Inspirasi

10 Pemain Bola Sepak Pilih Selebriti Popular Sebagai Pasangan & Kekal Bahagia!

Share

10 pasangan artis dan pemain bola sepak tempatan yang telah berkahwin dan bahagia sehingga ke hari ini.

  1. Ayu Raudhah & Zaquan Adha Abdul Razak

Bekas penyerang utama pasukan kebangsaan itu telah berkahwin dengan Ayu Raudhah pada tanggal 21 Januari 2011. Baru saja menimang cahaya mata keenam pada Mei tahun lalu, pelakon jelita, Ayu Raudhah kini dikhabarkan sedang hamil anak ketujuh. Malah, dilaporkan usia kandungan Ayu sudah mencecah tujuh bulan dan bakal menimang anak ketujuh itu pada Julai nanti. Meriah!

2. Khairul Fahmi Che Mat & Lieuney Natasha

Penjaga gol pasukan kebangsaan itu telah menjalani bahtera perkahwinan bersama model dan bekas juara Bintang Kecil, Lieuney Natasha. Walaupun pernah terpalit dengan kontroversi satu ketika dahulu, pasangan tersebut kekal bahagia dengan kehadiran 3 orang cahaya mata.

3. Azman Adnan & Az Feminin

Siapa tidak kenal dengan lagenda bola sepak negara, Azman Adnan? Beliau merupakan pemain terhebat pada eranya dan pernah dilabel sebagai pemain termahal Malaysia ketika itu. Azman berkahwin dengan Asfarina Muhamad atau lebih dikenali sebagai As Feminin oada tahun 2004. Pasangan tersebut turut pernah membuat penampilan bersama untuk program Sehati Berdansa.

4. Izham Tarmizi & Mia Ahmad

Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 selepas setahun berkenalan. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Saif Issa. Hubungan rumah tangga diantara pelakon dan penjaga gol pasukan JDT ini pernah dilandai badai. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk pasangan ini.

5. Wan Khatijah & Azlisham Ibrahim

Wan Khatijah merupakan juara pencarian bakat Dewi Remaja 1995/1996. Dia  memilih untuk berkahwin bersama bekas penjaga gol kebangsaan itu dan kini dikurniakan lima orang cahaya mata.  Wan kini tidak lagi aktif dalam bidang seni sebaliknya sibuk dengan perniagaan.

6. Subadron Abdul Aziz & Salwa Abdul Rahman

Siapa tidak kenal dengan penyanyi era 90-an Salwa Abdul Rahman yang popular menerusi lagu Kembalikanlah Cintamu. Salwa berkahwin dngan Subadron yang merupakan bekas penjaga gol pasukan kebangsaan. Salwa kini dilihat kembali aktif membuat persembahan di kebanyakkan majlis.

7. Ani Morat & Shahril Arsat

Pelakon, Ani Morat telah berkahwin dengan lagenda bola sepak Selangor, Shahril Arsat pada tanggal 10 Mac 2000. Hasil perkawinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

8. Aidil Zafuan Abdul Razak & Zarema Zainal

Selepas bercerai dengan pelakon Rita Rudaini, pemain bola sepak Aidil Zafuan memilih Instafamous, Zarema Zainal sebagai suri di hatinya. Perkahwinan mereka berlansung meriah pada tanggal 14 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, Zarema dan Aidil dikurnia empat orang cahaya mata.

9. Safiq Rahim & Zandra Aziela

Bekas kapten bola sepak negara, Safiq Rahim telah melansungkan perkahwinannya bersama model yang juga bekas ratu bowling negara, Zandra Aziela pada 8 Februari 2014. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki hasil daripada perkahwinan tersebut.

10. Fandi Ahmad & Wendy Jacobs

Lagenda bola sepak Singapura itu telah bekahwin dengan bekas model Afrika Selatan, Wendy Jacobs. Wendy kini menetap bersama suaminya di Singapura dan memiliki 5 orang anak dan dua daripadanya telah mengikut jejak langkah bapanya untuk bergelar pemain bola sepak.

Foto: Instagram Artis Berkenaan

Artikel ini diambil dan diolah dari MH.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Nana