Kita bakal menjalani Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu. Itu bukanlah satu tempoh masa yang sekejap.
Sebarang aktiviti senaman luaran mahupun di premis seperti gimnasium tidak dibenarkan sama sekali.
Jadi adakah itu bermakna kita tidak akan bersenam selama dua minggu? Tidak, jangan jadi begitu ya wahai saudara sekalian. Tahukah anda selama dua minggu tanpa senaman dan asyik makan sahaja badan anda boleh naik dengan cepat.
Jangan jadikan tempoh ini sebagai alasan untuk anda mengabaikan ruti senaman harian. Institut Sukan Negara menyedari peranan mereka sebagai antara organisasi yang sentiasa menganjurkan dan mempromosikan gaya hidup sihat.
Melihatkan keadaan semasa ISN telah mencadangkan beberapa jenis senaman mudah yang semua orang boleh lakukan hanya di rumah sahaja.
Paling penting semasa melakukan senaman pastikan bernafas dengan betul dan ada air untuk elakkan berlakunya dehidrasi. Berikut beberapa jenis senaman yang dicadangkan ISN.
Ads
1. JUMPING JACKS
2. WALL SITS
3. PUSH UP
4. ABDOMINAL CRUNCH
Ads
5. STEP UP ON CHAIR
6. SQUATS
7. TRICEPS DIP ON CHAIR
8. PLANK
Ads
9. HIGH KNEES RUNNING
10. LUNGES
Bagi anda yang tidak biasa bersenam boleh memilih melakukan beberapa jenis senama selama 10 ke 15 minit. Manakala bagi anda yang mampu melakukan kesemuanya boleh cuba untuk tempoh 15 ke 30 minit.
Selamat mencuba dan mengharungi tempoh mencabar buat kita rakyat Malaysia. Stay fit, healhty and safe!
Sumber: Institut Sukan Negara (@isnmalaysia)
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seorang pelari dari Indonesia, Alfadistian Rahman Hakim mencuri tumpuan ramai apabila berjaya menamatkan acara Surabaya Orthopedic Half Marathon sejauh 21 kilometer hanya dengan memakai sepasang selipar Jepun yang dipercayai harganya adalah bernilai kurang daripada RM5 sahaja.
Alfadistian yang juga merupakan seorang pempengaruh dari negara jiran, tampil berbeza dengan selipar ringkasnya.
Namun berjaya membuktikan kepada orang ramai bahawa semangat dan ketekunan lebih penting daripada peralatan mewah.
“Di jalanan, tiada siapa yang peduli tentang jenama kasut yang kita pakai. Satu-satunya yang mereka ingin tahu adalah sama ada anda akan menamatkan larian atau menyerah kalah,” tulisnya di Instagram baru-baru ini.
Walaupun tidak menggunakan kasut larian berjenama mahal, Alfadistian berjaya mencatat masa 1 jam 53 minit dengan pace 5:24/KM.
Ia merupakan satu pencapaian yang sangat baik untuk seorang pelari biasa apatah lagi dengan hanya berselipar jepun.
“Kasut mahal mungkin boleh buat kau tinggi hati, tapi dengan selipar ini boleh mengingatkanmu untuk tetap membumi. Garis penamat kita semua sama sahaja, rasa letih pun sama, tetapi rasa bangga kita berbeza,” tambahnya.
Apa yang dilakukan oleh Alfadistian mengingatkan kita kepada kisah-kisah luar biasa lain yang pernah mencuri perhatian.
Sebelum ini, seorang pemuda OKU penglihatan juga mencipta detik bersejarah apabila berjaya menamatkan larian sejauh 21KM bersama rakan baiknya.
Tanpa deria penglihatan, namun dengan bantuan seorang pacer dan semangat yang tak pernah padam, dia membuktikan bahawa batas fizikal bukan penghalang untuk melangkah ke garisan penamat.
Ini jelas menunjukkan bahawa daya tahan mental dan jiwa yang cekal jauh lebih penting daripada apa yang dapat dilihat dengan mata kasar.
Dua insan ini berbeza latar belakang, tetapi berkongsi satu nilai yang sama iaitu keberanian untuk terus melangkah, walau apa jua cabaran di hadapan.
Selipar Jepun itu mungkin tampak remeh di mata sesetengah orang tetapi tidak di mata Alfadistian.
Namun, dalam langkah-langkah kecil yang diambil Alfadistian sepanjang 21KM itu, terselit mesej besar bahawa keaslian, kejujuran dan semangat tidak boleh dibeli.
Setiap lelaki ada titik perubahan dalam hidupnya. Bagi pertahanan muda skuad Harimau Malaya, Richard Chin, detik itu hadir pada November tahun lalu apabila beliau nekad melafazkan Syahadah dan memeluk Islam.
Keputusan besar itu diambil kira-kira 10 bulan sebelum dirinya menerima panggilan bersejarah menyarung jersi skuad kebangsaan. Bukan sekadar memilih agama, tetapi sebuah transformasi hidup yang menjadikannya lebih bersemangat dan berdisiplin.
Dalam temu bual eksklusif bersama wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, pemain kelahiran England berusia 22 tahun ini berkongsi perasaan selepas bergelar Muslim:
“Saya melafazkan Syahadah untuk menerima Islam pada November tahun lalu. Alhamdulillah, saya amat gembira untuk kini menjadi seorang Muslim. Sudah pasti di sini saya dapat banyak sokongan daripada peminat sepanjang dua tahun lalu, ia memberikan saya motivasi besar untuk bermain buat negara ini. Memandangkan ini negara Muslim, ia menjadi lebih baik.”
