“Muka saja handome tapi tak pandai bergaya”
Ayat di atas itu selalu kita dengar bukan sahaja dari mulut lelaki tetapi juga wanita. Tapi mengapakan ia sering dilontarkan sebegitu rupa. Adakah fesyen ini terlalu penting untuk menonjolkan sisi seorang lelakiyang kacak.
Sebenarnya gaya itu hanya melengkapi seorang lelaki dalam menyerlahkan personaliti mereka. Tidak salah untuk berfesyen dalam apa jua pengaruh gaya namun biarlah ia sesuai dan tidak dilakukan dengan cara yang salah.
MASKULIN ingin kongsi bagaimana anda seorang lelaki boleh tampil jauh lebih bergaya dan kacak dengan tidak melakukan 10 perkara yang kami kongsi di bawah.
1. Lengan baju menutup jam tangan
Jam itu merupakan mahkota bagi tangan lelaki. Jadi mengapa anda mahu menyorok mahkota tersebut? Jika tampil kasual dengan kemeja, lipatlah sedikit lengan baju agar jam tangan kelihatan. Bukan sahaja ia memudahkan anda melihat waktu malah penam,pilan anda juga akan jadi jauh lebih macho.
2. T-shirt bercetak
Jika anda memakai jaket elak memakai t-shirt yang mempunyai corak. Ketahulila bahawa t-shirt bercetak besar merupakan trend ketinggalan zaman. Cuba bayangkan bagaimana James Dean tampil berpakaian. Ringkas, klasik dan kacak!
3. Kemeja-T berlengan besar dan labuh
Memakai kemeja-T berlengan besar dan labuh adalah memburukkan penampilan anda. Pilih lengan t-shirt yang sesuai dengan diri anda. Jangan merosakkan penampilan anda.
4. Memakai tali pinggang dan suspender
Tali pinggang dan pendakap suspender perlu secara berasingan dan tidak seharusnya dipakai bersama. Pilih salah satu dan bukan pakai kedua-duanya sekali gus. Kedua-dua aksesori ini mempunyai fungsi sama jadi kenapa nak pakai kedua-duanya sekali.
5. Baju berkedut
Ya memang agak melecehkan bila kena iron baju. Namun jadikanlah ia tabiat yang menjadi keutamaan bila anda ingin tampil ke luar dan bergaya. Pakaian berkedut hanya menonjolkan sisi selekeh dan membuatkan anda nampak seolah-olah sebagai seorang pemalas.
6. Saiz yang salah
Jika anda hendak membeli apa jua pakaian seperti baju, sut atau kasut sekalipim usahlah pakai yang terlalu besar atau kecil. Pastikan saiznya bersesuaian dengan bentuk badan anda.
7. Buka sedikit butang
Apabila memakai sut atau jaket, jangan butang kesemua lubang melainkan ia hanya mempunyai satu butang. Atau hanya biar butang bawah sekali dibuka dan jangan lupa buka kesemua butang apabila anda duduk.
8. Baju ke dalam seluar
Masih ramai lelaki yang memakai kemeja tanpa memasukkannya ke dalam seluar. Tidak kira apa warna baju kemeja itu, coraknya, atau sama ada berlengan panjang atau pendek – jika anda bukan berusia 13 tahun ke bawah, anda harus memasukkan kemeja anda ke dalam seluar. Ia akan membuat anda kelihatan lebih kemas dan menarik. Melainkan anda menggayakan kemeja seperti flanel atau bercorak seperti tema Hawaii atau tye dye.
9. Poket kembung
Tiada ada yang lebih buruk daripada melihat pakaian yang cantik dan elegan tetapi diburukkan dengan poket yang terbonjol. Sebagai peraturan, lelaki biasanya membawa kunci, telefon bimbit, dan dompet dalam poket mereka.
Sekiranya poket jaket atau kot anda tidak mempunyai tempat untuk barang-barang ini, letakkan barang-barang keperluan anda di dalam clutch bag.
10. Hanya memakai sut hitam setiap hari
Sut berwarna hitam selalunya sesuai dipakai untuk majlis pengebumian. Anda boleh mencuba untuk memakai sut berwarna lain selain hitam, warna yang sesuai dengan penampilan anda. Walau bagaimanapun, jangan membeli sut yang diperbuat daripada kain berkilat.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI