Sejak media sosial semakin mendominasi, ramai individu dilihat mampu menonjol dan mengetengahkan diri mereka di mata umum dalam bidang yang mereka ceburi. Begitu juga di bidang kecergasan, semakin ramai jurulatih dan penggiat kecergasan membina nama dan kerjaya mereka menerusi platform media sosial.
Memetik laporan kajian oleh Natural Foundation Supplement, ini merupakan 10 pempengaruh kecergasan lelaki paling berpengaruh di dunia bagi tahun 2024.
Kajian ini berdasarkan penglibatan mereka di media sosial seperti Instagram, Tiktok dan Youtube serta jumlah carian di internet seluruh dunia.
1. Thibaud Delapart (Tibo InShape)
Dengan jumlah kira-kira 27.9 juta pengikut di media sosial, Thibaud merupakan pempengaruh di Tiktok yang terkenal dengan kepakaran membina badan di samping sifat jenakanya.
Jejaka dari Perancis ini mempunyai 5.7 juta pengikut di Instagram (@tiboinshape), 12.1 juta subscriber di Youtube (Tibo InShape), dan 10.1 juta pengikut di Tiktok (@tiboinshape).
2. Chris Bumstead (Cbum)
Chris menduduki tangga kedua dengan sejumlah 27.1 juta pengikut media sosial. Dia menawarkan kepelbagaian senaman yang membawa kepada carian global tertinggi dalam kalangan pempengaruh kecergasan lelaki.
Pecahan jumlah pengikut bagi setiap media sosialnya ialah 19 juta di Instagram (@cbum), 4.6 juta di Tiktok (@cbum) dan 3.5 juta di Youtube (Chris Bumstead).
3. David Michigan
Dengan 19.3 juta pengikut, David menggabungkan latihan dengan hipnosis secara unik untuk membantu mencapai matlamat kecergasan.
Ads
Laman Instagramnya (@davidmichigan) mempunyai seramai 18.7 juta pengikut, Youtubenya seramai 107 ribu subscribers dan Tiktoknya (@davidmichigan) pula seramai 505.9 ribu pengikut.
4. Sahil Khan
Dengan jumlah pengikut seramai 17.7 juta di keseluruhan media sosial, ahli bina badan dan usahawan dari India ini menduduki tangga keempat. Selain mempengaruhi pengikutnya berkenaan kecergasan peribadinya, Sahil juga sering berkongsi mengenai pemilikan gymnasium.
Mengikut pecahan, Sahil mempunyai seramai 11.4 juta pengikut di Instagram (@sahilkhan), 3.2 juta pengikut di Tiktok dan 3.1 juta subscriber di Youtube.
5. Noel Deyzel
Penggiat kecergasan dari Afrika Selatan dengan 16 juta pengikut, Noel terkenal dengan kandungan yang member inspirasi, terutamanya di TikTok.
Di Instagram (@noeldeyzel), dia mempunyai 4.7 juta pengikut. Di Youtube (Noel Deyzel) pula, dia mempunyai 4.5 juta subscribers. Manakala di Tiktok (@noeldeyzel), dia mempunyai 6.8 juta pengikut.
Ads
6. Jeff Cavalier (ATHLEAN-X™)
Ahli terapi dan jurulatih professional dengan 15.9 juta pengikut media sosial ini menduduki tangga keenam. Program Jeff’s ATHLEAN-X™ juga terkenal dalam kalangan pengikutnya.
Dia mempunyai seramai 2.3 juta pengikut di Instagram (@athleanx), 13.5 juta subscribers di Youtube (ATHLEAN-X™), dan 59.5 ribu pengikut Tiktok (@athleanx).
7. Ulissesworld Maddy
Jurulatih peribadi dengan 12.3 juta pengikut ini memfokuskan kepada pelan kecergasan yang disesuaikan mengikut individu.
Pengikut di lama Instagramnya (@ulissesworld) ialah seramai 8.7 juta, subscribers Youtubenya (Ulissesworld) seramai 608 ribu, dan Tiktok (@ulissesworld) pula seramai 3 juta pengikut.
8. Chuck Kirkendall (Kali Muscle)
Ads
Di tangga kelapan, Chuck yang mempunyai 12 juta pengikut ini menekankan pembinaan otot dan komitmen kecergasan.
Dia mempunyai seramai 1.2 juta pengikut Instagram (@kalimuscle), 3.6 juta subscribers Youtube (Kali Muscle), dan 7.2 juta pengikut Tiktok (@kalimuscle)
9. Adnaan Shaikh
Bermula sebagai seorang yang kurang berat badan, Adnaan kini memberi inspirasi kepada 12 juta pengikutnya apatah lagi selepas memiliki sebuah gymnasium.
Laman Instagramnya (@adnaan_07dz) diikuti oleh 11.5 juta pengikut, dan 458 ribu subscribers Youtube.
10. Thoren Bradley
Bukan sekadar jurulatih kecergasan biasa, Thoren turut memiliki ijazah sarjana dalam bidang fisiologi senaman. Nasihat kesihatan berdasarkan bukti kajian yang sering diberikan membawa manfaat kepada 11.2 juta pengikutnya.
Di Instagram (@thorenbradley) dia mempunyai 1 juta pengikut, 580 ribu subscribers Youtube (Thoren Bradley) dan 9.6 juta pengikut Tiktok (@thorenbradley).
Setiap pempengaruh ini membawa perspektif unik kepada kecergasan, menyumbang dengan ketara kepada evolusi industri kecergasan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
PKP sudah dilanjutkan lagi. Nampaknya lebih banyak masa kita akan luangkan di rumah. Bagi penggemar workout inilah masa sesuai untuk mantapkan otot badan terutamanya di bahagian lengan, dada dan abdomen. Pastinya teknik yang popular tidak lain tidak bukan tekan tubi atau push-up.
Tapi tahukah anda terdapat banyak variasi teknik dan cara tekan tubi yang boleh dilakukan. Antara yang paling efisien untuk membentuk otot dada yang mantap ialah teknik close-grip push up.
Buat pengetahuan anda teknik push up ini sangat penting dalam rutin latihan anda kerana ia mampu membantu untuk ‘pump’ bahagian lengan. Adakah teknik anda lakukan selama ini dengan betul?
KEDUDUKAN POSTUR BADAN
Sebelum mula melakukan senaman anda perlu tahu bahawa setiap pergerakan memainkan peranan sangat penting. Melakukan push up dalam postur badan yang betul merupakan aspek yang perlu anda beri perhatian. Ini kerana ia mampu membuatkan senaman anda jauh lebih efektif.
Jadi ikuti teknik yang betul dengan beberapa langkah seperti berikut:
1. Kedudukan Badan
Untuk melakukan tekan tubi yang baik anda pertama sekali perlu pastikan badan dalam plank form yang baik. Lebih lurus badan anda lebih banyak beban yang perlu diangkat. Jadi mulakan dengan kedudukan badan atau plank lebih lurus, ketatkan bahagian perut dan pastikan ia kekal sepanjang senaman,
Ramai orang suka melakukan push up dengan merapatkan kedua-dua belah tangan bersama dan melakukan bentuk ‘diamond’. Jangan lakukan perkara seperti ini. Otot trisep anda bertanggungjawab meregangkan tangan hingga ke bahagian siku.
Jadi apa yang perlu anda titik beratkan ialah memastikan kedudukan siku tidak terlalu rapat dengan bahagian dada. Set tangan anda sedikit rapat berbanding lebar bahu.
3. Rapatkan Siku
Elemen paling penting dalam melakukan push up close grip yang berkesan ialah apa yang anda lakukan dengan bahagian siku. Untuk memastikan trisep melakukan press up dengan betul, anda perlu pastikan bahagian dada tidak terlalu terdedah dengan tekanan.
Ia boleh dilakukan dengan memastikan bahagian siku anda terletak rapat ke bahagian torso semasa merendahkan badan ketika melakukannya.
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk ikuti video workout menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tahukah anda setiap 45 minit, seorang lelaki meninggal dunia akibat daripada kanser prostat?
