10 Petanda Anda Mungkin Bercinta Dengan Gadis Psiko, Antaranya Missed Call Beratus Kali

2945

Dalam bercinta ini seorang lelaki boleh berubah dalam sekelip mata. Kerana sayang apa yang si dia mahukan dituruti. Perubahan itu pula bergantunglah sama ada kepada yang lebih baik atau mendatangkan lebih banyak benda tak elok kepada anda.

Namun perubahan itu tidak berlaku dalam sekelip mata. Ia boleh berlaku perlahan-lahan sepanjang hubungan sehnggakan lelaki itu sendiri tak tahu bahawa dirinya sebenarnya sudah banyak berubah.

Kita semua tidak kiralah lelaki atau perempuan mempunyai ‘perangai’ masing-masing. Akan tetapi terdapat ‘garis’ yang jelas di mana patut atau itdak untuk kita lintasi. Begitu juga dengan teman wanita anda. Jika ada perkara yang mereka lakukan di luar batas pemikiran anda itu bermakna anda ada potensi bercinta dengan seorang gadis psiko!

Ini 10 petanda utama yang perlu anda perhatikan.

1. TIADA KAWAN WANITA

Selepas bercinta dengannya anda dilarang sama sekali untuk mempunyaui kawan berlawanan jantina. Malah kalau ada pun anda terpaksa merahsiakannya. Itu memang tak patut bro!

2. TAHU SEMUA PASSWORD

Baginya, laman media sosial adalah milik bersama antara anda dan dia. Kesemua password laman media sosial anda berada du hujung jarinya. Wah, mengalahkan pasangan yang sudah berkahwin.

3. CUBA SAMPAI DAPAT

Dan jika tak tahu password dia akan paksa anda untuk memberitahunya. Jika anda enggan dia akan lakukan apa sahaja untuk meneka password anda. Malah dia cuba banyak kali hinggalah akaun laman media sosial anda disekat akibat cubaan password salah dilakukan berulang kali.

4. AMARAN KEPADA KAWAN

Disebabkan si dia jenis cemburu buta dan syak yang bukan-bukan, anda terpaksa memberi amaran atau berpesan kepada kawan-kawan wanita yang lain agar jangan tegur sama ada bila bertemu atau di laman media sosial.

5. STALK SENYAP-SENYAP

Pernah tak anda berdepan situasi di mana anda terserempak dengan teman wanita di tempat yang sama. Jika ia berlaku banyak kali itu berkemungkinan besar anda telah kena stalk dengan dia.

BACA: Takut Digelar ‘Anak Ikan’ Ramai Lelaki Memendam Rasa Untuk Bercinta Dengan Wanita Lebih Berusia

6. CEMBURU LUAR BIASA

Anda sedang menonton drama TV, lalu keluarlah seorang pelakon wanita cantik. Kemudian anda pun memuji kecantikannya secara berseloroh. Tak semena-mena dia naik angin mengamuk tan tentu fasal dan cemburu. Saudaraku, itu bukan kelakuan wanita normal ya.

7. BAGI AMARAN AWAL

Kadangkala ada wanita yang berseloroh mengatakan mereka seorang yang agak ‘gila’ bila bercinta. Anda sebagai seorang lelaki yang agak naif tak anggap benda ini serius. Walhal bila bercinta barulah segalanya terpampang depan mata anda.

8. PERBESAR HAL KECIL

Ya, tak dinafikan lelaki dan wanita boleh bertekak dan bergaduh akibat dari sekecil-kecil perkara. Namun dalam hubungan normal ia tidaklah berlaku dengan kerap. Jika setiap hari ada sahaja perkara kecil menjadi poin dia untuk cari gaduh itu bermakna dia memang psiko!

9. PERLUKAN ANDA 24/7

Tak salah untuk saling berhubung dan berjumpa dengannya setiap hari. Tapi jika anda sendiri berasa lemas dan tiada masa untuk lakukan perkara yang anda suka itu sudah tidak kena. Setiap orang sama ada lelaki atau perempuan memerlukan sedikit ruang untuk bernafas dan masa untuk bersendirian.

10. MISS CALL BERATUS KALI

Sebagai seorang lelaki yang bekerjaya anda mungkin ada ketikanya sangat sibuk dengan kerja. Mungkin ada masanya anda tak perasan ada miss call. Iyalah, kadangkala telefon perlu diletakkan dalam silent mode untuk anda berikan fokus sepenuhnya. Namun dia tak faham akan situasi anda. Beratus-ratus miss called dari dia akan terpampang di skrin telefon anda. Walhal baru sahaja berbalas WhatsApp beberapa jam yang lalu.