Ramai yang berkata susahnya nak kurus dan bakar lemak. Benar, lebih-lebih lagi orang zaman kita sekarang ini terlalu sibuk dengan kerjaya.
Menerusi entri ini Maskulin ingin berkongsi 10 senaman ringkas yang boleh anda lakukan bila-bila masa demi kesihatan tubuh badan anda.
1. Turun naik tangga
Jika selama ini sering naik lif ke tingkat atas pejabat anda. Apa kata kali ini tukar dengan cara naik dan turun tangga pula.
2. Berdiri lama-lama
Berdiri memang boleh buatkan anda kurus kerana memerlukan tenaga yang banyak namun efisien. Berdiri dan berjalanlah ke hulu dan ke hilir.
3. Sit up dari kerusi
Sambil duduk di atas kerusi, buat sit up. Rapatkan kaki dan capaikan hujung jari ke lantai berulang-ulang kali. Rasa tegang tak perut?
Ads
4. Plank guna meja
Jika anda duduk berdekatan dengan meja, anda boleh gunakan meja sebagai penahan untuk anda melakukan plank. Macam-macam cara plank yang boleh dilakukan dengan cara mudah untuk bakar lemak.
5. Berjalan ke pantri
Beruntung kalau anda dapat meja yang paling hujung dan jauh dengan pantri. Pergilah ke pantri dan minum air masak banyak-banyak kemudian pulang ke meja anda. Buat amalan ini paling kurang dua jam sekali.
6. Lompat di tangga kecil
Berhati-hatilah namun anda boleh melompat menyusuri anak tangga. Selain melancarkan aliran darah dalam tubuh dan kuatkan jantung, ia memang boleh bakar lemak.
Ads
7. Berlari setempat dalam bilik air
Sambil-sambil nak mandi, buat larian setempat dalam bilik air selama 5 minit atau buat sahaja kiraaan sampai 100 langkah. Bestkan exercise sambil kena air?
8. Senaman pinggang
Sambil tunggu masa nak buang air besar, anda boleh memanfaatkan masa itu untuk bersenam. Genggam tangan anda dan gerakkan siku anda ke sebelah kiri dan kanan sehingga dada menyentuhi peha anda.
9. Sidai kain
Rajin-rajin bantu isteri sidai kain kerana ia mengandungi step senaman yang bagus seperti bongkok dan bangkit. Sebab itu kalau sesiapa jarang buat tiba-tiba rasa sakit pinggang, bermakna proses itu sedang menjadi.
Ads
10. Bertukang atau berkebun
Kalau anda pernah buat dua-dua kerja ini, pasti anda dapat merasakan peluh yang mengalir keluar. Percayalah kerja sedemikian juga merupakan salah satu senaman yang boleh dilakukan secara tidak langsung.
Apa-apa pun kesemua senaman ringkas ini bergantung kepada anda. Kalau dah bagi yang ringkas dan mudah pun tak boleh buat, simpan cita-cita nak buat yang lebih berat.
Kalau nak lebih mencabar, cuba cari anjing gila dan kacaulah haiwan itu sehingga dia kejar anda. Pasti lemak banyak terbakar. Sekadar gurauan!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selalunya telur separuh masak perlu direbus berapa minit?
CARA MEMASAK TELUR SETENGAH MASAK
Didihkan air di dalam periuk kecil di atas dapur api. Kuantiti air agak-agak telur boleh terendam sepenuhnya.
Setelah air betul-betul mendidih, matikan api dan masukkan telur (2 hingga 4 biji telur).
Mulakan kiraan dengan stopwatch. Boleh guna timer, jam atau apps stopwatch di handphone masing-masing. Biarkan rendaman telur selama 7 minit. (Nota : Maksimum 8 minit)
Setelah 7 minit, angkat dan buang air panas tersebut. Gantikan dengan air sejuk dan biarkan selama lebih kurang 1 minit untuk sejukkan telur (menghentikan proses telur masak).
Telur sudah sedia untuk dihidang. Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan tambahan sedikit garam, lada sulah mahupun kicap.
TIP KIRAAN MASA
Sebenarnya, kita boleh anggarkan sendiri bagaimana keadaan telur yang kita mahu. Bolehlah anda anggarkan masa untuk memasak telur mengikut selera anda.
2-3 minit untuk yang suka putihnya cair dan kenyal sedikit
4-5 minit putih dah mula kenyal tapi kuning masih cair
6-7 minit putih n kuning mula kenyal
8-10 minit telur dah mula masak
Lebih 10 minit dah keras
MEMBANTU PEMBENTUKAN OTOT
Pengambilan telur separuh masak membantu dalam membentuk otot tegap dan sangat elok untuk anda yang sedang berdiet. Kandungan nutrisi yang lengkap daripada telur separuh masak akan menjadikan otot anda kuat dan ‘berisi’.
MENURUNKAN BERAT BADAN
Telur mengandung asid amino yang sangat tinggi. Asid amino yang masuk ke dalam tubuh boleh diubah menjadi tenaga. Asid amino di dalam telur separuh masak juga mengandungi sumber tenaga yang jauh lebih baik, jika dibandingkan dengan protein dan boleh membantu anda untuk kenyang lebih lama.
MENGUATKAN DAYA INGATAN
Dua biji telur separuh masak merupakan sumber ‘choline’ yang sangat tinggi. ‘Choline ‘adalah unsur yang sangat baik dan boleh meningkatkan kapasiti memori di dalam otak seseorang.
