Ramai yang berkata susahnya nak kurus dan bakar lemak. Benar, lebih-lebih lagi orang zaman kita sekarang ini terlalu sibuk dengan kerjaya.
Menerusi entri ini Maskulin ingin berkongsi 10 senaman ringkas yang boleh anda lakukan bila-bila masa demi kesihatan tubuh badan anda.
Jika selama ini sering naik lif ke tingkat atas pejabat anda. Apa kata kali ini tukar dengan cara naik dan turun tangga pula.
Berdiri memang boleh buatkan anda kurus kerana memerlukan tenaga yang banyak namun efisien. Berdiri dan berjalanlah ke hulu dan ke hilir.
Sambil duduk di atas kerusi, buat sit up. Rapatkan kaki dan capaikan hujung jari ke lantai berulang-ulang kali. Rasa tegang tak perut?
Jika anda duduk berdekatan dengan meja, anda boleh gunakan meja sebagai penahan untuk anda melakukan plank. Macam-macam cara plank yang boleh dilakukan dengan cara mudah untuk bakar lemak.
Beruntung kalau anda dapat meja yang paling hujung dan jauh dengan pantri. Pergilah ke pantri dan minum air masak banyak-banyak kemudian pulang ke meja anda. Buat amalan ini paling kurang dua jam sekali.
Berhati-hatilah namun anda boleh melompat menyusuri anak tangga. Selain melancarkan aliran darah dalam tubuh dan kuatkan jantung, ia memang boleh bakar lemak.
Sambil-sambil nak mandi, buat larian setempat dalam bilik air selama 5 minit atau buat sahaja kiraaan sampai 100 langkah. Bestkan exercise sambil kena air?
Sambil tunggu masa nak buang air besar, anda boleh memanfaatkan masa itu untuk bersenam. Genggam tangan anda dan gerakkan siku anda ke sebelah kiri dan kanan sehingga dada menyentuhi peha anda.
Rajin-rajin bantu isteri sidai kain kerana ia mengandungi step senaman yang bagus seperti bongkok dan bangkit. Sebab itu kalau sesiapa jarang buat tiba-tiba rasa sakit pinggang, bermakna proses itu sedang menjadi.
Kalau anda pernah buat dua-dua kerja ini, pasti anda dapat merasakan peluh yang mengalir keluar. Percayalah kerja sedemikian juga merupakan salah satu senaman yang boleh dilakukan secara tidak langsung.
Apa-apa pun kesemua senaman ringkas ini bergantung kepada anda. Kalau dah bagi yang ringkas dan mudah pun tak boleh buat, simpan cita-cita nak buat yang lebih berat.
Kalau nak lebih mencabar, cuba cari anjing gila dan kacaulah haiwan itu sehingga dia kejar anda. Pasti lemak banyak terbakar. Sekadar gurauan!