Lelaki dan kereta merupakan dua elemen yang sentiasa berhubung kait sejak industri automotif diperkenalkan dalam dunia moden.

Mungkin bagi sesetengah orang terutamanya kaum wanita menganggap kereta hanyalah kenderaan yang membawa kita dari poin A ke poin B.

Alangkah silapnya mereka jika mempunyai pandangan seperti itu. Kereta kini bukan lagi dianggap sebagai kenderaan semata. Malah ia membawa simbol kejantanan, status serta jati diri seseorang.

10 Perkara Hanya ‘Kaki Kereta’ Sahaja Yang Akan Faham

Jadi tidak hairanlah penggemar kereta yang digelar sebagai kaki kereta lebih banyak menghabiskan masa dengan kenderaan kesayangan berbanding dengan isteri di rumah.

Tapi tak semua perkara yanag dilakukan atau dilalui oleh kaki kereta difahami ramai. Nak tahu betul atau tidak, rujuk 10 perkara di bawah yang hanya lelaki kaki kereta sahaja yang faham.

Ads

1. BERI NAMA

Percaya atau tidak itulah yang banyak dilakukan oleh kaki kereta. Mereka pasti memberikan nama panggilan atau samaran kepada kereta mereka. Malah siap ada jantina sama ada lelaki atau perempuan.

2. AUTOSHOW

Kalendar tahunan pastinya penuh dengan segala macam aktiviti autoshow yang wajib dihadiri oleh mereka. Setiap autoshow pasti menampilkan kelainan malah kalau bertuah dapat saksikan model kereta yang rare dan terkini.

3. KENAL MENERUSI BUNYI

Kaki kereta sejati mampu mengenal jenis kereta hanya dengan deruman enjin atau ekzos dari jauh. Bunyi Honda V-tech turbo? Itu hanya perkara mainan di telinga mereka.

10 Perkara Hanya ‘Kaki Kereta’ Sahaja Yang Akan Faham

Ads

BACA: Tip Basuh Kereta Dengan Berkesan, Cat Pun Tidak Akan Jadi Rosak

4. BILA BERTEMU BONGGOL

Pernah tak anda berada di belakang kereta yang diubah suai bila melalui kawasan mempunyai banyak speed bump atau bonggol? Kalau tak ‘mengesot’ senget ke kanan atau kiri memang bukan kaki kereta. Disebabkan kereta lowered telalu rendah ia dilakukan seperti itu untuk elak bahagian bawah diseret.

5. ADA JENAMA ATAU TEAM PILIHAN

Kereta Eropah, Jerman atau Jepun. Setiap kaki kereta pasti ada kecenderungan dan sebab masing-masing mengapa pilihan mereka adalah terbaik. Begitu juga dengan pasukan motorsport seperti F1 atau World Rally Championship.

10 Perkara Hanya ‘Kaki Kereta’ Sahaja Yang Akan Faham

Ads

6. JAGA BAGAI ANAK MANJA

Mencuci kereta hingga berkilat itu bukan lagi dianggap sebagai kerja membebankan. Setiap kali perlu mencucinya, mereka akan lakukan dengan cermat, tertib dan penuh berdedikasi.

7. NO AUTO!

Bagi kaki kereta sejati, mereka tidak akan sekali-lagi menyebelahi golongan yang pro kereta automatik.

8. HARGAI SENI AUTOMOTIF

Bagi kaki kereta, semakin tua usia meningkat semakin cool mereka akan kelihatan. Apatah lagu jika berpeluang membawa kereta reto klasik yang mahal dan terhad di pasaran.

9. GEMAR FILEM ADA KERETA

Kalau setakat francais filem ‘Fast & Furious’ itu tidak mengherankan anda. Namun begitulah kuatnya pengaruh kereta terhadap mereka hinggalah menonton filem pun perlu ada babak menonjolkan aksi berkereta.

10. BAU PETROL

Ini bukanlah satu ketagihan. Tetapi lebih kepada bau yang membangkitkan keterujaan dalaman bagi seorang kaki kereta. Bau petrol sahaja membuatkan hati membuak-buat ingin menyaksikan deruman kereta manakah yang hebat.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI