Sains

10 Pekerjaan Lelaki Paling Bahaya di Dunia, Tapi Mampu Jana Pendapatan Tinggi

Share

Demi tanggungjawab terhadap keluarga ramai lelaki keluar pagi dan pulang lewat petang untuk kesinambungan kehidupan. Tugas mencari rezeki berbeza-beza pada setiap orang. Mungkin ada yang beruntung dengan pekerjaan di kerusi empuk tetapi ada juga yang terpaksa bertarung nyawa.

Tak semua orang sanggup menjalankan pekerjaan yang mencabar dan berisiko tinggi. Namun, bagi sesetengah lelaki, pekerjaan yang berbahaya ini tidak sekadar menawarkan cabaran fizikal dan mental, malah turut memberikan ganjaran yang lumayan.

Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 10 pekerjaan lelaki paling berbahaya di dunia, tetapi menawarkan pendapatan yang tinggi. Adakah anda sanggup untuk mencuba?

1. Pekerja Pelantar Minyak

Pekerjaan ini melibatkan operasi di pelantar minyak atau ‘offshore oil rig worker’ yang terletak jauh di tengah laut. Mereka berdepab cuaca ekstrem, risiko kebakaran dan letupan.

Walaupun risiko kecederaan dan kematian agak tinggi, namun pekerja pelantar minyak dibayar dengan pendapatan yang lumayan. Mereka mampu memperoleh di antara RM300,000 hingga RM500,000 setahun.

2. Pemadam Kebakaran Hutan

Mereka yang bekerja sebagai pemadam kebakaran hutan sering terdedah kepada bahaya yang melibatkan api besar, asap tebal, dan keadaan cuaca ekstrem. Walaupun kerja ini berbahaya, gaji tahunan mereka boleh mencecah RM250,000.

3. Juruterbang Helikopter Perubatan

Sebagai juruterbang helikopter perubatan, tugas utama mereka adalah untuk menerbangkan pesakit yang kritikal ke hospital dalam masa yang pantas.

Cabaran utama termasuk terbang dalam cuaca buruk, waktu malam, dan kawasan yang sukar dilalui. Gaji bagi juruterbang ini boleh mencapai sehingga RM400,000 setahun.

4. Pemburu Ketam Alaska

Pemburu ketam di perairan Alaska terdedah kepada cuaca sejuk melampau, gelombang besar, dan risiko terjatuh ke laut.

Ia diakui sebagai salah satu pekerjaan paling bahaya di dunia, tetapi mereka dibayar hingga RM500,000 dalam satu musim menangkap ketam.

5. Pelombong Arang Batu

Di dalam terowong yang sempit dan gelap, pelombong arang batu berdepan dengan risiko kejatuhan batuan, ledakan gas, dan masalah kesihatan jangka panjang. Namun, mereka yang berpengalaman boleh memperoleh gaji sehingga RM300,000 setahun.

6. Pekerja Pembinaan Bangunan Tinggi

Mereka yang bekerja di tapak pembinaan pencakar langit sentiasa berhadapan dengan risiko jatuh, peralatan berat, dan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Walaupun risiko kecederaan adalah tinggi, pekerja pembinaan di ketinggian ini dibayar antara RM200,000 hingga RM400,000 setahun.

7. Tentera Upahan

Tentera upahan sering diupah oleh syarikat keselamatan untuk bekerja di kawasan konflik atau negara-negara bergolak.

Tugas mereka termasuk melindungi individu atau syarikat daripada ancaman keselamatan. Pendapatan mereka boleh mencapai lebih RM500,000 setahun.

8. Juru Gali Runtuhan

Pekerjaan ini melibatkan pemusnahan bangunan lama atau runtuhan yang rosak. Risiko tercedera akibat bahan runtuh dan penggunaan bahan letupan adalah tinggi.

Namun begitu dengan risiko tersebut juru gali runtuhan dibayar dengan gaji lumayan. Mereka mampu memperoleh sekitar RM200,000 hingga RM350,000 setahun.

BACA: 8 Tanda Anda Silap Pilih Pekerjaan Yang Sering Orang Ramai Lakukan

9. Jurulatih Haiwan Liar

Melatih haiwan liar seperti singa, harimau, atau buaya melibatkan risiko serangan yang boleh membawa maut.

Namun, mereka yang pakar dalam bidang ini boleh menjana pendapatan sehingga RM400,000 setahun, terutamanya jika bekerja dengan zoo atau dalam industri hiburan.

10. Juruelektrik di Puncak Menara

Juruelektrik yang bekerja di menara tinggi untuk membaiki kabel elektrik atau memasang antena satelit terdedah kepada risiko jatuh dari ketinggian yang melampau. Walaupun kerja ini sangat mencabar, mereka mampu meraih pendapatan sehingga RM350,000 setahun.

Walaupun pekerjaan-pekerjaan ini sangat berbahaya, ia sering menawarkan imbuhan yang tinggi. Lelaki yang terlibat dalam industri-industri ini tidak hanya mencari nafkah, tetapi juga cabaran dan kepuasan dalam menjalani pekerjaan yang melibatkan risiko besar.

Bagi mereka, keseronokan dan ganjaran kewangan ini adalah setimpal dengan bahaya yang dihadapi setiap hari.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim