Pekara yang menjadi debat sejak industri telefon pintar menjadi sebuah komoditi mampu ilik oleh marhaen seluruh dunia.

Pada suatu ketika dahulu memiliki telefon pintar merupakan satu simbol kemewahan buat ramai orang kerana harganya yang sangat tinggi.

10 Sebab Mengapa Ramai Pengguna Pilih iPhone Berbanding Android

Tak dapat dinafikan kemunculan iPhone pertama tahun 2007 telah mengubah lanskap cara manusia berhubung. iPhone juga dikatakan sebagai sebuah perantai yang telah mencorak budaya masyarakat moden masa kini.

Persaingannya dengan telefon pintar Adroind yang kini tidak kurag hebatnya menjadi satu medan yang cukup kompetitif. Tapi mengapakan ramai pengguna iPhone tetap setia dengan peranti yang dikeluarkan oleh Apple ini?

1. iMessage

10 Sebab Mengapa Ramai Pengguna Pilih iPhone Berbanding Android

Apple mempunyai sistem pesanan mesej yang mempunyai aplikasi pelbagai. Ia merupakan sebuah platform hubungan mesej bergambar, video dan mempunyai sokongan kepada banyak aplikasi yang terdapat di pasaran.

IKLAN

2. Air Drop

10 Sebab Mengapa Ramai Pengguna Pilih iPhone Berbanding Android

Perkongsian foto merupakan satu keperluan yang sangat penting buat pengguna peranti pada masa kini. Dengan adanya Air Drop, pengguna iPhone boleh berkongsi foto, dokumen, video dan pelbagai data lagi dengan cepat dan mudah. Tak perlu menggunakan mana-mana aplikasi lain hanya tekan dan hantar. Air Drop hanya boleh digunakan untuk kesemua peranti iOS sahaja.

3. Kamera

Ini satu ciri-ciri yang mungkin sedikit kontroversi dan dipersoalkan oleh pengguna Android. Walaupun begitu iPhone tidak pernah gagal memperkenalkan kamera yang baik. Bayangkan anda berada di majlis kenduri kahwin, pastinya kamera iPhone selalu menjadi pilihan ramai orang.

BACA: Elak Jadi Mangsa Scam, Ini Kerosakan Biasa iPhone Perlu Anda Tahu

IKLAN

4. Sokongan Aplikasi

Tak dapat dinafikan jika terdapat mana-mana aplikasi baru diperkenalkan ia akan tersedia buat pengguna iOS dahulu. Jika adan ingat Instagram pada suatu ketika dahulu hanya boleh digunakan oleh pengguna iPhone yang beroperasi menggunakan iOS. Malah banyak sokongan aplikasi di Apple Store lebih banyak tersedia berbanding Google Play. Namun kini Google Play sudah semakin kompetitif dan jurangnya sudah tidak terlalu jauh.

5. Aksesori

10 Sebab Mengapa Ramai Pengguna Pilih iPhone Berbanding Android

Di pasaran aksesori untuk iPhone memang sangat mudah didapati. Malah pilihan yang anda boleh pilih untuk iPone terdapat sangat banyak dengan pelbagai reka bentuk serta harga ditawarkan. Untuk casing sahaja terdapat ribuan rekaan untuk iPhone.

6. Sokongan Lama

Ini merupakan sangat penting bagi ramai orang yang ingat guna telefon pintar dalam jangka masa lama. Apple merupakan antara peneraju untuk sokongan peranti. Malah pengguna iPhone boleh menggunakan telefon pintar mereka selama 5 tahun. Kebiasaannya setiap vers iPhone mampu emnerima sokongan dan update terbaru selama sekurang-kurangnya 4 tahun.

IKLAN

7. Apple Watch

10 Sebab Mengapa Ramai Pengguna Pilih iPhone Berbanding Android

Trend penggunaan jam pintar seperti Apple Watch kini semakin popular. Ini terutamanya di kalangan lelaki yang mengamalkan gaya hidup sihat dan dalam pada masa yang sama inginkan pelbagai sokongan serta kemudahan pada jam mereka. Dengan menggunakan iPhone pengguna boleh mengakses dengan mudah tetapan serta data yang terdapat pada Apple Watch.

8. Pengalaman Konsisten

Ramai yang bertanya mengapa pengguna iPhone begitu setia. Salah satu sebabnya ialah penggunanya mendapat pengalaman yang sangat konsisten ketika menggunakan telefon pintar ini. Setiap kemaskini yang diterima juga sangat konsisten. Walaupun terdapat beberapa perubahn [ada setiap versui namun pengalamannya tidak jauh berbeza. Malah user interface juga tidak jauh berbeza sejak ia diperkenalkan.

9. Bateri

Pada masa kini Android juga mempunyai tawaran telefon pintar yang memiliki bateri tahan lama. Namun tak dapat dinafikan versi baru iPhone dikenali sejak dari dulu memiliki ketahanan bateri secara konsisten sejak beberapa versi sebelum ini.

10. Ekosistem Apple

10 Sebab Mengapa Ramai Pengguna Pilih iPhone Berbanding Android

Jawapan iniilah yang banyak muncul dari mulut ramai pengguna produk Apple. Jadi apakah yangh dimaksudkan dengan ekosistem Apple? Pengguna iPhone lebih cenderung memilih perantai lain yang turut dikeluarkan oleh Apple. Ini kerana ekosistem Apple cukup ekskulsif dan dibawah kawalan mereka. Berbeza dengan Android yang mempunyai ekosistem lebih terbuka atau open-source. Setiap perantai Apple boleh berinteraksi antara satu sama lain dengan sangat mudah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI