Setiap orang pastinya mempunyai kencederungan atau minat berbeza. Bukan sahaja cita rasa fesyen malah begitu juga dengan pemilihan wangian atau perfume.
Sebenarnya, memilih wangian yang sesuai bukan hanya tentang aroma, tetapi juga berkait rapat dengan personaliti dan dan gaya hidup seseorang atau individu.
Sebagai lelaki memilih perfume yang sesuai memainkan peranan sangat penting dalam kehidupan seharian. Seperti tahun-tahun sebelumnya, menutup tirai kalendar tahun ini, MASKULIN kongsikan 10 wangian atau perfume lelaki terbaik pada tahun 2023.
Parfum de Marly ‘Layton’
‘Layton’ oleh Parfum de Marly menonjol dengan aroma oriental dan buah-buahan yang mewah. Ia membuka dengan not atas epal hijau dan lavender, memberikan kesegaran yang unik. Dasar vanila dan patsuli memberikan kesan hangat dan memikat, sesuai untuk lelaki yang mencari keanggunan dalam kesederhanaan.
‘Oud Wood’ dari Tom Ford adalah perpaduan eksotik kayu oud, kayu cendana, dan vetiver. Aromanya yang hangat dan kompleks menjadikan ia pilihan yang sempurna untuk lelaki yang suka keunikan dan kedalaman dalam wangian mereka.
‘Aventus’ oleh Creed terkenal dengan aroma buah segar dan asap lembut. Gabungan nanas, epal, dan asap oakmoss menjadikan ia sangat maskulin dan kuat. Wangian ini sesuai untuk lelaki yang ingin menonjol dan mempunyai kehadiran yang berani.
‘Bleu de Chanel’ adalah wangian klasik yang menawarkan kesegaran dengan sentuhan kelembutan. Not sitrus dan kayu memberikan aroma yang bersih dan tegas, ideal untuk lelaki yang menghargai keeleganan dan kebersihan.
‘Sauvage’ dari Dior adalah gabungan sempurna antara bergamot segar dan pepper spicy. Ia memancarkan kebebasan dan ketangkasan, menjadikannya pilihan terbaik untuk lelaki yang dinamik dan penuh petualangan.
‘Colonia’ oleh Acqua di Parma menawarkan aroma klasik yang bersih dan segar. Dengan not limau Sicilian dan lavendin, wangian ini mewakili keanggunan dan kelembutan tradisional Italia.
‘Wood Sage & Sea Salt’ oleh Jo Malone menggabungkan aroma garam laut dan sage kayu. Wangian ini sempurna untuk lelaki yang menggemari aroma segar dan alami, mengingatkan pada pantai dan alam terbuka.
‘Acqua di Gio’ dari Giorgio Armani adalah klasik yang tidak pernah lapuk. Not laut dan sitrus memberikan kesegaran yang abadi, cocok untuk lelaki yang mencari wangian bersih dan menyegarkan.
‘La Nuit De L’Homme’ oleh YSL menawarkan kombinasi bergamot, lavender, dan vetiver. Wangian ini elegan dan sensual, sempurna untuk malam hari dan acara khas.
‘Terre d’Hermes’ dari Hermes adalah perpaduan unik antara jeruk dan kayu. Ia mencipta aroma yang bumi dan maskulin, sesuai untuk lelaki yang menghargai keaslian dan kekuatan.
Setiap wangian ini memiliki karakteristik uniknya sendiri, mencerminkan pelbagai aspek personaliti lelaki.
Dari aroma segar hingga sensual, pilihan wangian pada tahun 2023 ini menawarkan sesuatu untuk setiap lelaki, memungkinkan mereka untuk mengekspresikan diri melalui aroma yang mereka pilih.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ingat, masalah rambut gugur boleh terjadi kepada sesikapa sahaja tanpa mengikut usia.Dan ada pelbagai sebab mengapa rambut anda boleh gugur. Mungkin disebabkan aktiviti harian yang terdedah dengan pelbagai kotoran dan cahaya matahari yang lama.
Atau mungki juga disebabkan oleh genetik dan keturunan. Tapi sebagau lelaki anda sebenarnya boleh lakukan sesuatu untuk menghalang ia berlaku.
Tahukah anda mengikut kajian penampilan seseorang lelaki itu biasanya akan dilihat terlebih dahulu pada bahagian matanya, kemudian senyuman dan seterusnya rambut.
Tapi ‘kemerosotan’ jumlah rambut di kepala seiring dnegan peningkatan usia. Ada orang akan alami rambut gugur dengan banyak pada usia 30-an namun ada juga yang mampu menjaga rambut lebat sampai ke usia tua.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 7 jenis bahan semulajadi yang mampu melebatkan rambut dengan baik. Belum cuba belum cuba belum tahu bukan? Lagipun kesmeua bahan ini adalah bahan semulajadi yang tidak membahayakan pun.
