Hairan tak kalau perut tak kempis-kempis walau pelbagai cara yang korang dah lakukan. Diet dah, bersenam pun dah tapi masih tidak membuahkan hasil.
Nah, ini mungkin angkaranya…
Kita slaah kerana selalu mengenyangkan diri sebelum bersenam kerana menganggap makanan itu akan membantu memberi tenaga yang optimum kepada tubuh. Hakikatnya? Anda salah. Elak makan makanan bergula sebeloum bersenam kerana ia akan menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat kemudian turun terlalu cepat. Jangan lupa, dalam beras/nasi juga mengandungi gula tahu? Oleh itu, jika ingin mengalas perut sebelum bersenam, cukup dengann hanya mengunyah kacang atau smoothie protein.
Jika seseorang tak mendapatkan tidur yang cukup, kadar turun naik hormon tidak menentu. Keadaan itu kemudian akan meningkatkan selera.
Oleh itu, apabila kamu makan berlebihan kerana tidak dapat melelapkan mata, perut juga akan semakin membuncit malah menjadi sukar untuk mengempiskannya kembali.
Ini mungkin sebabnya mengapa Rasulullah menyuruh kita mengunyah makanan sebanyak 40 kali. Menurut pakar, tidak elok sebenarnya makan secara gopoh, lebih-lebih lagi makan sambil berjalan atau berdiri. Makanan yang dikunyah dan ditelan dengan laju akan buat badan memikirkan yang kamu sebenarnya berada dalam keadaan tertekan lalu, akan menghasilkan tindak balas tidak normal.
Badan serta-merta akan berhenti menghadam makanan seterusnya menjadikan keadaan perut buncit.
Ada fakta memberitahu bahawa mengunyah gula-gula getah akan bantu menguruskan badan kerana perbuatan mengunyah itu sendiri akan pengaruhi otak seolah-olah anda telah makan seterusnya menjadi kenyang. Biarpun ia mungkin benar, akan tetapi, perbuatan mengunyah gula-gula getah buat perut membengkak umpama mengepam angin ke dalam belon. Hati-hati!
Hormon kartisol yang terhasil ketika seseorang tertekan akan mengumpul lemak yang banyak pada bahagian tengah badan. Sistem badan akan jadi terkejut seterusnya menghasilkan hormon kartisol berkenaan agar diri dapat berjaga-jaga. Oleh itu, sila kawal emosi dan perasaan agar kadar tekanan diri dapat dikurangkan seterusnya membantu senaman jadi lebih efektif.
Wanita sering menjadi tidak lawas terutamanya ketika sedang datang bulan. Perut menjadi kembung dan buncit daripada biasa betul tak? Itu adalah disebabkan oleh kandungan air yang tidak lawas dan terkumpul lama dalam perut. Ramai wanita kurang minum air ketika datang bulan namun apa yang anda tidak tahu, kita sepatutnya minum air lebih banyak supaya perut kmudian akan terasa ingin membuang air kecil. Dengan cara itu, perut akan beransur kempis dan senaman juga menjadi lebih efektif kemudian.
Seperti yang kita semua tahu, sistem perut manusia sebenarnya dibina oleh gabungan bakteria jahat dan baik. Walau bagaimanapun, amalan gaya hidup kita sebenarnya merosakkan keadaan bakteria dalam usus. Jadi, sila elak mengambil makanan yang mengandungi antibiotik, kadar gula tinggi atau sebarang alkohol. Ini kemudian akan bantu mengurangkan lemak pada bahagian perut.
Garam mengandungi sodium klorid. Sodium adalah mineral yang akan mempengaruhi kestabilan kandungan air dalam tubuh. Apabila seseorang mengambil kadar garam yang banyak, anda sebenarnya sedang membawa muatan air yang banyak di dalam tubuh lalu menyebabkan pengumpulan bendalir yang berlebihan hingga menyebabkan buncit.
Masih minum minuman bergas? Itulah sebabnya mengapa lemak perut tidak hilang-hilang. Walau macam mana berat pun senaman yang dilakukan tetapi kamu masih meminum minuman soda, hal berkenaan tidak akan membantu mengempiskan perut. Kajian pakar mendapati, peminum soda akan mengumpul kadar lemak yang tinggi dalam perut mereka bahkan ia sukar dihapuskan.
Tidak kisah apa jenis makanan segera yang anda masih ambil, itu adalah penyebab utama mengapa lemak di perut tidak kempis-kempis. Semua makanan yang datang dalam bentuk sudah dipek seperti keropok, air kotak, mi segera atau apa sahaja makanan dan minuman yang boleh dibeli dan dimakan terus sebenarnya akan membuatkan lemak diperut jadi tepu dan sukar dihapuskan.
Selamat beramal! ❤
Sumber : Wanista