Isi Kandungan
ToggleAntara senaman yang boleh anda lakukan pada bulan puasa ialah senaman yang tidak memerlukam anda bergerak menggunakan terlalu banyak ruang.
Sebelum ini MASKULIN pernah kongsikan tentang senaman plank. Kali ini pula tiba giliran sit up.
Tak perlu ambil masa lama pun. Cukup hanya 10 hingga 15 minit sahaja. Sambil anda menunggu waktu berbuka tu, bolehlah cuba lakukan senaman ini.
Cuma janganlah pula lakukan di dapur. Membebel pula orang rumah atau mak anda nanti.
Berikut merupkakan teknik sit up yang boleh anda cuba!
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
BACA: Buat 5 Senaman Tekan Tubi Ini Untuk Dapatkan Otot Dada Tegap, Baru Macho!
Kredit: Demand Media Studio
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Risiko Jika Selalu Main Telefon Sebelum Tidur, Kesannya Buat Kamu Menderita
Rasanya zaman sekarang telefon bimbit pasti menjadi rakan akrab anda kan? Melekat je tak kira masa, tempat dan situasi. Tapi tahukah anda, amalan tengok telefon bimbit dalam ruangan yang gelap sangat membahayakan kesihatan dan boleh memudaratkan mata?
Banyak kes individu kehilangan penglihatan di bahagian mata sebelah kanan akibat terlalu fokus pada telefon bimbit ketika dalam gelap. Selain itu, ada juga yang hilang penglihatan selama 15 minit setiap hari setiap kali bangun dari tidur.
Menurut kajian, insiden ini berlaku disebabkan tabiat individu yang suka fokus pada telefon bimbit ketika dalam gelap. Kebiasannya ia berlaku pada waktu malam sebelum seseorang itu masuk tidur.
Selain itu, mereka yang mempunyai tabiat selalu bermain telefon sebelum tidur juga lebih berisiko untuk:
1. Otak menjadi lebih penat
2. Risiko Menjadi Obsesiti
3. Ganguan saraf
4. Depresi
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
15 Kelebihan Senaman Squats, Perut Jadi Lebih Mantap & Badan Pun Berstamina Tinggi!
Isi Kandungan
ToggleBuat squats boleh tampil kacak?
Ya, mengapa tidak. Ini kerana senaman squats mampu membantu anda mendapatkan bentuk tubuh badan terutamanya di bahagian punggung dan peha tampil lebih mantap dan pejal.
Wanita pasti akan menoleh tengok buat kali kedua jika mereka melintas anda. Tak percaya? Cubalah lakukan squats secara konsisten dan MASKULIN boleh jamin penampilan anda akan berubah dengan drastik.
Terdapat beberapa jenis squats yang boleh anda cuba. Antaranya ialah;
- Back squats
- Front squats
- Box squats
- Bulgaria split squats
- Jefferson squats
- Zercher squats
- Prisoner squats
- Goblet squats
BACA: Selain Bentuk Body Sixpack, Ini 8 Lagi Manfaat Senaman Plank Setiap Pagi!
Setiap squats yang MASKULIN nyatakan di atas mempunyai fokus terhadap otot-otot tertentu terutama di bahagian punggung, perut, peha dan bahagian badan. Secara keseluruhannya anda akan dapat banyak manfaat dan kelebihan apabila melakukan squats.
Ini 15 manfaat yang perolehi jika sentiasa mengamalkan senaman squats!
1.
Membina otot di seluruh badan
2.
Membakar lebih banyak lemak
3.
Meningkatkan kesihatan badan
4.
Mengekalkan tahap mobiliti anda
5.
Membantu anda meningkatkan tahap keseimbangan
6.
Tingkatkan prestasi sukan
7.
Mencegah kecederaan otot
8.
Mengukuhkan teras anda iaitu bahagian abdomen
9.
Menguatkan sendi
10.
Senaman yang bersifat praktikal
11.
Mempunyai variasi cara berbeza agar anda tak bosan
12.
Tak menelan kos yang tinggi
13.
Boleh dilakukan di mana saja
14.
Tidak perlukan ruang yang luas
15.
Meningkatkan tahap fleksibiliti badan anda
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Senaman ‘Buang’ Perut Buncit, Ada 5 Jenis Rutin Boleh Dilakukan Sambil Baring!
Isi Kandungan
ToggleMasalah nak buang perut buncit memang sukar. Jika dulu, perut buncit selalu muncul selepas lelaki berkahwin terutamanya jika jarang melakukan senaman. Tetapi kini, lelaki yang belum berkahwin pun perutnya sudah maju ke depan.
Tahukah anda, ada cara yang pantas untuk buang perut buncit? Janji anda lakukan dengan konsisten dan jaga pemakanan, masalah perut buncit akan mudah untuk diatasi.
Pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk menghilangkan perut buncit sehingga ada yang menawarkan kos yang tinggi. Namun, dengan 5 senaman mudah ini anda dapat buang perut buncit walaupun sambil baring.
1. Knees Up Crunch
Senaman ini mengutamakan kekuatan atas perut dengan cara mengangkat kedua lutut merapati dada. Senaman kekuatan otot perut bahagian atas adalah perkara yang paling mudah dalam semua latihan senaman perut dan memberikan hasil yang paling cepat. Lakukan dalam kiraan 20.
2. Crisscross
Luruskan kaki ke hadapan dan angkat sedikit. Kemudian kedua belah kaki digerakkan ke atas ke bawah secara bersilang sambil kepala ditinggikan sedikit. Ia dapat menghilangkan lemak pada bahagian tengah perut dan menguatkan otot perut. Lakukan dalam kiraan 20.
3. Flutter Kicks
Senaman ini mengutamakan kekuatan seluruh otot perut. Ia hampir sama dengan senaman crisscross. Cuma kali ini angkat kaki ke atas dan hayunkan kaki secara bersilang seperti anda sedang berenang. Pergerakan kaki tidak perlu terlalu laju atau terlalu perlahan. Lakukan secara sederhana. Lakukan dalam kiraan 20.
4. Cross Crunch
Senaman ini dilakukan dengan cara menyilangkan satu kaki pada lutut kaki yang digunakan sebagai sokongan. Kemudian badan diangkat ke arah silang kaki tersebut. Senaman ini hampir sama dengan knee up crunch tetapi ada sedikit penambahan. Ia bertujuan untuk menguatkan otot bahagian atas dan sisi perut bahagian atas. Lakukan dalam kiraan 20.
BACA: Geng Subuh Macam Jumaat: Alif Satar Seru Muslimin Lawan Mengantuk & Solat Subuh Di Masjid
5. Legs Lower
Senaman ini mengutamakan kekuatan bawah dan tengah perut. Sebenarnya senaman legs lower ini boleh dilakukan dalam dua cara. Cara pertama, angkat kaki kanan lurus ke atas berselang seli dengan kaki kiri. Atau lakukan cara kedua dengan mengangkat kedua-dua belah kaki lurus ke atas sehingga 90 darjah. Lakukan dalam kiraan 20.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI