang pun suka berlari di atas tanah atau rumput. Jika anda suka berlari atas trek, pilih kasut larian dengan built-up heels agar kamu akan merasa lebih stabil.

Faktor Harga

Elakkan teori kasut berlari itu mahal. Harga tidak seharusnya terlalu mahal atau terlalu murah. Jika kamu sudah aim untuk membeli kasut daripada jenama tertentu yang mempunyai reputasi dan review sangat baik daripada pengguna lain. Usah kedekut untuk berbelanja lebih sedikit untuk kasut berkualiti dan selesa.

Waktu Sesuai

Waktu terbaik untuk kamu mencuba kasut larian di stor adalah selepas kamu tamat dengan senaman larian kamu. Atau pada waktu malam. Ini kerana setelah kamu menggunakan kaki sepanjang hari, saiz tapak kaki akan mengembang sehingga ke tahap maksima.

 

Published by
Farizul Izwany