10 Sneakers Paling Mahal & Bernilai Sepanjang 2018

Share

Rasanya tak sempurna jika seorang lelaki tak memiliki sekurang-kurangnya sepasang sneakers. Jika dulu ia digunakan untuk pelbagai aktiviti suka seperti bola keranjang dan berlari kini sneakers menjadi salah satu aksesori penting seorang lelaki menyerlahkan personaliti mereka.

Setiap tahun pelbagai sneakers berbeza membanjiri pasaran dan setiap kali itu jugalah trend berubah. Bercakap tentang nilai pasaran sneakers ia kini umpama bermain saham. Sekejap naik dan sekejap turun. Tiada siapa yang boleh predict sneakers yang manakah akan jadi hype atau tidak.

Sepanjang 2018 jenama-jenama pengeluar sneakers terutamanya the big player seperti Nike dan Adidas memperkenalkan pelbagai model istimewa termasuklah siri kolaborasi mereka dengan artis, pereka fesyen mahupun jenama lain.

Baru-baru ini StockX yang dikenali sebagai antara laman sesawang reseller sneakers antarabangsa menyenaraikan 10 sneakers paling mahal dan bernilai sepanjang tahun 2018.

10. Air Jordan V Retro ‘Paris Saint-Germain’ (Friends & Family)


Nilai pasaran: USD2,188 (RM9,158)

Projek kolaborasi jenama Jordan bersama kelab bola sepak tersohor Perancis menyaksikan lahirlah sneakers ini. Koleksi utamanya menyaksikan jersi, bola dan pelbagai merchandise lain. Namun koleksi ini paling istimewa kerana keluaran terhad dan bukan untuk dijual. Ia hanya dikeluarkan untuk friends and family sahaja.

9. Adidas Futurecraft 4D (Friends & Family)

Nilai pasaran: USD2,364 (RM9,894)

Sebuah lagi inovasi teknologi kasut Adidas ternyata mendapat sambutan cukup hebat di kalangan penggemar sneakers. Seperti biasa koleski FNF pastinya sangat terhad. Dan sebab itulah harganya memang boleh buat kita rasa macam nak jual buah pinggang sendiri.

8. Air Jordan III Retro Quai54 2018 (Friends & Family)

Nilai pasaran: USD2,555 (RM10,694)

Kerjasama selama 15 tahun jenama Jordan dengan Quai54 telah menyaksikan banyak sneakers istimewa telah dihasilkan. Tapi ini adlaah yang paling eksklusif dan ia pertama kali dilihat dipakai oleh Justin Timberlake.

7. Parra x Nike Air Max 1 2018 (Friends & Family)

Nilai pasaran: USD2,772 (RM11,602)

Tak dapat dinafikan ini adalah antara model Air Max 1 paling cantik pernah dihasilkan. Kolaborasi Nike dengan Pet Parra, pereka berasal dari Belanda ini menyaksikan hasil yang cukup hebat! Tak hairanlah harganya sangat bernilai.

BACA: 5 Tip Berfesyen Santai Dengan Santai Tapi Masih Stylo Dengan Gaya Jalanan

6. Air Jordan V ‘Fresh Prince; (Friends & Family)

Nilai pasaran: USD3,500 (RM14,649)

Sebagai tribute kepada Will Smith dan program TV yang mempopularkan dirinya iaitu ‘Fresh Prince of Bel-Air’, Nike memperkenalkan Jordan V istimewa ini. Untuk jualan umum Nike mengeluarkan warna ungu tetapi edisi terhad ini pula berwarna kuning. Sebanyak 23 pasang sahaja dihasilkan menerusi raffle yang dijalankan Nike. Pemenang juga dapat bertemu dengan Will Smith.

5. Air Jordan III Retro UNC PE

Nilai pasaran: USD3,800 (RM15,905)

Pada tahun 2017, Tat Heels turut menyertai jenama Jordan dan mula mendapat sneakers istimewa mereka. Kerjasama unik ini menjadikan ia sebagai antara yang tebaik pernah dilakukan oleh jenama Jordan.

4. Undefeated x Nike Kobe 1 Protro ‘Flight Jaket’

Nilai pasaran: USD4,123 (RM17,257)

Dilaporkan hanya 10 pasang sahaja pernah dihasilkan, Jadi tidak hairanlah harganya memang sangat tinggi dan dianggap sangat bernilai terutamanya di kalangan sneakerhead. Kesemua kasutnya yang dihasilkan dijual menerusi sistem raffle dan hanya yang bertuah dapat memilikinya.

3. Collette x Air Jordan 1 Retro High (Friends & Family)

Nilai pasaran: USD4,539 (RM18,998)

Dianggap sebagai jenama kasut gergasi dari Perancis, Collette telah melakukan kolaborasi yang mampu membuat sneakerhead makan tak kenyang dan mandi tak basah dengan pengenalan Collete x Air Jordan 1 Retro.

2. Adidas Pharrell NMD Hu China Pack (Friends & Family)

Nilai pasaran: USD4,911 (RM20,555)

Tahun ini menyaksikan nilai pasaran Adidas NMD menjunam jatuh dengan teruk dek pengeluaran tanpa had oleh Adidas. Namun, Adidas NMD Hu yang merupakan kolabrosai bersama rapper, Pharrell Williams masih lagi popular. Sneakers menduduki tangga kedua ini yang dikeluarkan eksklusif di China dan hanya terdapat 300 pasang sahaja. Dengan populasi sangat tinggi di China ia umpama memenangi cabutan loteri untuk mendapatkannya.

1. Undefeated x Nike Kobe 1 Proto ‘Purple’ (Friends & Family)

Nilai pasaran: USD5,150 (RM21,556)

Ya, bro sekalian. Inilah sneakers yang paling mahal dan mempunyai nilai paling tinggi sepanjang tahun 2018. Nike Kobe 1 Proto hasil kolaborsai bersama jenama streetwear Jepun iaitu Undefeated ini hanya boleh didapati di Hong Kong. Dan ia dilaporkan memang sangat susah untuk didapati di pasaran.

Published by
Farizul Izwany