Protein semula jadi terutamanya telur sangat penting diambil ketika bersarapan kerana ia boleh membangkitkan tenaga sebelum anda bekerja. Bagi yang ingin berbadan sado, anda patut mengamalkan pengambilan sarapan telur ini.
Kajian telah merangkumkan bahawa banyak manfaatyang boleh anda dapat daripada telur jika mengambilnya pada waktu pagi. Ini 10 sebab kenapa sarapan telur sangar penting. Jom baca.
1. Pelengkap Protein
Telur memainkan peranan yang unik dalam sintesis protein otot dan isyarat insulin. Protein dalam telur sangat tinggi manfaatnya untuk dimakan ketika sarapan agar perut kenyang dalam tempoh yang lebih lama.
2. Mencegah Penyakit Jantung
Satu butir kuning telur mengandungi kira-kira 212 mg kolesterol. Sesuai dengan saranan penyelidik, dalam seminggu seseorang yang mengambil empat kuning telur setiap minggu berkemungkinan besar dapat mencegah risiko penyakit jantung.
3. Beri Sumber Nutrisi
Ads
Kuning telur mengandungi nutrisi yang lebih besar berbanding putih telur. Termasuk di dalamnya mengandungi sumber lemak tak tepu, protein, vitamin dan mineral
4. Menu Sarapan Yang Sihat
Dua biji telur separuh masak yang diambil setiap hari untuk sarapan terbukti boleh mengecilkan ukuran pinggang. ‘Lemak jahat’ di dalam telur separuh masak juga merupakan sumber lemak tidak jahat yang sangat baik. Tidak seperti sumber protein atau lemak haiwan yang lain, kerana telur separuh masak tidak akan meningkatkan risiko terkena penyakit jantung.
5. Membantu Pembentukan Otot
Ads
Untuk membentuk otot agar kelihatan tegap, bukan hanya dengan menikmati telur yang direbus sahaja. Pengambilan telur separuh masak ternyata boleh membentuk otot dan sangat elok untuk anda yang sedang berdiet. Kandungan nutrisi yang lengkap daripada telur separuh masak akan menjadikan otot anda kuat dan ‘berisi’.
6. Membantu Penurunan Berat Badan
Telur mengandung asid amino yang sangat tinggi. Asid amino yang masuk ke dalam tubuh boleh diubah menjadi energi dan mampu membantu untuk membentuk otot-otot ataupun kulit. Asid amino di dalam telur separuh masak juga mengandungi sumber energi yang jauh lebih baik dibandingkan dengan protein dan boleh membantu anda kenyang lebih lama.
Ads
7. Menguatkan Daya Ingatan
Dua biji telur separuh masak merupakan sumber ‘choline’ yang sangat tinggi. ‘Choline ‘adalah unsur yang sangat baik dan boleh meningkatkan kapasiti memori di dalam otak kita.
8. Mencegah Penuaan
Telur separuh masak merupakan seumber ‘lutein’, ‘carotenoid’ serta ‘zeaxanthin’ yang dapat membantu melindungi organ penglihatan daripada proses penuaan. Pengambilan telur separuh masak secara rutin boleh membantu tubuh, organ tubuh serta fungsinya daripada proses kerosakan sel dan jaringan akibat penuaan.
9. Mencegah Anemia
Darah di dalam tubuh sangat penting bagi fungsinya. Kekurangan darah boleh membuatkan anda mengalami anemia. Anemia ini juga terjadi jika tubuh kekurangan vitamin B12. Telur separuh masak boleh menjadi alternatif makanan untuk mengubati kekurangan darah.
10. Baik Untuk Mata
Kesihatan mata sangat penting sebagai fungsi penglihatan. Vitamin A adalah salah satu vitamin yang dapat menjaga kesihatan mata. Vitamin A yang terdapat di dalam telur separuh masak ini juga jauh lebih banyak berbanding dengan telur yang direbus dan sebagainya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Protein sangat penting untuk pembinaan otot, pilih makanan tinggi protein tapi rendah lemak antaranya seperti telur, dada ayam, susu rendah lemak,susu soya non-GMO dan sebagainya. Sumber dari karbohidrat sangat penting untuk membekalkan sumber tenaga berpanjangan. Sayur dan buah-buahan adalah sumber serat yang membekalkan vitamin dan mineral untuk badan. Buah-buahan kering seperti kismis, kurma sangat membantu tambah berat badan. Makan di antara selingan waktu makan utama.
2. Elak makanan berlemak atau bergoreng
Pastikan mengambil makanan yang tinggi kalori dan makan makanan yang dimasak dengan cara yang dikukus, direbus atau dibakar lebih baik daripada digoreng kerana makanan bergoreng mengandungi lebih banyak lemak (dari minyak yang digoreng).
3. Elak perut kosong tanpa makanan
Banyak minum air atau jus buah-buahan segar, susu organik atau serbuk protein sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Makan dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan konsisten, ia penting untuk tambah jisim otot dan elak kehilangan tisu-tisu penting. Ini cara terbaik untuk tambah berat badan.
4. Bersenam
Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3-4 kali dalam seminggu selama 10- 15 minit sahaja. Untuk senaman tambah berat badan disarankan lebih kepada latihan kardio untuk meningkatkan otot secara tepat. Aktiviti yang sesuai seperti berenang, joging atau boleh dilakukan di mana saja seperti aktiviti squat, sit up, push up, pull up atau senamrobik.