Bagi Richard, Malaysia bukan sekadar tanah warisan, tetapi juga tempat terbaik untuk berkembang sebagai seorang Muslim dan pemain bola sepak profesional. Sokongan peminat serta suasana majoriti Muslim di negara ini memberi semangat tambahan buat dirinya.
Richard Chin pilih untuk menjadi muslim November tahun lalu, 10 bulan sebelum mendapat panggilan skuad kebangsaan bagi aksi persahabatan dnegan Singapura & Palestin baru baru ini pic.twitter.com/AmrHGPNIdT
Lebih menarik, Richard membuat penampilan sulung bersama Harimau Malaya dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang Palestin baru-baru ini. Masuk pada minit ke-79 menggantikan Quentin Cheng, beliau membantu pasukan mengekalkan kelebihan satu gol hasil jaringan awal Joao Figueiredo sehingga tamat perlawanan.
Kisah Richard ini membuktikan bahawa kekuatan seorang lelaki bukan sahaja diukur melalui fizikal dan prestasi di padang, tetapi juga pada keberanian membuat keputusan yang mengubah seluruh hidup. Inilah cerminan maskulin sebenar – berani mencari kebenaran, teguh dengan pendirian, dan bersedia berjuang untuk agama serta negara.
Mesti kita pernah alami rasa kebas atau sakit pada tapak tangan. Namun percayalah, ramai yang tidak mengendahkan rasa sakit pada tapak tangan itu kononnya ia hanyalah sakit biasa atau salah urat.
Namun dalam tak sedar, sebenarnya ada beberapa signal pada tapak tangan yang boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan.
Jadi, jangan sesekali mengabaikan apa jua signal pada tapak tangan anda. Bimbang jika dibiarkan, ia boleh mengganggu masalah kesihatan anda di kemudian hari.
Ini merupakan tujuh signal pada tapak tangan yang boleh dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan.
Mengangkat barang yang berat menggunakan tangan dalam keadaan yang tidak selesa boleh menyebabkan tekanan pada saraf yang terletak berdekatan dengan permukaan kulit. Kesannya boleh menyebabkan berlakunya denyutan pada kesemua jari.
Apa yang perlu dilakukan: Pastikan anda mendapat tidur dan rehat yang secukupnya, selain melakukan urutan untuk melegakan keletihan.
Apabila badan kekurangan vitamin tertentu seperti vitamin E, B1, B6, dan B12 boleh menyebabkan berlakunya denyutan pada jari tangan kiri atau jari kaki kiri.
Apa yang perlu dilakukan: Ambil sumber makanan yang mengandungi vitamin-vitamin ini untuk keperluan tubuh badan. Jika anda ingin mengambil vitamin tambahan, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi menentukan dos yang betul.
Masalah tulang belakang boleh dikaitkan dengan jari manis dan anak jari pada tangan kiri. Ini disebabkan oleh terlalu banyak tekanan pada saraf yang dihubungkan dengan tulang belakang.
Apa yang perlu dilakukan: Regangkan bahagian belakang anda sebanyak yang mungkin dengan melakukan beberapa aktiviti sihat seperti yoga, gimnastik, berenang atau senaman ringan. Elakkan daripada duduk yang terlalu lama tanpa sebarang regangan badan.
Sindrom Carpal Tunnel boleh dikenalpasti melalui ibu jari, jari tengah dan jari telunjuk. Jenis penyakit saraf ini terjadi kesan daripada himpitan saraf median pada pergelangan tangan yang berlaku berulang-kali dalam tempoh yang lama disebabkan oleh pekerjaan atau gaya hidup seseorang.
Apa yang perlu dilakukan: Lakukan senaman regangan yang mudah pada tangan untuk mencegah penularan sindrom Carpal Tunnel.
Rasa kebas pada jari tangan kanan boleh berpunca daripada tekanan pada permukaan urat saraf atau trauma pada tangan atau sendi bahu. Denyutan pada tangan kanan boleh juga disebabkan oleh penyakit kardiovaskular tertentu, yang mempunyai kesan ke atas aliran darah ke bahagian kaki.
Apa yang perlu dilakukan: Lakukan aktiviti berjalan kaki pada kadar yang sederhana atau lakukan senaman gimnastik untuk memperbaiki kesihatan pada saluran darah kaki anda.
Penyakit ini sering terjadi kepada perokok tegar. Aliran darah yang mengalir dalam saraf terhalang oleh nikotin, seterusnya membawa kepada kekurangan mineral dalam badan. Ini menyebabkan rasa kebas yang dimulai dengan jari seterusnya pada keseluruhan lengan.
Apa yang perlu dilakukan: Tidak ada cara untuk menyembuhkan penyakit ini secara sepenuhnya.
Salah satu petanda awal penyakit diabetes ialah rasa denyutan yang bermula dari bahagian tapak kaki sehingga ke bahagian lengan. Ini terjadi kerana berlakunya pengurangan aliran darah pada beberapa bahagian badan, selain kerosakan pada hujung saraf.
Apa yang perlu dilakukan: Diabetes tahap 1 boleh dirawat dengan bantuan suntikan insulin. Manakala diabetes tahap 2 pula sering dikaitkan dengan amalan diet yang tidak sihat. Sebaiknya lakukan ujian darah dan berjumpalah dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.
Sumber: Brightside
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.