Dan setiap tahun juga menyaksikan lebih 47 ribu orang lelaki di dunia didapati menghidapi kanser ini. Fakta-fakta ini dipetik daripada laman sesawang Prostate Cancer UK.
Jadi tak hairanlah penyakit merbahaya ini diberi nama sebagai antara ‘pembunuh’ utama golongan lelaki. Sejauh manakah anda sebagai seorang lelaki tahu tentang kanser prostat?
Kajian di Amerika Syarikat pada tahun 2016 menerusi The American Cancer Society mendapati kanser prostat merupakan jenis kanser kedua paling tinggi mengakibatkan kematian lelaki di belakang kanser hati.
Sepanjang tahu tersebut sebanyak 180,890 kes kanser prostat telah dilaporkan dengan 26,120 mengalami kematian. Jadi berdasarkan fakta tersebut jelas di sini bahawa kanser prostat merupakan ancaman terhadap golongan lelaki.
APA ITU PROSTAT
Prostat merupakan kelenjar exocrine yang terletak di bawah pundi kencing dan di hadapan rectum. Kelenjar ini menghasilkan rembesan prostat yang akan berakhir di bahagian luar prostat dalam sistem pembiakan lelaki. Rembesan itu adalah cecair beralkali yang berfungsi melindungi dan menyediakan bekalan untuk sperma.
Di dalam prostat terdapat beribu-ribu kelenjar yang menghasilkan cecair putih beralkali seperti susu. Ia merupakan sebahagian daripada komponen air mani.
Dengan saiz sebesar sebiji kacang berangan ia bertambah saiznya mengikut peningkatan umur. Prostat mengelilingi uretra, salur kencing yang bermula dari pundi kencing dan berakhir di hujung kemaluan.
Ia berfungsi membawa air kencing dan air mani keluar dari badan. Penyakit Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) terjadi apabila kelenjar prostat membesar disebabkan hormon tidak seimbang sehingga mengganggu atau menutup saluran uretra.
Ramai lelaki cukup runsing akan ancaman kanser prostat. Walaupun mereka cuba menafikan namun jauh di sudut hati inilah antara penyakit yang ingin dielak. Jadi apa itu kanser prostat? Secara ringkas ia merupakan ketum buhan berbahaya yang bermula di dalam kelenjar prostat. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan-lahan dan tidak menyebabkan masalah dalam masa beberapa tahun.
Pada peringkat awal ia dikenali sebagai kanser prostat setempat dan tidak menunjukkan sebarang gejala nyata dan mungkin tidak berkembang menjadi kanser lagi.
PENYEBAB UTAMA
Masih banyak kajian yang sedang dilakukan terhadap kanser prostat. Sehingga kini penyebab utamanya masih lagi tidak diketahui. Cara untuk mengelakkan juga masih samar. Apa yang boleh dilakukan ialah mengenal pastinya dnegan lebih awal agar dapat diberikan rawatan sebelum ia semakin teruk. Namun terdapat tiga faktor yang dipercayai boleh meningkatkan pembentukan kanser prostat.
Pertama penigkatan usia. Lelaki berusia 50 tahun ke atas mempunyai risiko lebih tinggi berbanding kela sumur yang lain. Kedua faktor genetik keluarga dan akhir sekali faktor hormon testosteron yang tinggi. Ia dipercayai boleh mempercepatkan pembentukan kanser prostat.
TANDA-TANDA KANSER PROSTAT
Walaupun tidak menunjukkan sebarang petanda pada peringkat awal namun apabila gejala-gejala berikut berlaku anda harus cepat-cepat melakukan pemeriksaan lanjut.
Masalah buang air kecil
Kerap buang air kecil
Kurang tekanan ketika membuang air kecil
Terdapat darah dan juga semen ketika kencing
Kaki menjadi bengkak
Rasa tidak selesa di bahagian pelvis dan bahagian belakang badan
Sakit ketika mengalami ejakulasi
‘Tenaga dalaman’ menurun dengan mendadak
RAWATAN
Terdapat tiga jenis rawatan yang boleh dilakukan untuk pesakit kanser prostat.
Pembedahan
Pesakit mempunyai dua pilihan rawatan untuk peringkat 1 dan iaitu radical prostectomy atau radical radiotherapy.
Terapi radiasi
Terapi radiasi menggunakan tenaga tinggi sinar-x untuk memusnahkan sel kanser. Radioterapi selalunya digunakan dalam peringkat ke 3 dan sesetengah kes peringkat ke 4 kanser.
Kimoterapi
Kimoterapi menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser, boleh diambil secara makan atau suntikan, Ini mungkin membantu pesakit kanser yang teruk atau kanser prostat yang tidak bertindakbalas dengan hormon. Rawatan sepatutnya dimulakan secepat mungkin tanpa menunggu gejala berlaku. Rawatan selalunya berjaya dalam jangka masa pendek, dengan mencapai jangka hayat selama 30 bulan dan pengurangan gejala penyakit sebanyak 80%.
Jika anda mengalami simptom-simptom berikut janganlah berlengah lagi. MASKULIN nasihatkan agar terus mendapatkan rundingan daripada doktor pakar dan mencari solusi terbaik untuk rawatan lanjut.
Pemilihan makanan yang betul sangat perlu dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Antara usaha salah dan sia-sia yang selaku kita lakukan ialah dengan tidak menyentuh langsung makanan yang digemari, mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit dan lebih teruk lagi sanggup berlapar tanpa mengambil sebarang makanan.
Tentunya ia seakan menyeksa diri sendiri. Dah jom jadi bijak dengan mengamalkan cara diet yang sihat ini Kini, anda sudah mampu tersenyum dan tidak perlu lagi mengamalkan diet yang keterlaluan.
1. Pilih Cip sayuran berbanding cip kentang
Sudah terang lagi bersuluh yang cip sayuran lebih baik daripada cip kentang. Lebih baik lagi jika anda buat sendiri cip sayuran itu di rumah kerana ia lebih sihat berbanding cip yang anda beli di kedai. Sayuran mempunyai banyak vitamin yang diperlukan oleh badan kita.
2. Pilih Kentang beku berbanding kentang segar
Kedua-dua kentang ini mungkin nampak sama kandungannya. Perbezaannya adalah jika anda memilih kentang beku, anda akan kenyang lebih cepat kerana kentang beku mempunyai sjenis kanji yang sihat.
3. Pilih Oatmeal berbanding muesli yang dibeli di kedai
Oatmeal yang diletakkan buah-buahan dan kekacang yang anda lakukan sendiri di rumah adalah lebih sihat berbanding muesli yang anda beli di pasar raya. Pasti mengandungi perasa dan gula yang membuatkan ia lebih menarik. Disebabkan itu, ia lebih tinggi kalorinya berbanding oat ringkas.
4. Pilih Buah-buahan berbanding biskut
Setiap kali anda mahukan snek, tangan anda pasti akan mencapai sesuatu yang manis. Biskut mengandungi gula berlebihan yang tidak diperlukan oleh tubuh. Jika anda memilih buah, anda akan menerima vitamin dan nutrien yang diperlukan tubuh.
5. Pilih Popcorn berbanding campuran kekacang
Nampak tidak masuk akal kan? Tetapi adalah lebih baik anda mengambil popcorn kosong atau sedikit masin berbanding campuran kekacang yang kebiasaannya digoreng dengan minyak.
6. Pilih Gingerbread berbanding coklat
Malangnya, coklat susu merupakan antara makanan yang tidak elok untuk tubuh anda. Disebabkan itu, sekiranya anda ingin makan makanan yang manis, pilih gingerbread yang lebih sihat.
7. Pilih Sorbet berbanding aiskrim
Pencuci mulut berasaskan aiskrim sebenarnya mengandungi lemak yang tinggi. Sorbet dan fruit ice pops sedikit berbeza dengan aiskrim. Ia mengandungi lemak dan kalori yang lebih rendah.
SUMBER: via Brighside
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.