5. Rehat yang cukup
Pastikan dapat rehat sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari untuk membantu pembentukan otot dan proses pemulihan badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Senyum seindah suria yang membawa cahaya. Itu lirik lagu yang kita selalu dengar, tapi kalau senyum nampak pula plak gigi yang kekuningan tu kan dah rasa nak muntah.
Senyuman yang sempurna boleh dianggap sebagai sebuah ciri menarik yang boleh ada pada diri seseorang. Malangnya, terdapat banyak benda yang boleh merosakkan kesihatan gigi seperti merokok, mengambil minuman berkafein dan jarang mendapatkan rawatan doktor gigi.
Sikap yang sering menjadi kebiasaan ini boleh menjadi punca kepada berlakunya plak di celah-celah gigi. Kali ini kami senaraikan beberapa cara yang mudah untuk menjaga kebersihan gigi dan mengurangkan masalah gigi.
1. Soda penaik
Baking soda boleh digunakan sebagai ‘scrub’ semula jadi dan seringkali digunakan di dalam banyak barang perubatan.
Dari segi pembersihan gigi pula, anda boleh campurkan satu sudu teh soda penaik dan secubit garam. Selepas itu anda boleh tenyehkan berus gigi yang basah pada campuran tersebut dan berus gigi anda seperti biasa.
2. Aloe vera dan gliserin
Untuk menghasilkan ubat gigi semula jadi yang baik, anda memerlukan:
satu cawan air
1/2 cawan baking soda
1 sudu teh Aloe vera gel
4 sudu teh gliserine tumbuhan
1 sudu pati minyak limau
Anda boleh memberus gigi anda dengan campuran ini dan anda akan dapati gigi anda lebih putih, bersinar dan lebih sihat selepas beberapa minit.
3. Kulit oren
Selepas anda memakan oren, anda boleh cuba mengosokkan kulit oren pada gigi anda. Ini adalah cara mudah untuk membersihkan enamel gigi anda. Selain itu, ia boleh memutihkan gigi dan melawan dan membantu menghalang kesan bakteria. Setelah selesai menggosok selama beberapa minit, bilas dengan air.
4. Bijirin
Anda boleh mengambil segenggam bijirin dan mengunyahnya selama beberapa minit dan meludahkannya semula bagi membersihkan gigi yang secara perlahan-lahan. Selepas itu, gunakan berus kering untuk membuang bijirin yang tersekat pada celah gigi. Anda juga boleh menggunakan cara ini untuk menghapuskan kesan kotor pada gigi.
5. ‘Vitamin tooth mask’
Hancurkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai kandungan vitamin yang tinggi. Kaedah ini merupakan salah satu cara mudah dan cepat untuk membentuk satu ‘paste mask‘ untuk gigi anda. Kisarkan bersama tomato, strawberi, oren dan letakkan campuran itu pada gigi. Tunggu selama 5-6 minit dan bilas. Kaedah ini boleh membunuh bakteria di dalam mulut dan menyegarkan gigi anda.
6. Larutan cuka
Walaupun cuka mempunyai rasa yang tidak sedap, tetapi ianya adalah satu cara semula jadi yang boleh bertindak dengan paling baik sekali dalam membersihkan gigi anda tanpa merosakkannya.
2 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
4 oz water
Campurkan campuran, gosok gigi, bilaskan dan ulangkan untuk beberapa hari untuk kesan yang efektif.
Kami berharap anda boleh mengunakan kaedah ini. Mungkin anda mempunyai cara anda tersendiri? Sila kongsikan di dalam ruang komen!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki yang benar-benar berperwatakan lelaki. Dari segi penampilan, dia berbadan sasa dan berfikiran matang.
Bila Bermula
Saya bermula dalam industri bina badan ini sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Ketika saya berumur 17 tahun , saya sudah berjinak-jinak dalam pertandingan bina badan peringkat junior. Pertandingan pertama saya ialah Mr Kuala Lumpur dan sejak itu minat saya dalam aktiviti bina badan makin mendalam sehingga lah sekarang.
Rutin Harian
Jika ada pertandingan, saya akan melewati gimnasium sebanyak enam kali seminggu. Ini semua dilakukan untuk persediaan saya menghadapi sesebuah pertandingan. Kalau rutin harian biasa saya, selalunya 4-5 hari seminggu.
Inspirasi dan Idola
Ketika saya di zaman sekolah menengah, saya seorang yang kurus. Justeru saya mendapat inspirasi untuk membina badan ketika saya melihat David Kimmerle. Dia seorang ahli bina badan merangkap seorang peragawan. Saya mahu menjadi seperti dia.
Tip dan Nasihat
Tip saya mudah, perkara pertama yang perlu diterapkan jika mahu membina badan adalah displin. Bila kita berdisplin, kita boleh melaksanakan banyak perkara yang berkaitan bina badan. Displin juga mengajar kita supaya menjaga perihal pemakanan. Segala latihan dan training akan lebih bersemangat. Akhir sekali, nasihat saya , gunalah dan manfaatkan kecergasan dan badan kita ke arah perkara positif.
Perancangan akan datang
Saya mahu maju membina badan sehingga saya dikenali dan diangkat sebagai idola seseorang. Saya juga mahu membuka gimnasium saya sendiri dan mengajar ilmu saya dalam bidang ini kepada semua orang yang memiliki semangat yang sama dengan saya.
Tun Mahathir pada kacamata Generasi Y
Sebagai Generasi Y itu sendiri, saya melihat cara kepimpinan Tun Mahathir lebih teratur. Cara pemikiran beliau juga tidak sama sekali dengan orang lain. Maksudnya, Tun Mahathir melihat sesuatu menjangkaui masa. Dia seorang yang idealistik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.