Minyak kelapa
Pokok yang mempunyai 1001 kegunaan daripada akar hinggalah hujung daunnya. Begitu juga dengan minyak kelapa yang ada banyak khasiat. Panaskan minyak kelapa dan urut kulit kepala menggunakan minyak kelapa tersebut dengan hujung jari.
Lakukan urutan dengan bentuk bulat dan jangan tekan terlalu kuat. Kemudian balut rambut dengan tuala yang dituam dengan air suam. Biarkan selama setengah jam dan cuci rambut dengan syampu. Ulang langkah tersebut sekurang-kurang sekali seminggu untuk memberikan kesan rambut yang lebih tebal dan panjang secepat mungkin.
Daun lidah buaya
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Begitulah juga dengan daun lidah buaya yang banyak khasiatnya. Ambil dua atau tiga helai daun dan potong kepada dua bahagian. Perah gel yang dalam daun tersebut dan sapu rata pada bahagian kulit kepala dan rambut.
Biarkan selama setengah jam kemudian bilas dengan air suam. Amalkan sekali atau dua kali seminggu untuk dapatkan rambut sihat dan lebat. Ambil satu sudu jus daun lidah buaya setiap hari ketika perut kosong juga mampu membantu melebatkan rambut.
Ambil beberapa helai daun inai dan kisar bersama sedikit air. Pastikan ia dikisar hingga menjadi seakan pes dan biarkan selama beberapa jam. Gunakan pes tersebut ke atas kulit kepala dan perap rambut dengan topi mandian selama tiga jam.
Cuci rambut dengan air sehingga bersih bersama conditioner. Amalkan sebanyak dua kali seminggu untuk menggiatkan lagi pertumbuhan rambut dengan lebih pantas.
Telur
Pecahkan dua biji telur dan kacau hingga pecah kuning dan sebati. Sapu adunan telur ke atas rambut yang sedia basah. Biarkan selama 10 hingga 15 minit.
Cuci rambut dengan air sederhana panas dengan syampu yang sesuai untuk kulit kepala anda agar bau hanyir telur tidak melekat. Cuba lakukan kaedah mudah ini sekali seminggu untuk mendapatkan hasil rambut tebal yang lebih cepat.
Avokado & pisang
Kedua-dua jenis buah ini kaya dengan pelbagai khasiat terutamanya potassium. Dan kmbinasu ini juga sesuai bagi melebatkan rambut anda. Lumatkan isi buah avokado bersama pisang dan gaul sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran dua buah ini ke atas kulit kepala berserta urutan ringan.
Biarkan ia mengering selama setengah jam agar khasiat kedu-dua buah ini meresap masuk ke dalam kulit kepala. Cuci rambut dengan air suam selama 15 minit bersama syampu. Rambut akan kelihatan lebih tebal dan sihat setelah rambut kering sepenuhnya.
Daun pandan & santan
Kombinasi daun pandan dan santan juga mampu melebatkan rambut. Tumbuk hingga lumat daun pandan dan campurkan ia dengan sedikit air. Ambil perahan tersebut dan campurkan dengan santan. Kemudian kacau sehingga rata.
Biarkan ia selama setengah hari dan anda boleh sapukan campuran tadi pada rambut anda. Dalam masa 45 minit atau lebih anda sudah boleh bilas dengan air. Lakukan seberapa kerap yang mungkin untuk dapatkan hasilnya.
Kulit buah oren
Okay, selalunya ramai yang gemar makan buah oren dan buang kulitnya ke dalam tong sampah kan? Lepas ni kalau nak makan, sila ingat untuk simpankan kulit tersebut ya. Ambilkan kulit buah oren dan tumbuk sehingga lumat.
Sapu rata di atas rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan cuci sehingga bersih. Lakukan sekurang-kurangnya sekali dalam masa seminggu untuk membantu pertumbuhan rambut pada kulit kepala.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai yang beranggapan telur cuma boleh digunakan sebagai makanan. Sama ada boleh jadi telur rebus mahu pun telur goreng.
Sedangkan telur memiliki khasiat yang sangat bagus dan ia bukan sahaja boleh digunakan ke atas muka malah mampu menjadi perapi yang baik untuk rambut.
Ini kerana telur mengandungi protein dan mineral yang amat diperlukan oleh rambut anda selain ia boleh menyejukkan serta menguatkan akar rambut anda.
Selain itu, anda boleh juga amalkan tip-tip berikut untuk menjaga rambut anda agar tidak rosak :
1. Elakkan dari air klorin
Klorin yang terkumpul dalam kolam boleh menyebabkan rambut anda kering serta rapuh. Selain itu, klorin turut menyebabkan kesan yang buruk ke atas kulit kepala anda. Cara paling mudah untuk lindungi rambut anda daripada kesan bahaya klorin adalah dengan membasuh rambut dengan air yang bersih selepas anda keluar daripada kolam renang.
2. Jangan guna pelbagai produk
Penggunaan terlampau banyak gel rambut, semburan rambut ataupun produk rambut yang lain akan membuatkan rambut anda kelihatan sarat dan tidak sihat . Oleh itu, gunakan seminima produk rambut yang boleh dan elakkan daripada memakainya setiap hari.
3. Kurangkan pakai topi ketat
Topi ketat boleh menyebabkan ‘daya tarikan alopecia’ iatu keadaan rambut yang boleh menyebabkan keguguran rambut, ataupun kehilangan rambut secara kekal. Selain itu, ianya juga boleh menyebabkan kepala anda berbau.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan bagi ramai lelaki bercukur atau ‘shaving’ merupakan aktiviti terapeutik yang cukup mengasyikkan.
Ia kini menjadi salah satu rutin yang sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Namun sebenarnya, masih ramai lelaki yang kurang pandai dan menggunakan teknik yang betul ketika bercukur.
Dengan teknik yang tidak betul ia boleh menyebabkan luka dan kecederaaan pada kulit wajah. Ini semua dapat dielak jika anda bercukur dengan menggunakan teknik teknik yang betul.
BERSIHKAN WAJAH
Sebelum memulakan proses mencukur jambang, janggut atau misai ada beberapa langkah awal yang perlu anda lakukan. Jika anda ingin bercukur pada sebelah pagi pastikan selang masa sekurang-kurangnya 10 selepas bangun tidur.
Ini bagi membantu kulit wajah berehat dahulu. Cuci wajah dengan pencuci muka pilihan untuk menghilangkan sel kulit mati dan membuka liang roma serta melembutkan kulit di bahagian misan dan janggut.
GUNA AIR SUAM
Satu perkara lagi yang perlu anda lakukan sebelum mula bercukur ialah dengan melekapkan wajah dengan tuala basah dengan air suam. Anda perlu melakukan proses ini sejurus selesai mencuci wajah. Ia membantu pori-pori terbuka dan memudahkan proses mencukur nanti.
Kira-kira 3 minit selepas itu, anda boleh mula sapukan krim pencukur. Sapukan dengan berus dengan gerakan berputar. Berus yang dipilih haruslah mempunyai bulu yang halus dan lembut agar kulit wajah anda lebih selesa dan boleh elak wajah tercalar.
Pilihlah krim pencukur yang mengandungi minyak dan kandungan formulasi sesuai dengan kukit wajah sekali gus mengelak iritasi.
MULA MENCUKUR
Bahagian yang perlu anda fokuskan terlebih dahulu semasa bercukur ialah rahang, leher dan pipi. Ia perlu dilakukan di bahagian ini dahulu kerana ia mengikut lengkungan wajah dan mengelakkan daripada kulit wajah alami luka.
Bahagian misai dan janggut pula perlu diberikan perhatian khusus kerana ia lebih banyak rambut. Cukur janggut pada satu arah sahaja iaitu mengikut tumbuhnya anak rambut. Gerakkan pisau dengan jalur searah agar tak cedera.
Jika anda ingin menyimpan janggut atau misai pastikan pola bentuk seperti yang anda mahu tidak terjejas. Untuk mendapatkan hasil yang kemas anda perlu menggunakan gunting kecil yang khas.
Untuk hasil yang lebih detail, anda perlu guna hair-clipper. Apa yang penting anda harus gunting terlebih dahulu bahagian tepi misai dan janggut yang ingin disimpan.
BILAS WAJAH SELEPAS SELESAI
Selepas anda selesai bercukur dan kemaskan apa yang patut, bersihkan wajah dengan menggunakan tuala. Bilaskan wajah dengan menggunakan air sejuk. Untuk mengembalikan kesegaran kulit wajah adan boleh sapukan krim pelembat atau penyegar. Set pencukur yang telah digunakan pulaperlulah direndam seketika dalam air suam sebelum dicuci.
MASKULIN yakin dengan menggunakan tip di atas anda boleh bercukur dengan selesa dan lebih baik. Dengan menggunakan teknik yang betul anda tak perlu lagi takut untuk berdepan dengan kecederaan wajah yang tak sepatutnya berlaku.
Dapatkan produk bercukur atau shaving yang berkualiti dan murah di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.