Kira sering membicarakan apa yang dilalui oleh orang yang memiliki berat badan berlebihan atau obese. Namun tahukah anda lelaki yang kurus juga berdepan dengan cabaran yang tidak kurang hebatnya?
Malah apa yang orang kurus lalui mungkin tak dapat akan difahami oleh orang lain yang miliki berat badan normal.
Ini merupakan 10 perkara yang hanya orang kurus sahaja yang faham dan boleh relate.
Bila bersama kawan-kawan pergi berkelah ini antara perkara yang selalu berlaku. Ya, memang hanya bergurau tapi kalau setiap kali buka baju nak mandi-manda kena ejek dan jadi bahan gurau tak seronok juga. “Tulang dada kau macam gitar dowh!”
Itu antara yang biasa sangat kita dengar.Disebabkan badan yang kurus memang agak sukar nak cari baju sesuai. Ini terutamanya bila ingin beli pakaian dari jenama luar negara. Sais ‘S’ bila pakai sudah macam saiz XL bila anda pakai. Malah kadang-kadang terpaksa shopping baju di bahagian kanak-kanak.
Berbeza dengan orang lain yang bersusah payah bersenam dan amkan segala macam ubat untuk turunkan berat badan. Anda pula berhempas pula nak naikkan berat. Kalau tersalah bersenam nanti berat makin agi turun. Memang struggle ini orang lain tak akan faham.
BACA: Buat Minuman Mengenyangkan Ini Kalau Anda Nak Kurus & Teringin Pakai Baju Saiz S!
Ini antara ayat yang biasa orang kurus dapat sama ada daripada ahli keluarga atau rakan-rakan. Walhal anda sudah pun telah makan full meal course dengan lengkap.
Dalam erti kata lain anda mudah terjatuh atau tergolek bila bergurau dengan kawan-kawan. Atau bila bermain bola sepak, pastinya orang sangat risau dengan kondisi anda yang kurus.
Orang lain mungkin sakit hati bila tengok anda makan tanpa ada sebarang kawalan. Nak makan burger tiga biji? No problem, anda boleh makan dengan hati yang senang. Kalau orang lain pasti selesai makan muka penuh penyesalan.
Antara masalah yang sering menghantui orang kurus. Kalau terlupa bawa sweater ketika pergi tengok wayang itu bermakna anda akan menderita sampai tayangan tamat. Bagi orang lain sushu sejuk itu satu keselesaan tapi tidak bagi anda.
Bila ada sesuatu yang tersepit di ruang yang sempit anda pastinya akan jadi orang yang kena suruh. Kunci terjatuh di celah-celah jeriji penutup longkang? Ya, andalah yang terpaksa tolong sebab lengan anda sahaja yang muat.
Kebanyakan jenama seluar lelaki, saiz palong kecial yang terdapat di pasaran ialah 28 inci. Bayangkan jika anda mempunyai saiz pinggang yang lebih kecil. Kalau saiz pinggang sama pun ia akan jadi mudah londeh. Ini kalau terlupa pakai tali pinggang memang boleh jadi kisah seram.
Ini terutamanya bila anda duduk di atas permukaan keras. Disebabkan kurus dan punggung yang macam tak ada isi, anda pasti rasa tak selesa bila duduk lama. Iyalah, umpama duduk menggunakan alas tulang pinggul semata, memanglah sakit.