10 Perkara Menarik Tentang Filem Ala-Marvel Dari Indonesia, ‘GUNDALA’

1077

Suatu ketika dahulu filem superhero hanya menjadi sebagai sebahagian daripada genre yang sekadar mendapat kutipan box-office. Namun dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini ia menjadi antara genre yang paling menguntungkan kepada pembikin filem.

Apatah lagi dengan revolusi perfileman yang dilakukan oleh Marvel Studio dengan membariskan puluhan filem superhero pelbagai watak dalam universe sama menjadi kegilaan peminat genre ini di seluruh dunia.

Dan tahukah anda di dalam senarai 10 filem mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah kini menyaksikan sebanyak 4 buah filem Marvel Studio. Lebih istimewa apabila ‘Avengers: Endgame’ menjadi filem terlaris sepanjang aman dengan kutipan melebihi USD2.7 bilion!

Melihatkan trend kutipan yang sebegitu tinggi maka tidak hairanlah pembikin filem Hollywood berluma-lumba mencari dan mendapatkan hak perfileman ke atas karakter-karakter komik.

Dan terbaru produksi negara jiran kita iaitu Indonesia telah memperkenalkan sebuah universe filem superhero mereka tersendiri. Ia direalisasikan dengan pengenalan filem pertama berjudul ‘Gundala’ yangh bakal ditayangkan di negara kita pada 26 Disember 2019.

Melihatkan trailer-nya sahaja sudah cukup membuatkan MASKULIN turut berasa teruja untuk menontonnya nanti. Jadi apakah keistimewaan yang dibawa oleh filem superhero dari Indonesia ini?

Ikuti 10 perkara menariknya di bawah!

1. TERLARIS

‘Gundala’ merupakan sebuah filem superhero yang diarahkan pengarah terkenal Indonesia iaitu Joko Anwar. Beliau juga merupakan pengarah kepada filem ‘Pengabdi Setan’ yang kini menjadi filem Indonesia terlaris di Malaysia.

2. ALAM JAGAT

Jika filem superhero Marvel Studio tergolong dari Marvel Cinematic Universe, ‘Gundala’ merupakan salah sebuah filem yang muncul dari universe Jagat Sinema Bumilangit.

3. KOMIK

Karakter ‘Gundala’ merupakan salah satu daripada ribuan karakter yang muncul pertama kali menerusi Bumilangit Komik.

4. SENARAI FILEM

Selain ‘Gundala’, beberapa buah filem lain dari Jagat Sinema Bumilangit telah diumumkan. Antaranya ialah ‘Sri Asih’, ‘Si Buta dari Gua Hantu: Mata Malaikat’, ‘Mandala: Golok Setan’, ‘Gundala Putra Petir’ dan ‘Patriot’.

5. PELAKON MALAYSIA

Aktor berpengaruh Malaysia, Bront Palarae muncul sebagai antagonis menerusi filem ‘Gundala’ dengan memegang watak sebagai Pengkor.

6. PROJEK BESAR

Sebagai pemilik harta intelektual, Bumilangit Studio telah melakukan perancangan menghasilkan filem ‘Gundala’ bermula sejak tahun 2008. Penglibatan Joko Anwar yang diumumkan sebagai pengarah pada tahun 2018 telah merancakkan penghasilan filem hebat ini menjadi realiti.

7. KOSTUM

Sebagai sebuah filem superhero penggunaan KOSTUM merupakan aset sangat penting. Bagi ‘Gundala’, produksi Quantum Creations FX dari Los Angeles diberi kepercayaan. Mereka merupakan produksi bertanggungjawab menggarap ‘Daredevil’, ‘Watchmen’, ‘Supergirl’ dan ‘Iron Man’.

8. KISAH INSPIRASI 

Kisah Gundala merupakan inspirasi dari kisah legenda Ki Ageng Selo, seorang tokoh spiritual dari susur galut Kesultanan Mataram. Diberi nama gelaran Penakluk Petir, beliau merupakan sosok sakti yang dikatakan mampu menangkap petir dengan tangan.

9. KARYA LEGENDA

Pencipta karya komik Gundala ialah komikus legenda Indonesia, Harya Suraminata. Beliau mengahsilkan sebanyak 23 judul komik Gundala. Nama ‘Gundala’ itu pula datang dari bahasa Jawa ‘Gundolo’ yang bermaksud petir.

10. TENAGA KERJA LUAR BIASA

Pengahasilan filem ‘Gundala’ melibatkan team produksi yang luar biasa besar. Sebagai contoh untuk salah satu babak rusuhan di dalam filem ‘Gundala’, seramai lebih 1800 orang pelakon digunakan untuk menjayakannya. Mereka juga menggunakan sebanyak 70 lokasi penggambaran berbeza.