Melakukan larian jarak jauh seperti half-maraton atau maraton penuh merupakan satu cabaran paling tinggi seseorang yang aktif berlari boleh lakukan.
Ia bukanlah satu perkara yang senang dan mudah untuk dilakukan. Malah ia bolehlah dianggap mustahil kepada sesiapa yang tiada latihan, stamina dan tahap kecergasan yang cemerlang.
Namun ia tidaklah mustahil untuk dilakukan!
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 10 tip bagaimana untuk melakukan larian jarak jauh atau maraton dengan berjaya.
Latihan Konsisten
Pastikan anda berlatih secara konsisten. Jangan cuba terus melompat atau berpindah melakukan latihan intensif jika anda tidak melakukannya selama beberapa bulan.
Pemakanan Sihat
Pastikan anda makan makanan yang sihat dan bernutrisi untuk memberi tenaga untuk membantu melakukan latihan sempurna serta menjaga kesihatan diri.
Ads
Air Mencukupi
Minum air yang cukup sepanjang hari, dan juga sebelum dan semasa larian untuk mengelakkan dehidrasi.
Jangan lupakan kepentingan tidur yang cukup, kerana ia dapat membantu tubuh anda pulih dan memulihkan diri selepas latihan.
Kenal Pasti Matlamat
Ada baiknya untuk menetapkan matlamat yang jelas dan realistik dalam larian marathon anda.
Ads
Konsentrasi Pernafasan
Amalkan teknik pernafasan yang betul semasa berlari, ini akan membantu anda mengawal nafas anda dan mengekalkan keseimbangan semasa larian.
Pemanasan dan Penyejukan
Pastikan anda mengambil masa yang mencukupi untuk memanaskan dan menyejukkan badan sebelum dan selepas larian.
Pilihan Pakaian
Uji pakaian anda semasa latihan untuk memastikan keselesaan dan meminimumkan kemungkinan ketidakselesaan pada hari larian.
Ads
Jangan Terlalu Bersemangat
Jangan terlalu cepat memulakan larian anda, bermula dengan laju yang sederhana dan konsisten untuk mengelakkan keletihan awal.
Konsisten & Kekalkan Semangat
Larian jarak jauh dan marathon adalah cabaran yang besar. Jadi kesabaran itu sangat penting dan menjadi kunci kejayaan. Ingat bahawa hasil yang baik memerlukan usaha yang berterusan dan ketabahan.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sakit kepala dan memang menjadi kebiasaan semua orang. Tambahan lagi apabila anda stress dalam pekerjaan. Kebiasaannya jika sakit kepala yang melampau, pasti akan akan telan ubat kan? Namun jika ketika sedang menjalani ibadah puasa, bagaimana pula? Jangan bimbang, kerana bukan anda seorang sahaja yang menghadapinya. Menurut pakar, sakit kepala kerap menyerang mereka yang berpuasa walaupun tidak mempunyai sejarah sakit kepala seperti migrain. Ini merupakan antara sebab mengapa anda sering terjebak dengan sakit kepala ketika sedang berpuasa.
1) Kekerapan pengambilan kopi
Mungkin anda terbiasa minum kopi dengan kuantiti yang tinggi pada hari-hari normal. Maka, kuantiti itu berkurang dengan sangat drastik ketika anda sedang berpuasa. Anda sepatutnya mengurangkan kadar pengambilan kopi seminggu lebih awal sebelum anda berpuasa.
2) Kurang gula dalam darah
Keadaan yang sama juga berlaku dengan kandungan gula di dalam badan anda. Pada hari-hari biasa, anda mungkin mengambil makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Namun apabila anda berpuasa, kadar gula dalam darah akan turun secara tiba-tiba seterusnya menyebabkan sakit kepala.
3) Dehidrasi
Sebahagian besar otak anda terdiri daripada air dan ia amat sensitif sekiranya kekurangan air di dalam badan. Jika berlaku kekurangan air di dalam badan, otak anda akan mula menghasilkan histamin yang berfungsi untuk mengimbangi kadar air di dalam badan. Penghasilan histamin ini akan memberi kesan seperti sakit kepala.
4) Cukup tidur, kurang stres
Antara sebab-sebab lain penyumbang kepada sakit kepala ialah kurang tidur dan tertekan. Oleh demikian, anda dinasihatkan untuk mempunyai tidur yang cukup serta mengelakkan diri daripada stres sepanjang berpuasa.
Cuba-cubalah untuk mengelak dari 4 perkara di atas, agar anda punya tenaga berpanjangan sepanjang ibadah berpuasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mengikut data di beberapa buah negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, kanser prostat kini menjadi kanser paling banyak meragut nyawa golongan lelaki.
Malah di United Kingdom dianggarkan setiap 45 minit, seorang lelaki meninggal dunia akibat menderita daripada kanser prostat. Ia merupakan sejenis penyakit yang cukup serius dan merbahaya bagi lelaki. Namun ramai tidak tahu bahawa kehilangan nyawa boleh dielak jika dikesan dan diberikan rawatan awal.
Kajian di Amerika Syarikat pada tahun 2016 menerusi The American Cancer Society mendapati kanser prostat merupakan jenis kanser kedua paling tinggi mengakibatkan kematian lelaki di belakang kanser hati.
KENALI APA ITU PROSTAT
Prostat merupakan kelenjar exocrine yang terletak di bawah pundi kencing dan di hadapan rectum. Kelenjar ini menghasilkan rembesan prostat yang akan berakhir di bahagian luar prostat dalam sistem pembiakan lelaki. Rembesan itu adalah cecair beralkali yang berfungsi melindungi dan menyediakan bekalan untuk sperma.
