10 Petanda ‘Lower Arm’ Kereta Rosak, Salah Satunya Tayar Jadi Haus Dengan Tak Sekata

Share

Bagi kereta anda yang usianya sudah melebihi 5 tahun beberapa jenis kerosakan atau pertukaran komponen biasanya boleh berlaku dan perlu dilakukan.

Mungkin beberapa perkara tersebut tidak pernah terlintas di kepala anda bahawa ia boleh berlaku. Salah satu sistem yang sangat penting bagi memastikan pemanduan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat ialah sistem suspension.

Dalam sistem ini terdapat beberapa komponen penting seperti absorber (penyerap tekanan), tayar spring, linkages dan juga lower arm. Kali ini MASKULIN ingin berkongsi secara lebih terperinci tentang petanda-petanda boleh anda perhatikan jika berlaku kerosakan pada lower arm.

Lower arm

FUNGSI

Sebelum itu kita perlu fahami apakah itu fungsi lower arm. Secara asaanya ia berfungsi sebagai pemegang tayar kepada kerangka kereta dan bushing. Ini bagi memastikan tayar kereta sentiasa berada pada kedudukan dan keadaan yang betul.

Jika ia tidak berada dalam kedudukan yang betul kereta akan berdepan kesukaran untuk stabil ketika membelok ke kanan atau ke kiri. Ia juga bertemu dengan sistem suspension menerusi sambungan sesendi bebola bagi memastikan kereta untuk membelok roda tayar.

Jika lower arm rosak ia boleh memberikan kesan buruk dalam jangka masa pendek dan juga panjang. Antaranya ialah:

  • pemanduan rasa tak selesa dan tak stabil
  • kesukaran mengawal stereng sama ada untuk pusingan ke kanan atau ke kiri dan boleh dirasai dengan jelas di jalan lurus
  • dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan sesendi bebola rosak dan menyebabkan kemalangan
  • tak boleh buat alignment dengan betul atau tidak berjaya sama sekali
Image by peoplecreations on Freepik

PETANDA LOWER ARM ROSAK

Berikut merupakan beberapa petanda yang boleh anda perhatikan. Jika ia berlaku bawalah kereta ke bengkel untuk lakukan pemeriksaan dengan kadar segera.

  • Terdapat bunyi seakan besi berlaga pada bahagian tayar ketika memandu di jalan tak rata
  • Stereng terasa berat ketika ia dipusing. Pusingan ke kiri dirasanya lebih berat dari pusing ke kanan atau pusingan ke kanan dirasanya lebih berat dari pusing ke kiri.
  • Stereng ‘lari’ sama ada ke kanan atau kiri tanpa anda diarahkan di jalan yang lurus
  • Sensasi rasa seperti terbuai ketika memandu laju
  • Ketika pedal ditekan untuk pick-up dan rasa kereta sebelah sahaja
  • Stereng masih tak balance selepas membuat alignment
  • Semasa membelok tiba-tiba tertarik ke kanan atau kiri dengan sendiri
  • Tayar jadi haus dengan cepat sebelah sahaja
  • Gegaran ketika memandu
  • Terdapat bunyi kuat ketika membrek

Artikel Berkaitan: Ekzos Kereta Bermasalah Tanpa Disedari, Ini Petanda Sebenarnya Ia Mungkin Telah Bocor

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda. Pandu cermat, jiwa selamat!

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim