Stres boleh dialami apabila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat.
Jika anda fikir stres hanya menyerang orang dewasa, tanggapan anda silap kerana stres juga boleh dialami oleh kanak-kanak, golongan remaja dan warga emas.
Secara umumnya, tahap stres seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi.
Begitu juga dengan tanda-tanda stres, ia juga tidak sama antara seorang individu dengan individu yang lain.
Jadi untuk mengenalpasti sama ada anda sedang mengalami fizikal stres, semak 10 tanda-tanda yang dikongsikan Public Health Malaysia ini.
Jika ada tanda-tanda, tiba masanya untuk anda tenangkan diri dan berehat!
Pada permulaan, stress membantu anda untuk fokus, lebih bertenaga dan lebih alert. Contohnya semasa menghadapi peperiksaan, stress membantu untuk anda lebih belajar dengan lebih tekun.
Tetapi dalam keadaan yang berterusan, ia bukanlah sesuatu yang baik untuk tubuh anda. Sekiranya stress berpanjangan, anda akan mula mengalami gejala gejala fizikal seperti sakit kepala, sakit tengkuk dan bahu, tegang otot dan sakit pinggang.
Sekiranya anda berada dalam keadaan stress dan mula alami gejala seperti ini, ia adalah tanda untuk anda mula berehat dengan seberapa segera!
Jagalah kesihatan fizikal dan mental dengan baik untuk kehidupan lebih cemerlang!