Banyak jenis hobi yang berkesan untuk membakar kalori dengan cepat dan dapatkan badan yang fit. Untuk dapatkan tubuh yang sihat, lakukan 10 jenis hobi ini.
Jom lihat jumlah kalori yang dibakar setiap kali anda menjalankan hobi-hobi ini sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Banyak bukan? Pastikan anda jadikan salah satu jenis hobi ni sebagai aktiviti anda untuk mengeluarkan peluh.
Jumlah kalori yang dibakar
1. Main kasut roda
Jika anda bermain kasut roda hanya dalam tempoh 30 minit, anda telah membakar 250 kalori.
2. Golf
Dengan membawa peralatan golf dan berjalan anda boleh membakar 150 kalori setiap 30 minit.
3. Berenang
Ia merupakan sukan yang paling banyak membakar kalori kerana gerakkannya melibatkan keseluruhan badan iaitu 250-400 kalori selama 30 minit.
4. Besbol
Aktiviti besbol yang memerlukan larian ini mampu membakar kalori sebanyak 135 kalori hanya dalam masa 30 minit.
5. Tenis
Sukan tenis memerlukan ketangkasan tangan anda dalam memukul bola. Ia dapat membakar 159 kalori dalam masa 30 minit.
6. Boling
Bermain boling selama 30 minit tanpa mengambil snek mampu membakar 100 kalori.
7. Memancing
Sambil santai-santai melakukan aktiviti memancing pun anda boleh bakar 100 kalori hanya dalan tempoh 30 minit.
8. Menari
Ini paling mudah untuk dilakukan. Dengan melakukan aktiviti menari selama 30 minit, anda telah membakar sebanyak 150 kalori.
9. Main pool/snooker
Dengan bermain pool atau snooker selama 30 minit, anda telah berjaya membakar 80 kalori. Wow! Cuba bayangkan kalau anda bermain berjam-jam lamanya?
10. Bertinju
Lakukan aktiviti bertinju ini selama 30 minit dan anda mampu membuang 216 kalori dari dalam badan.
Teknik badan kekal fit
1. Gandakan dalam senaman
Apa kata anda gandakan segala yang perlu dalam senaman, contohnya berat pemberat dan jumlah ulangan bagi teknik-teknik bersesuaian. Pantas dan hasilnya pasti hebat.
2. 19% senaman kardio
Peratusan tersebut adalah jumlah peningkatan kekuatan tangan bagi mereka yang melakukan senaman kardio selepas senaman beban. Jadi, elak mulakan senaman anda dengan kardio jika anda mahukan lengan yang padat dan menarik.
3. Snek sendiri
Siapa tidak suka makanan ringan dan snek? Apa kata, cipta resipi burger sendiri tetapi dengan bahan-bahan yang lebih menyihatkan dan menepati selera anda.
4. Bersenam di luar
Dapat meningkatkan kekuatan tubuh sebanyak 10%. Apa kata, jika selalunya anda berlari di atas treadmill, kali ini sesi larian anda dilakukan di padang rumput.
5. Beban + senaman kardio
Kombinasi kedua-dua senaman ini mampu membantu tubuh membakar kalori sehingga 27% dan 2kg lemak berbanding melakukannya secara berasingan.
6. Timbang
Sentiasa set sesi ‘temu janji’ anda dengan alat penimbang sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Andai ada kenaikan berat, ertinya anda perlu lakukan sesuatu.
7. Minuman protein
87% adalah peratusan jumlah penambahan otot yang mampu anda bina dengan pengambilan minuman protein sebelum dan selepas sesi senaman. Jadi, minumlah minuman protein tambahan.
8. Pagi yang lebih baik
Bersenam pada waktu awal pagi lebih baik berbanding bersenam pada waktu petang kerana anda akan lebih bertenaga sepanjang hari. Jadi, jangan lupa set jam loceng anda.
9. Teknik dapatkan lengan ketat
Mudah. Ketatkan lengan baju anda dengan melakukan 2:1 bagi senaman triseps dan biseps.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI