10 Petua Orang Dulu-dulu Ini Pun Mujarab Nak Hilangkan Parut Jerawat Tanpa Produk!

Share

Kehadiran parut jerawat boleh buat anda hilang keyakinan diri. Sesiapa pun akan malu jika muka penuh dengan parut jerawat. Nampak sangat seolah-olah anda tidak pandai menjaga kulit wajah.

Parut jerawat jika tidak dirawat dengan baik boleh meninggalkan kesan kehitaman. Kalau berkulit cerah, memang nampak sangat parut jerawat. Selain perubatan moden, banyak petua menggunakan bahan semula jadi boleh anda cuba untuk hilangkan parut jerawat.

Ini merupakan 10 petua menggunakan bahan semula jadi yang boleh membantu anda menghilangkan parut jerawat dengan selamat.

BACA: Petua Hilangkan Parut Jerawat Dalam 7 Hari, Wanita Ini Hanya Guna 3 Bahan Mudah!

1. Lidah buaya

Lidah buaya kaya dengan vitamin semula jadi yang membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut secara beransur-ansur. Ia bersifat lembut. Gunakan sedikit dahulu pada wajah kerana lidah buaya meninggalkan kesan sedikit gatal pada kulit. Daripada anda membeli di farmasi, lebih baik ada tanam sendiri kerana ia senang tumbuh. Bukan sahaja untuk kulit, lidah buaya juga bermanfaat untuk rambut.

Caranya: Potong lidah buaya dan ambil lendirnya. Sapukan pada parut jerawat secara perlahan-lahan. Biarkan lendir itu beberapa minit sehingga ia kering dan bilas dengan air.

2. Baking soda

Selain baking soda, ia juga dikenali dengan nama natrium bikarbonat. Bahan ini sentiasa ada di setiap rumah kerana ia banyak kegunaannya. Penggunaan baking soda akan menyerap ke dalam liang pori-pori kulit dan mengelakkan jerawat baru naik.

Caranya: Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air, pastikan jangan terlalu cair dan biarkan seperti pes. Lumurkan campuran ini pada parut jerawat. Selepas menggunakan baking soda, pastikan anda cuci muka mengguna moisturizer. Amalkan setiap dua hari sekali.

BACA: Tak Perlu Lagi Produk, Amalkan 5 Makanan ‘Superpower’ Ini Untuk Hilangkan Parut Jerawat!

3. Minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara ini memang lebih berkhasiat berbanding minyak kelapa biasa. Ini kerana cara penghasilan minyaknya tidak menggunakan haba.

Caranya: Titiskan minyak kelapa dara pada tapak tangan dan biarkan suhu badan anda memanaskannya. Urut perlahan-lahan muka anda dengan minyak terutamanya sekali pada parut jerawat. Ia boleh dibiarkan tanpa dicuci bagi membolehkan ia memulihkan kulit daripada parut jerawat. Namun jika anda rimas kulit muka berminyak, biarkan 30 minit sebelum membilasnya dengan pembersih muka.

4. Timun

Timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi, selain vitamin A, vitamin C dan magnesium yang sememangnya terbaik untuk kulit.

Caranya: Hiriskan timun segar dan tempekkan pada bahagian kulit muka yang berparut. Biarkan 30 minit, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut jerawat anda beransur hilang.

BACA: Wanita Ini Berjaya Hilangkan Blackhead & Parut Jerawat Guna 3 Produk Dari Drugstore Je!

5. Madu asli

Semua sedia maklum madu adalah raja segala makanan. Untuk melakukan petua ini pastikan anda cari madu lebah asli.

Caranya: Ambil sedikit dan urutkan pada kulit wajah. Jangan banyak kerana madu sedikt panas. Urut perlahan dan biarkan kering baru dibilas.

6. Lemon

Lemon adalah asid alfa hidroksil semulajadi, sejenis asid AHA yang fungsinya untuk membantu kulit baru tumbuh dan sebagai peluntur semula jadi yang bertindak untuk mengurangkan parut jerawat.

Caranya: Potong buah lemon kepada dua bahagian. Sapu pada parut sambil memicit sedikit demi sedikit hingga jusnya keluar. Setelah kering, bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari. Namun jika kulit anda sensitif, cairkan dengan air sejuk.

BACA: Lelaki Ini Kongsi Tip & Produk Terbaik Untuk Pudarkan Parut Jerawat, Kulit Kusam & Jeragat!

7. Ubi Kentang

Tahukah anda, jus ubi kentang sebenarnya kaya dengan vitamin dan mineral? Selain menghilangkan parut jerawat, kanji dalam ubi kentang juga boleh menghaluskan kulit wajah.

Caranya: Hiris ubi kentang mentah nipis-nipis dan tempekkan pada kulit muka. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan sekali sehari.

8. Bedak sejuk

Bedak sejuk memang popular sebagai cara tradisional untuk kesihatan kulit muka. Ia berfungsi untuk menyerap minyak, punca utama jerawat.

Caranya: Tumbuk sedikit bedak sejuk dan campurkan dengan air. Buat pekat-pekat. Lumur dan sapukan bedak sejuk pada kulit muka dan biarkan semalaman. Keesokan harinya basuh dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.

BACA: Lelaki Ini Kongsi Tip Buat ‘Mask Homemade’ Untuk Pudarkan Parut Jerawat & Cerahkan Kulit!

9. Minyak zaitun

Minyak zaitun memang banyak khasiat. Ia adalah bahan mesra kulit yang kaya dengan sumber vitamin A, D, E, C, B1, B2, zat besi dan antioksidan. Minyak zaitun juga bersifat anti-radang yang berkesan merawat jerawat dan memperbaharui kulit akibat parut jerawat.

Caranya: Sapukan minyak zaitun dan urutkan pada bahagian berjerawat secara perlahan. Kemudian, ambil tuala bersih dan rendamkan pada air suam. Perah dan tutupkan bahagian wajah supaya stimnya meresap ke dalam kulit. Biarkan selama 1-2 minit sebelum anad mencuci.

10. Tomato

Tomato juga tidak kalah dalam memberi manfaat untuk kulit wajah terutamanya dalam menjaga pori-pori kulit, jerawat dan kulit kusam. Jika anda ingin mendapatkan kulit yang sihat, anda disarankan untuk menggunakan tomato sebanyak 16 mg setiap hari.

Caranya: Kisar atau lenyekkan tomato merah untuk dijadikan pes. Sapukan pes ini pada wajah selama 15-20 minit. Kemudian bilaskan sehingga bersih.

Published by
Roselinda