Satu kajian yang dilakukan oleh laman web Quara telah mengemukakan persoalan kepada golongan berusia 50-an. Mereka bertanyakan, apa yang sepatutnya mereka buat pada usia 30 tahun agar mereka dapat menikmati hidup yang lebih bahagia dan sempurna di usia tua.

Kebanyakan golongan berusia 50 tahun ini memberikan jawapan yang sama seperti di bawah ini. Jadi bagi anda yang berusia 30 tahun tak kiralah anda lelaki atau wanita, ambillah nasihat ini kerana ia ada kebenarannya.

Menurut Kajian, Inilah 10 Perkara Yang Anda Perlu Buat Bila Masuk 30 Tahun!

1. Simpan duit

Simpanlah duit walaupun sedikit. Memang kedengaran seperti nasihat biasa tapi pada usia ini, karier anda selalunya sudah stabil. Jadi jangan bazirkan wang gaji anda dengan membelanjakan pada perkara yang tidak berfaedah. Anda dah matang!

2. Perbaiki hubungan keluarga

Walaupun ada sikap adik-beradik yang mungkin anda tak suka, tapi anda harus belajar menyayangi mereka. Ingat! Ikatan keluarga paling penting. Di saat orang lain menentang anda, keluargalah yang selalunya memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi.

3. Jangan tangguhkan impian

Nak mendirikan rumah tangga, sambung belajar, tukar kerjaya, sila buat sekarang! Usia dah 30 ok. Jangan tangguh dan berkata nanti kerana nanti itu adalah sekarang. Begitu juga dengan impian untuk ke Makkah menunaikan haji, lakukanlah ketika anda di usia muda iaitu pada waktu tubuh anda masih sihat, kuat dan bertenaga.

IKLAN

4. Berhenti makan benda mengarut

Anda boleh buat banyak duit pada usia 20, 30, 40 dan seterusnya. Tapi anda tak boleh beli kesihatan! Belajarlah mengurangkan makanan segera dan jajan pada usia ini untuk manfaat kesihatan usia tua.

5. Bersukan

Mulakan gaya hidup yang sihat. Jadikan aktiviti bersukan sebagai salah satu hobi untuk anda mengeluarkan peluh. Sertai mana-mana aktiviti yang anda gemar seperti berbasikal, zumba, berenang ataupun hanyalah sekadar joging.

Tolong jangan tambah berat badan ketika ini kerana percayalah, anda akan sukar untuk kembali kurus. Ini kerana pada usia ini metabolisme anda sudah semakin rendah, jadi kesungguhan untuk kurus memerlukan usaha yang sangat tinggi. Jika tidak kuat, matlamat untuk kurus mudah gagal.

IKLAN

6. Berhenti merokok

Bukan sahaja membazirkan wang dan menjadi penyebab masalah kesihatan, merokok juga mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan serta boleh mengganggu kesihatan orang sekeling yang menyedut asap rokok anda.

Jadi cuba tekadkan diri untuk anda belajar mengurangkan tabiat merokok agar lama-kelamaan anda dapat berhenti terus.Jika tidak ambil berat, makin memberi risiko untuk kesihatan anda di kemudian hari.

7. Pakai krim pelindung matahari

Sinaran matahari secara terus pada kulit merupakan antara punca berlakunya kedutan. Pada usia ini kedutan sudah mula muncul pada wajah anda. Jadi sila pakai krim pelindung matahari jika anda tidak mahu kelihatan lebih tua daripada usia.

IKLAN

8. Melancong

Keluarlah melihat dunia sejauh mana yang anda boleh dan mampu. Ibarat kata orang, jauh perjalanan luar pemandangan. Melancong mampu mengubah cara pemikiran anda terhadap banyak perkara termasuklah sikap anda sendiri.

9. Hargailah teman

Seharusnya ketika ini anda sudah punya teman ketawa dan menangis bersama. Hargailah kehadiran mereka di sisi anda dan terus menjalinkan silaturahim. Sentiasalah berhubung walaupyun mungkin anda dan tema jarang bersua kerana inilah teman anda ketika tua nanti.

10. Membeli rumah

Sebaik sahaja keadaan kewangan anda stabil pada usia 30-an, belilah kediaman sendiri agar anda ada tempat yang selesa untuk berehat selepas seharian bekerja. Jika membeli rumah pada usia ini, besar kemungkinan menjelang umur anda 50-an hutang anda sudah hampir selesai.

Semoga perkara-perkara ini dapat anda laksanakan dengan sebaiknya.

Sumber: Brightside.me

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI