10 Manfaat Besar Melakukan Senaman Sit-Up Selain Dapatkan Perut Six-Pack!

Share

Senaman sit up merupakan antara yang sering dilakukan oleh ramai orang. Dan biasanya ia menjadi kegemarana buat anda yang ingin mendapatkan otot perut yang pejal dan cantik.

Bak kata orang perut six-pack seperti Bruce Lee!

Tapi tahukah anda bahawa melakukan sir up mempunyai banyak manfaat lain selain memberikan anda otot perut yang pejal?

Jom ikuti 10 kelebihan yang anda bakal perolehi bila melakukan sit up!

1. Jaga Kestabilan Gerakan Badan

Melakukan sit up secara rutin akan membuat sistem otot pada bahagian perut menjadi lebih kuat seperti anda melakukan squat jump. Sit up yang tepat akan membuatkan anda gerakan anda lebih stabil pada bahagian perut, bahu, lengan, pinggul dan punggung. Jika sit up dilakukan tanpa bantuan peralatan, maka otot perut akan terlatih lebih kuat untuk mengangkat beban tubuh.

2. Keseimbangan Badan

Semua orang pasti pernah terjatuh, namun jika sering jatuh sedangkan usia sudah dewasa itu bermakna anda ada masalah keseimbangan badan. Ia dapat diatasi dengan melakukan sit up secara rutin. Manfaat sit up akan membuat gerakan otot pada bahaguan pinggul menjadi lebih kuat. Sit up juga akan membuat otot pada kaki, perut dan lengan menjadi lebih stabil sehingga membuat badan lebih bugar dan seimbang.

3. Menjaga Kesihatan

Jika anda peka dengan kesihatan diri ia tidak harus dilakukan dengan cara yang mahal. Cukup hanya dengan makan makanan yang sihat dan melakukan senaman ringan seperti sit up.

4. Menjaga Sistem Metabolisme

Sit up membangun semua otot di bahagian perut. Ketika semua otot perut bekerja secara aktif maka sejumlah oksigen untuk pembuluh darah akan dipenukan. Hal ini membuatkan darah mampu membantu sistem metabolisme pada tubuh.

5. Menjaga Pencernaan

Setiap hari manusia memerlukan  makan sebagai sumber tenaga. Makanan yang masuk ke tubuh akan diolah organ pencernaan untuk ditukar menjadi tenaga. Bahagian pencernaan yang paling banyak bermasalah adalah usus. Sit up akan menggerakkan semua otot dalam perut. Otot perut akan mendorong agar usus bisa melakukan pekerjaannya dalam mengolah semua makanan yang masuk. Jadi, sit up

akan membuat usus menjadi lancar dan lalu menjauhkan anda dari penyakit.

6. Jaga Postur Tubuh

Siapa yang tak mahu memiliki postur badan yang sempurna, bukan? Sebenarnya anda boleh dapatkannya dengan melakukan rutin sit up selama 10 hingga 20 kali setelah bangun tidur. Sit up akan membangun semua otot tubuh bekerja dengan baik sehingga tubuh menjadi lebih stabil, seimbang dan bisa mendapatkan postur tubuh yang baik.

7. Jaga Kesihatan Otot

Walaupun pada dasarnya sit up hanya bekerja untuk meningkatkan sistem kerja otot perut, namun ia juga penting untuk menjaga kesihatan otot tubuh. Melakukan rutin sit up secara membuat otot tubuh terlatih melakukan gerakan.

8. Melancarkan Peredaran Darah

Peredaran darah dalam tubuh menjadi salah satu proses inti kehidupan. Darah menjadi media untuk memasok ketersediaan oksigen ke seluruh tubuh. Salah satu cara agar darah bisa bekerja secara maksimal adalah jumlah kandungan oksigen yang harus tersedia dalam jumlah tertentu. Jika manusia kekurangan oksigen dalam darah maka sistem metabolisme tidak akan berlangsung dengan baik.

9. Bantu Pembentukan Fizikal

Memiliki penampilan fizikal yang kacak pastunya menjadi keinginan anda yang sangat penting. Lelaki biasanya melakukan senaman untuk mendapatkan bentuk badan menarik dan menonjolkan otot kuat. Sit up yang dilakukan untuk menarik kekuatan otot perut akan membentuk perut menjadi six-pack.

10. Bantu Buang Lemak

Sit up biasanya dilakukan  sebagai latihan ringan untuk memperkuatkan otot perut, namun jika melakukan sit up secara rutin  gerakan otot perut akan membakar lemak pada anggota tubuh.

 

Published by
Farizul Izwany