Water photo created by freepik - www.freepik.com

Bagi anda yang berdit dan ingin menurunkan berat badan, antara perkara yang paling sukar ditinggalkan ialah air manis atau minuman bergula. Berpantang makan makanan kurang berkhasiat atau makanan segera pun tidaklah sesukar meninggalkan minuman begula.

Ramai mungkin kurang sedar betapa elok dan baiknya minum air kosong dalam kehidupan seharian. Bukan sahaja selepas makan tapi amalkan minum air kosong pada waktu-waktu tettentu atau selepas melakukan akvititi.

Jadi anda mungkin tertanya-tanya apakah tabiat minum akir kosong yang baik. Penting untuk anda tahu aturan waktu mengamalkan minum air kosong agar lebih berkesan untuk anda turunkan berat.

Ikuti perkongsian MASKULIN tentang 10 amalan minum air kosong yang baik.

BACA: Patutlah Wajah Awet Mudah & Badan Sihat, Rupanya Rajin Minum Air Selepas Bangun Tidur!

1. Selepas bangun tidur

Sebaik sahaja bangun tidur setiap hari, minumlah 250ml air putih ketika perut anda masih kosong. Ia baik untuk menyingkirkan toksin dari badan sepanjang anda tidur malam. Malah, minum air putih ketika perut kosong juga dapat meningkatkan metabolisme badan untuk menyerap nutrisi dan membantu sistem pencernaan yang baik.

IKLAN

2. Sejam sebelum sarapan

Ambillah air putih sebanyak 250-500ml sekitar satu jam sebelum anda ingin bersarapan. Ia akan membantu menyediakan sistem pencernaan untuk menyerap nutrisi dari makanan yang anda akan makan.

3. Selepas minum teh atau kopi

Selepas sahaja anda habis minum secawan teh atau kopi, segeralah minum air putih segelas. Kopi dan teh bersifat diuretik di mana ia akan membuatkan anda ingin terus membuang air kecil. Bagi mengelakkan badan anda dehidrasi akibat kencing yang kerap, pengambilan air putih akan menggantikan jumlah cecair dalam badan anda yang telah keluar.

Water photo created by rawpixel.com – www.freepik.com

4. 30 minit sebelum makan

Anda juga digalakkan untuk minum air putih paling kurang dua gelas 30 minit sebelum makan sama ada makan tengah hari atau malam. Ini akan membantu anda rasa lebih kenyang dan jumlah makanan yang masuk ke dalam badan anda akan berkurangan. Bukan itu sahaja, minum sebelum makan akan melembapkan lapisan perut, selain membantu mengurangkan rasa ketidakselesaan semasa anda makan.

5. Ketika rasa lapar

Apabila perut anda rasa lapar dan anda ingin mengunyah sesuatu, ajar diri anda untuk minum segelas air. Air putih akan membuatkan perut anda rasa lebih kenyang sehingga anda tidak terasa untuk makan atau mengunyah.

IKLAN

6. Sebelum bersukan

Sebelum melakukan apa jua sukan, anda dinasihatkan untuk minum air putih terlebih dahulu. Ini akan membantu tubuh anda terhidrasi dengan baik dan peredarannya lebih lancar

7. Selepas bersenam

Selepas bersenam, pasti anda rasa dahaga kerana peluh banyak keluar. Jadi minumlah banyak air untuk menggantikan cecair badan yang hilang. Jumlah air yang anda minum bergantung kepada berat badan, keadaan kesihatan dan suhu alam sekitar anda ketika itu. Namun jangan tergesa-gesa minum air kerana ia boleh menyebabkan berlakunya kekejangan pada perut.

People photo created by aleksandarlittlewolf – www.freepik.com

BACA: Siapa Sangka Minum Air Kosong Boleh Bantu Singkirkan Toksin & Banyak Lagi Faedah Lain

IKLAN

8. 2 jam sebelum tidur malam

Dua jam sebelum tidur, minumlah air putih sebanyak 300-600ml bagi memulihkan tenaga yang telah hilang daripada aktiviti seharian anda. Malah minum air putih juga akan membantu meningkatkan proses metabolisme yang menyebabkan tubuh badan dapat membakar lebih banyak kalori.

9. Minum 4 liter sehari

Ketika anda membuat proses diet, minumlah sekitar 4 liter air putih sehari. Ia akan melunturkan lemak dan membuang toksin dari tubuh, selain mempercepatkan lagi berat anda turun.

10. Lakukan detoks air

Detoks air merupakan diet air yang berkesan untuk menurunkan berat badan dengan cepat. Campurkan air putih dengan hirisan lemon atau buah-buahan lain membuatkan anda kekal segar dan sihat dengan detoks daripada bahan-bahan semula jadi ini.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk content menarik seperti di bawah!