Ilustrasi: KKM
Di dalam prostat terdapat beribu-ribu kelenjar yang menghasilkan cecair putih beralkali seperti susu. Ia merupakan sebahagian daripada komponen air mani.
Dengan saiz sebesar sebiji kacang berangan ia bertambah saiznya mengikut peningkatan umur. Prostat mengelilingi uretra, salur kencing yang bermula dari pundi kencing dan berakhir di hujung kemaluan.
Ia berfungsi membawa air kencing dan air mani keluar dari badan. Penyakit Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) terjadi apabila kelenjar prostat membesar disebabkan hormon tidak seimbang sehingga mengganggu atau menutup saluran uretra.
DEFINISI KANSER PROSTAT
Tidak dinafikan sama ada anda mengakuinya atau tidak, ramai lelaki sebenarnya cukup risau dengan ancaman kanser prostat. Walaupun ada sesetengah yang cuba menafikan dan sedapkan hati namun jauh di sudut hati mereka tidak mahu berdepan penyakit tersebut.
Apa itu kanser prostat? Secara ringkasnya ia merupakan ketumbuhan berbahaya yang bermula di dalam kelenjar prostat. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan-lahan dan tidak menyebabkan masalah dalam masa beberapa tahun.
Pada peringkat awal ia dikenali sebagai kanser prostat setempat dan tidak menunjukkan sebarang gejala nyata dan mungkin tidak berkembang menjadi kanser lagi.
FAKTOR PEMBENTUKAN KANSER PROSTAT
Tidak dinafikan masih banyak kajian yang sedang dilakukan terhadap kanser prostat. Sehingga kini penyebab utamanya masih lagi tidak diketahui. Malah cara untuk mengelaknya juga masih samar.
Akan tetapi apa yang boleh dilakukan ialah mengenal pastinya dnegan lebih awal agar dapat diberikan rawatan sebelum ia semakin teruk. Namun terdapat tiga faktor yang dipercayai boleh meningkatkan pembentukan kanser prostat.
Pertama penigkatan usia. Lelaki berusia 50 tahun ke atas mempunyai risiko lebih tinggi berbanding kela sumur yang lain.
Kedua faktor genetik keluarga dan akhir sekali faktor hormon testosteron yang tinggi. Ia dipercayai boleh mempercepatkan pembentukan kanser prostat.
TANDA-TANDA KANSER PROSTAT
Walaupun tidak menunjukkan sebarang petanda pada peringkat awal namun apabila gejala-gejala berikut berlaku anda harus cepat-cepat melakukan pemeriksaan lanjut.
Masalah buang air kecil
Kerap buang air kecil
Kurang tekanan ketika membuang air kecil
Terdapat darah dan juga semen ketika kencing
Kaki menjadi bengkak
Rasa tidak selesa di bahagian pelvis dan bahagian belakang badan
Terdapat tiga jenis rawatan yang boleh dilakukan untuk pesakit kanser prostat.
Pembedahan
Pesakit mempunyai dua pilihan rawatan untuk peringkat 1 dan iaitu radical prostectomy atau radical radiotherapy.
Terapi radiasi
Terapi radiasi menggunakan tenaga tinggi sinar-x untuk memusnahkan sel kanser. Radioterapi selalunya digunakan dalam peringkat ke 3 dan sesetengah kes peringkat ke 4 kanser.
Kimoterapi
Kimoterapi menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser, boleh diambil secara makan atau suntikan, Ini mungkin membantu pesakit kanser yang teruk atau kanser prostat yang tidak bertindakbalas dengan hormon.
Rawatan sepatutnya dimulakan secepat mungkin tanpa menunggu gejala berlaku. Rawatan selalunya berjaya dalam jangka masa pendek, dengan mencapai jangka hayat selama 30 bulan dan pengurangan gejala penyakit sebanyak 80%.
Jika anda mengalami simptom-simptom berikut janganlah berlengah lagi. MASKULIN nasihatkan agar terus mendapatkan rundingan daripada doktor pakar dan mencari solusi terbaik untuk rawatan lanjut.
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN di sini untuk update paling terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tauge amat popular rakyat Malaysia dalam penambah rasa dalam masakan kerana tanpanya masakan pasti rasa kurang enak. Banyak sebenarnya kebaikan taugeh ni terutamanya buat golongan lelaki. Tauge, memang ramai yang tak sukakan sayur ini sebenarnya, tapi sebenarnya ia sangat baik terutama sekali untuk kuruskan badan dan kesuburan lelaki.
Ini 6 kebaikan sayur tauge yang ramai tidak tahu!
Tapi, mesti ramai yang tidak tahu bahawa setiap jenis sayur mengandungi protein dan khasiat yang berbeza.
1. Cegah Kanser
Tauge yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
2. Baik Untuk Wanita
Tauge juga mempunyai estrogen semula jadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
3. Kuatkan Sperma Lelaki
Tauge juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.
4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu tauge dalam hidangan seharian. Saponi di dalam tauge akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.
5. Buang Kotoran
Tauge yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.
6. Awet Muda
Tauge juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.
Jadi selepas membaca khasiat tauge ni lepas ni nak tak asingkan lagi tauge ni daripada mee goreng anda? Telan jerklah fikirkan khasiatnya terutama sekali “lebih muda”.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.