Zaman sekarang semua orang berlumba-lumba untuk menjadi no 1 atau teratas dalam class atau peperiksaan. Tapi tahu tak anda, bahawa sebenarnya tidak semstinya jika ada bagus dalam peperiksaan bermakna korang bijak dan ber-IQ tinggi.
Nak tahu korang ber-IQ tinggi atau tidak, cuba tengok ada tak cirri-ciri di bawah. Berikut merupakan ciri-ciri unik orang yang ber-IQ tinggi.
1. Suka tersenyum sendirian
Bukannya kerana mereka ini gila ataupun mengalami masalah mental. Sebaliknya, mereka tersenyum apabila terkenangkan kisah-kisah lucu yang bermain di dalam fikiran mereka.
2. Mudah untuk berasa bosan
Salah satu ‘keburukan’ memiliki tahap IQ yang tinggi adalah mudah untuk berasa bosan. Punca mudah saja kerana mereka ini mudah untuk menyelesaikan masalah, teka-teki dan lain-lain.
3. Orang ber-IQ tinggi tidak suka jadi terkenal
Orang ber-IQ tinggi jumlah kecil dan tidak ramai. Ketinggian tahap IQ mereka ini membuatkan mereka sukar untuk bergaul dengan orang ramai dan sekaligus membuatkan mereka tidak dikenali ramai.
4. Suka tidur lewat malam
Semakin tinggi tahap IQ seseorang, semakin banyak kawasan di otak mereka yang aktif dan sekaligus membuatkan mereka mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam.
5. Dilihat aneh
Sering dilihat aneh ataupun dipanggil freak adalah ciri-ciri mereka yang ber-IQ tinggi dan ini sekaligus membuatkan mereka sukar untuk diterima oleh masyarakat sekeliling mereka.
6. Confident level yang tinggi
Sekiranya diperhatikan, orang yang ber-IQ tinggi lebih suka untuk memakai sesuatu yang simple dan mudah. Puncanya bukanlah disebabkan mereka tidak memiliki citarasa fesyen yang tinggi, sebaliknya ini disebabkan oleh confident level mereka yang tinggi.
7. Sukar untuk menghargai orang lain
Antara ‘masalah’ lain untuk mereka yang ber-IQ tinggi adalah perasaan kurang untuk menghargai orang lain. Mungkin disebabkan oleh perasaan diri mereka yang sentiasa betul dan benar, manakala orang lain sentiasa salah.
8. Sukar untuk dipengaruhi
Mereka yang ber-IQ tinggi sangat sukar untuk dipengaruhi oleh orang lain. Sekali mereka sudah tetapkan keputusan, ianya selalu akan kekal tanpa apa-apa perubahan.
9. Suka bercakap sendirian
Sering bercakap sendirian? Jangan khuatir, ianya mungkin tanda-tanda anda adalah seorang yang ber-IQ tinggi tanpa anda sedari.
10. Berbicara di dalam bahasa yang mudah
Salah satu cara untuk mengelpasti ciri-ciri orang yang ber-IQ tinggi adalah melalui cara mereka bercakap. Orang yang ber-IQ tinggi lebih cenderung untuk bercakap di dalam bahasa yang mudah dengan nada yang jelas. Tujuannya mudah, untuk memudahkan orang lain faham.
Sumber : Taikotai