Tak sah rasanya kalau seorang lelaki tak ada sebotol minyak wangi di rumah. Paling kurang pun mesti nak ada sebotol yang boleh digunakan terutamanya bila menghadiri majlis-masjlis rasmi.
Terdapat pelbagai faktor mengapa lelaki memilih sesetengah minyak wangi. Selain faktor harga dan juga jenis bau antara faktor yang paling penting buat lelaki ialah ketahanan bau minyak wangi.
Tidak semua minyak wangi mampu bertahan dengan lama. Ada yang kalau dipakai hanya dalam beberapa jam sahaja terus hilang baunya. Manakala ada juga yang semakin badan anda berpeluh semakin kuat baunya keluar.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 10 jenis minyak wangi yang mempunyai bau paling tahan lama. Jom ikutinya di bawah!
Hanae Mori EDP
Mungkin ramai yang tak terbiasa dengan jenama ini. Namun ia sebenarnya sebuah jenama yang agak disegani terutamanya dalam penghasilan minyak wangi. Gabungan bau kayu dan sitrus eksotik menjadi tarikan utamanya. Paling penting baunya mampu bertahan lama.
BVLGARI Man In Black
Produk ini sebenarnya sudah lama berada di pasaran. Mungkin ia sedikit berada di bawah radar ramai orang. Diperkenalkan sejak tahun 2010 ia menawarkan bau bertonakan kulit dengan sentuhan rempah ratus dan ekstraks istimewa menjadikannya sebagai antara minyak wangi tahan lama.
BACA: Sembur Ikut 10 Cara Ini Kalau Nak Minyak Wangi Tahan Lama. No 2 & 3 Berkesan!
Christian Dior Homme Intense EDP Men
Bagi lelaki maskulin yang inginkan sentuhan berpersonaliti elegan, seksi dan tampan inilah minyak wangi yang mampu menyerlahkan anda. Kandungannya dihasilkan daripada bahan berkonsentrasi tinggi dengan ambien bauan iris, vetiver dan cedar. Lalu menjadikannya leboh menonjol terutamanya bila berad di tempat awam.
Guerlain L’Instant De Guerlain Extreme
Khas buat anda yang sentiasa aktif dari siang ke malam. Semakin anda berpeluh semakin ‘galak’ baunya keluar. Menggabunghkan ekstraks daripada pokok koko, vanilla dan saldalwood menjadikan ia sebagai minyak wangi sejati buat lelaki.
L’HOMME By YSL EDT
Yves Saint Laurent juga antara jenama yang sering meniti di bibir penggemar minyak wangi. Diperkenalkan sejak tahun 2006, minyak wangi ini pantas popular kerana bau yang ditawarkannya digemari majoriti lelaki. Dengan asas bau daripada tonka bean, vetiver Tahiti dan cedar menjadikan ia sebagai minyak wangi yang wajib dimiliki lelaki.
PRADA Luna Rossa Extreme EDP
Bila anda perhatikan ada perkataan ‘extreme’ pada minyak wangi, percayalah bahawa ia sesuai untuk seseorang yang sentiasa bergerak aktif terutamanya yang meluangkan banyak masa di bawah matahari. Menampilkan bauan berciri makulin dan menggoda ia dikatakan antara minyak wangi disenangi kaum wanita.
Versace Oud Noir De Parfum
Tak dapat dinafikan dalam dunia fesyen nama Versace adalah antara yang sering dijulang. Dengan hanya 1% kandungan alkohol ia membuatkan minyak wangi ini lebih tahan lama. Bauan asa yang ketaranya ialah agarwood, oriental wood dan ekstrask dari kulit.
Dolce & Gabbana Light Blue
Minyak wangi EDP ini terbukti tahan lama dengan membawa bau kuat berteraskan inspirasi buahan akuatik. Walaupun ia berbau agak lembut namun itu tidak membuang sifat makulin yang masih kuatr dibawa oleh karakter minyak wangi ini.
Jean Paul Galutier Ultra Male
Baunya lebih kurang sama dengan versi Jean Paul Gaultier Le Male tetapi dengan sedikit perubahan iaitu keunikan asas bau buah pear. Sesuai digunakan buat anda yang sering berada di dalam pejabat dalam kondisi berhawa dingin.
Creed Aventus Millesime
Jenama yang memfokuskan sepenuhnya kepada penghasilan minyak wangi ini cukup terkenal terutamanya di kalangan penggemar tegar. Dengan nada maskulin ia membawa bauan yang unik dengan sentuhan nenas, blackcurrant dan epal.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI