10 Perkerjaan Yang Hampir Pupus ‘Ditelan’ Masa & Teknologi Masa Kini

Share

Kepesatan teknologi dalam dunia globalisasi kini ia menadi penentu dan penggerak kepada masa depan.Ini kerana teknologi telah mengubah cara hidup dan kerja masyarakat di dunia.

Kini sebahagian kerja yang kita lakukan sejak bertahun-tahun boleh hanya digantikan dengan robot dan teknologi canggih. Jadi 10 jenis pekerjaan ini mungkin ‘hilang’ ditelan waktu dan teknologi.  Bagi anda yang berhasrat untuk memilih kerjaya ini, dinasihatkan berhati-hati tapi kalau sudah rezeki, teruskan sahaja pekerjaan tersebut.

1. Juruwang.

Dengan sistem perkhidmatan layan diri dan proses automatik semasa membeli barang, kerjaya ini semakin lama semakin pudar. Teknologi telah memberi banyak manfaat dalam urusan jual beli sekaligus menjimatkan masa dan tenaga.

2. Telemarketer.

Zaman kini orang tidak banyak menggunakan telefon untuk bercakap kerana ada cara yang lebih efektif untuk berkomunikasi seperti menggunakan email dan menghantar mesej. Telemarketing secara perlahan telah menjadi satu kerjaya yang lama .

3. Agen pelancongan.

Dengan kemudahan teknologi dihujung jari, anda boleh menempah percutian yang murah menggunakan laman-laman web yang sedia ada. Jadi kerjaya ini mungkin tidak diperlukan lagi disebabkan internet telah mengambil alih kemudahan tersebut.

4. Pemandu teksi.

Kewujudan beberapa aplikasi yang wujud seperti Grab dan Uber menjadikan perjalanan seseorang lebih mudah. Berbanding caj tambang teksi yang agak mahal, aplikasi tersebut jauh lebih murah dan pelanggan sendiri boleh mendapatkan panduan arah melalui GPS.

5. Penerbit dan Pencetak.

Tidak mustahil industri media percetakan akan hilang sedikit demi sedikit kerana kebanyakkan kita telah beralih ke dunia digital terutama apabila ingin mendapatkan sesuatu informasi.

6. Pekerja pos.

Cara komunikasi kini lebih mudah berbanding dahulu yang perlu menunggu di depan pintu demi sekeping surat. Menggunakan email yang jauh lebih mudah dan cepat membuatkan kerjaya ini semakin berkurangan dalam industri.

7. Jurutol

Sejak dari tahun lepas lagi, kebanyakkan syarikat pemegang tol telah menggantikan lorong tunai di mana-mana tol plaza dengan lorong bayaran elektronik yang menggunakan Touch N’ Go dan juga SmartTAG sahaja.

8. Pembaca meter

Seperti pekerja-pekerja lain, pembaca meter juga bakal digantikan dengan komputer yang lebih cost effective berbanding manusia.

9. Ejen insurans

Kebanyakkan syarikat insurans menawarkan diskaun serendah 10% sekiranya anda membeli produk mereka di atas talian. Ini dengan secara tidak langsungnya akan menyebabkan ejen insurans akan kehilangan ramai pelanggan mereka dan lama-kelamaan, jumlah ejen insurans juga akan berkurangan dan pupus.

10. Penghantar surat khabar

Memandangkan ramai yang telah beralih arah kepada surat khabar elektronik yang lebih mudah dan murah, tidak hairanlah sekiranya pada suatu hari nanti, pekerjaan sebagai penghantar surat khabar akan menjadi seperti nasib tukang taip di pejabat-pejabat JPJ dan JPN pada suatu ketika dahulu.

Sumber : Taikotai 

Published by
Ruziana Zainal