MENCEGAH PENUAAN
Telur separuh masak merupakan seumber ‘lutein’, ‘carotenoid’ serta ‘zeaxanthin’ yang dapat membantu melindungi organ penglihatan daripada proses penuaan. Pengambilan telur separuh masak secara tetap boleh membantu tubuh, organ tubuh, serta fungsinya mengelak daripada proses kerosakan sel dan jaringan akibat penuaan.
MENCEGAH ANEMIA
Darah di dalam tubuh sangat, dan kekurangan darah boleh membuatkan anda mengalami anemia. Anemia ini juga terjadi jika tubuh kekurangan vitamin B12. Telur separuh masak boleh menjadi alternatif makanan untuk mengubati kekurangan darah.
BAIK UNTUK MATA
Vitamin A yang terkandung dalam telur separuh masak adalah salah satu vitamin yang dapat menjaga kesihatan mata. Vitamin A nya jauh lebih banyak, berbanding dengan telur yang direbus dan sebagainya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun ada yang mengatakan ia agak sukar untuk turun berat badan sebanyak 38 Kg dari 120Kg ke 82Kg, namun bagi tuan punya badan, ia bukan suatu yang mustahil.
Turun berat badan, semua orang boleh buat, namun yang berbeza adalah usaha kita untuk menurunkannya yang membezakan kita dengan orang lain.
Bagi Syafiq Nazmi, dia mengganggap makanan diet bukan sebagai makanan untuk diet, dia berjaya mengubah mindset dengan mengambil makanan tersebut sebagai makanan harian.
Mengimbau semula kenangan lama ketika berbadan besar, dia dahulu merupakan seorang yang gemar makan tidak tentu serta makan 3-4 kali sehari dengan hidangan yang banyak tanpa kawalan.
‘Saya rasa tidak selesa kerana banyak baju saya tidak lagi muat’, ujar pelajar kolej ini yang mana dia katakan ini adalah antara sebab dia ingin berubah serta berusaha menurunkan berat badan.
Tip pemakanan
Masa yang sama dia turut berkongsi antara hidangan diet yang dia amalkan seperti pada waktu pagi, dia makan nasi lemak dengan kadar 600Cal, diikuti tengahari nasi putih 280cal ayam rebus 160cal dan akhir sekali pada waktu malam makan Bee hoon sup 160 cal.
Apabila bertanya tentang perubahan fizikal badan, dia menyatakan bahawa ‘Saya mengambil masa 3 bulan untuk nampak perubahan yang ketara’, katanya.
Rancangan senaman
Selain itu, dia juga turut memperbanyakkan senaman berbentuk kardio, serta merancang untuk mempunyai berat badan 76 Kg walaupun ketika ini dia sudah bersyukur dengan berat yang dia sudah capai.
Sesiapa yang biasa melakukan senaman pagi pasti akan faham dengan aoa yang ingin MASKULIN perkatakan. Mempunyai rutin senaman yang baik terutamanya di waktu pagi mampu memberikan banyak kelebihan sama ada dari segi fizikal dan mental.
Senaman mudah yang dilakukan selama 20 minit boleh memberikan kesegaran kepada badan. Regangan otot yang anda lakukan membuatkan tubuh lebih segar dan bersdia untuk mengharungi hari yang panjang. Malah ia juga mampu membantu selera makan menjadi lebih baik.
Berikut beberapa rutin senaman boleh anda lakukan selama 20 minit setiap pagi sama ada di rumah, gym atau pun pejabat. Ayuh kita bersenam!
WALL SIT
Berdiri tegak dalam keadaan bersandar pada dinding
Turunkan badan sehingga lutut membengkok (seakan duduk di atas kerusi). Kedua belah tangan diletakkan rapat di atas dada.
Ulang semula sebanyak 20 kali
JUMPING JACKS
Berdiri tegak dalam posisi kaki dijarakkan sedikit. Tangan diluruskan dan diletakkan di sisi tubuh
Lompat dan pastikan kaki dibuka luas. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas kepala seakan menepuk tangan
Ulang semula sebanyak 20 kali
ABDOMINAL CRUNCH
Baring dalam posisi kepala diangkat sedikit. Lutut diangkat dan dibengkokkan. Tangan diluruskan ke hadapan selari dengan paha
Angkat badan ke hadapan setinggi yang mampu dan lutut serta kaki tidak diubah posisi seperti asal
Ulang semula sebanyak 15 kali
SQUAT
Berdiri tegak dan posisi tangan dirapatkan di sisi tubuh
Rendahkan badan (seakan posisi duduk di atas kerusi)
Badan dibawa ke hadapan sedikit serta tangan diluruskan ke hadapan
Ulang semula sebanyak 10 kali
HIGH KNEES RUNNING IN PLACE
Berdiri tegak dalam keadaan kaki dipijak secara menjengket. Lutut dibengkokkan dan paha diangkat separas pinggang
Ulang semula dengan kaki yang berlawanan. Lakukan sebanyak 20 kali
PUSH-UP ROTATION
Meniarap dalam posisi tekan tubi
Pusingkan badan ke kiri dalam posisi tangan kiri diluruskan sambil menanggung beban tubuh. -Tangan kanan diluruskan ke atas
Ulang semula dalam posisi berlawanan. Lakukan sebanyak 5 kali
Selamat mencuba melakukan rutin senaman selama 20 minit ini bersama MASKULIN. Semoga ia memberikan manfaat agar kesihatan anda menjadi lebih mantap!
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN bagi update paling terkini dari kami!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.